alang -alang tersinggah,followlah saya!

08 November 2009

MANIFESTASI PERDANA SENI KHAT 2009

31 HB yang lepas,saya berpeluang melihat pertandingan khat manifestasi di Muzium Kesenian Islam,KL.Antara gembira dan sedih.Sedih sebab sebenonya nak masuk,tapi borang x dapat,dan masa tu ambilkan jubah fadhilah di UUM.Gembira pasal dapat jumpa pakar khat.Kalau masuk,saya prefer riqaah.Riqaah memang specialist saya walau pun jarang berlatih khat tu.Masih saya ingat tahun 1999,kami pelajar uia berlatih khat dengan Abang Jar di Gombak.Masa tu manifestasi yang pertama.Abg Jar kata" No komen." Saya pun terkejut.Dia kata confirm menang.Masa tu ada peringkat amatur yang dimansuhkan kemudiannya. Bila keluar result,dapat no 2 dan RM 1500!!(Separuh duit tu digunakan untuk ambil lesen kereta dan motor).Memang seronok.Kali kedua masa Khat kebangsaan tahun 2006.Saya masuk riqaah ,dan dapat no 1 peringkat malaysia.Dapat 700.Kemudian,ambil kursus khat di muzium kesenian.Riqaah diajar oleh ustaz Yusof.Saya tertarik dengan khat beliau.Riqaah saya tak jauh berbeza,tapi sentuhan sifu khat yang lain membawa kepada anjakan khat khasnya dalam thuluth dan naskh.Ustaz Yusof tanya,belajar dari sapa.Saya jawab: Nik Man." Dia tersenyum.

Berbalik kepada hari tersebut,saya bertolak jam 9 lebih.jalan tak jam.sampai dan pertandingan bermula.selepas ambil gambar khat pemenang2 yang lepas,saya dapat masuk ke dewan riqaah.Syeikh Zawadi masuk riqaah!beliau antara pakar khat ,lulusan BA jordan,sekarang cikgu.dia dah menang thuluth ,tu yang masuk ni pulak.Fatimah Az Zahrah pun masuk.Ada 2 3 lagi saya kenal.Zawadi berlatih sikit,dan terus buat sedangkan masa 3 jam!Kurang sejam,beliau siap guna pen rm 5 aje.Bila diamati,riqaahnya tak tajam,masih jauh dengan riqaah Nik Man,tarkib dia ok tapi tak selari hujung.saya lihat peserta lain,ada yang mantap!pada hemat saya,Zawadi boleh menang tapi belum tentu no 1.


Di dewan thuluth dan naskh,x boleh masuk.Namun,saya nampak dan tahu otai thuluth memang ramai kali ni.Sengit.Buku dengan ruas.Ustaz Halias,Fadil Sulaiman,Abg Jar,Firdaus,Ilham, dll.Mungkin Abd Muati dari Kedah datang,Thuluthnya mantap.Untuk lihat khat lain,klik di sini.
Firdaus -dengan skill thuluth bulat dan standard.Empunya link di atas,beliau pandai mengadunkan khat dan komputer.Ustaz Fadil-memang mantap, tapi belum sampai tahap Ust Baki dan Nik Man.Abg Jar-mantap,hasil buat mural banyak,tapi tertinggal alif lepas tukabbiru!Mungkin panel boleh pertimbangkan.pendapat saya.top three ialah Firdaus,Abg Jar dan Fadil.

Oleh kerana tak boleh masuk,saya pun baliklah.


Muzium milik jutawan Melayu Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary


Menyemai Seni Warisan Berzaman,Yang Membuahkan Nikmat Ganjaran

Karya Ustaz Yusof


thluluth Nik Man (1999)


thuluth Abd Baki (2001)



Naskh- Firdaus (1999)


kanvas thuluth


Sedikit video klip Ust Zawadi buat riqaah masa pertandingan tempoh hari



Beliau terus buat!



Suasana dalam dewan riqaah




3 bahasa...



banner untuk naskh


ambil gambo dari luar dewan naskh



banner thuluth


luar dewan thuluth



tarkib yang menarik..


karya ust halias..





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Pages