alang -alang tersinggah,followlah saya!

25 August 2011

SELOKA HARI RAYA






Selamat Hari Raya !!!!!!!!!!!!!!!!!!

Kelantan...
Make ike cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo jange dok bawok laju
kaba-kaba rayo dale sepita


Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kerpok cicoh cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikaen patin
Jange mu masang muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)

Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulei tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupei
Pandu hemat ingat kampong
Ase(Asal) teman selamat sampei

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepaih raya jgn dok triak
Kalu ceti mai kot dapoq

Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

10 July 2011

boboiboy -animasi mantopp

Kali ni nak cerita sedikit pasal boboiboy...animasi baru dari ANIMOSTA,rupa-rupanya depa asal dari les copaque Upin IPIN,tapi keluar mungkin sebab Upin Ipin dah mantap dan mereka mahu idea lain.


Animasi,grafik,cerita memang mantop!World class dan ia memang saingan kepada Upin ipin,di kala U&I berpijak di bumi nyata,boboi boy dan kawan-kawannya memperoleh kuasa ajaib di bantu robot Ocopot menentang Adudu yang mahukan koko sebagai sumber tenaga,!Cerita macam tu,budak mana yg x suka oi..


Namun,dari segi penonjolan keIslaman,amat sikit sekali jika dibandingkan dengan U&I.Amat sedikit,,Itu perbezaannya.

Ini di bawah hasil kerja Ammar,7 tahun




12 June 2011

FAMILY GRUP FB VS FAMILY BLOG


KERETA DULUKU

bENARLAH PABILA fb memperkenalkan family grup, blog famili ditinggalkan..begitu juga dgn kumbarians..akhirnya,family grup yang saya create mendpt respons selepas sabar menunggu..dan yg best,ia private..gambar boleh dimasukkan secara 1 album,satu kekurangan yg nyata dalam blog yg masih perlu maksima 5 keping sahaja sekali upload...hmm,apa yang perlu di buat terhadap blog ini..ditinggalkan?tidak sekali..saya akan jadikan ia sebagai pengisian apa-apa sahaja , tidak terhad kepada cerita famili...

sekian..

16 April 2011

KELAHIRAN BARU


TAHNIAH kak cik atas kelahiran bayi yang ketiga pada hari Sabtu 16/4/2011.Bertambahlah nampaknya bilangan keluarga,dan ia perempuan yang ketiga!Mungkin gen kak cik kuat kot,hehe..insya Allah,bayi,anak adalah penyejuk mata kedua ibu bapa..Bila lahir sahaja bayi,sudah ditentukan rezekinya,dan ada jugalah rezeki kepada ibu bapanya.. Tahniah!! Ain jadi kakak dah ye..

02 March 2011

POLEMIK POLIGAMI




POLEMIK POLIGAMI

Kadang-kadang, terlalu banyak polemik yang dimainkan oleh rakan-rakan kita mengenai poligami; yang kebanyakan daripadanya bertujuan untuk menampak burukkan sesuatu yang tidak disukai oleh mereka walaupun ianya dihalalkan oleh Allah Taala. Polemik ini diada-adakan sendiri oleh sesetengah dari mereka, bertujuan untuk menimbulkan kontradiksi dengan kehalalan poligami. Mereka sedar tidak ada nas yang kontradiktori antara satu sama lain. Mereka juga sedar mereka tidak akan menemui sebarang kontradiksi dalam penghukuman Allah Taala.

Ayat-ayat dari Allah Taala adalah terlalu konsisten untuk ditemui sebarang kontradiksi di antaranya. Inilah yang memaksa sesetengah orang untuk mencipta sendiri teori mereka dalam percubaan untuk meyakinkan dan mempengaruhi orang lain kononnya terdapat kekhilafan dalam penghukuman Allah Taala yang Maha Suci, dengan harapan manusia tidak akan membuat sesuatu yang yang mereka tidak suka, walaupun ia nya jelas halal di sisi Allah Taala.

Untuk menampak benarkan polemik ini, perhatian akan ditumpukan kepada apa saja yang mustahil untuk dibuktikan secara fizikal, sesuatu yang melibatkan hati, yang melibatkan hal-hal yang terlalu abstrak serta subjektif, dan boleh dibahaskan sehabis-habisnya pada sepanjang masa, sepanjang hayat, tanpa sebarang kesimpulan yang konkrit. Terdapat ramai orang yang sangat suka bercakap bagi pihak hati orang lain, serta membuat pentafsiran mereka sendiri mengenai isi hati lelaki, seolah-seolah merekalah jaguh serta sangat-sangat memahami isi hati orang lain.

Antara point paling popular yang sangat suka digunakan untuk menampak burukkan poligami ialah:

o Berpoligami ikut nafsu
o Masa nak berpoligami baru sibuk nak ikut sunnah nabi
o Perempuan merampas suami orang
o Sudah jemu dengan isteri yang dah ada
o Isteri yang ada masih belum sempurna dijaga, sudah sibuk nak kawin lagi
o Kasih sayang yang sudah mula terbelah dan terbahagi

SUMBER:http://al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&t=20585&postdays=0&postorder=asc&start=0

16 February 2011

minum makan berdiri boleh?


Soalan telah ditanya kepada Syaikh al-Muhaddith Sulaiman bin Nasir al-Ulwan:

Syaikh yg dihormati,

apakah pndangan anda tentang darjat hadis daripada Ibn Umar yg berbunyi:

" كنا نأكل على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم ونحن نمشي ونشرب ونحن قيام

[kami biasa makan pada masa Rasullallah SAW masih hidup, dan kami (makan) sambil berjalan, dan (kami) minum sambil kami berdiri]?

Jawab syaikh:

DARJAT HADIS:[/b]

Hadis ini terdapat cacat padanya. Ia diriwayatkan oleh Tirmizi, Ibn Majah, dan Ibn Hibban (dalam Sahihnya). Semuanya adalah dari jalan sanad Hasf bin Ghiyasth daripada Ubaidullah bin Umar daripada Nafi' daripada Ibn Umar.

Jika dilihat pada zahirnya sanad hadis ini ianya Sahih, ia telah dinilai sahih oleh Abu Isa (at-Tirmizi) dan Ibn Hibban dan lain-lain (antaranya al-Arnaouth menilai Sahih dlm tahqiq sahih Ibn Hibban no. 5325 akan tetapi beliau menarik balik penilaian sahih ini kepada Dhaif dalam tahqiq Musnad Ahmad hadis no. 4765, 4833, 5874, dan al-Albani juga menilai Sahih dlm tahqiq sunan Tirmizi no. 1880 (saya tidak pasti adakah beliau ada menarik balik atau tidak pendapatnya ini)- tambahan penterjemah)

Akan tetapi (sebenarnya) ianya ada keraguan (dilihat/fi hi nadzar), adalah tidak tepat untuk kita menilai sesuatu hadis itu hanya berdasarkan zahir sanad sahaja (tanpa melihat ilal (kecacatan tersembunyi) padanya jika ada).

Telah berkata Abu Isa at-Tirmizi (Imam Tirmizi) dalam kitab "ilal"nya : "aku bertanya (sanad) hadis ini kepada Muhammad (iaitu Muhammad bin Ismail al-Bukhari @ Imam Bukhari yg merupakan guru Imam Tirmizi), jawab Muhammad "hadis ini dilihat/dikritik (هذا حديث فيه نظر)".

Dan berkata Imam Yahya ibn Main (salah seorang guru Imam Bukhari) rahimahullah: "tidak meriwayatkan seorangpun hadis ini kecuali Hasf dan aku tidak nampak kecuali Hasf telah melakukan kesilapan ketika meriwayatkannya, aku lihat dia telah mendengar hadis Imran bin Hudayr dan dia tertukar (tersilap) dengan yang ini"

[b]
FIQH AL-HADIS: HUKUM MAKAN & MINUM BERDIRI

Para Fuqaha' telah khilaf dalam masalah hukum minum berdiri ini:

Ada yang berpendapat ianya haram, dan hanya dibolehkan jika seseorang itu terhalang untuk duduk, dan inilah pendapat Imam Ibn Qayyim berdasarkan hadis Anas dalam Sahih Muslim bahawa "sesungguhnya Nabi SAW melarang (زجر ) minum sambil berdiri (أن النبي صلى الله عليه وسلم زجر عن الشرب قائماً)" dan dalam riwayat yang lain berbunyi "Nabi SAW melarang

(نهى) rijal (laki-laki dan termasuk perempuan) dari minum berdiri (نهى النبي صلى الله عليه وسلم أن يشرب الرجل قائماً) " beliau meriwayatkannya dari hadis Said bin al-Khudry.

Namun, para fuqaha' lainnya ada berpendapat larangan minum berdiri ini telah dimansukh (dihilangkan hukum) berdasarkan hadis Ibn Abbas yang berkata: "aku memberi (menghulurkan) air zam-zam pada Rasulullah SAW, dan Baginda meminumnya sambil berdiri (سقيت رسول الله صلى الله عليه وسلم من زمزم فشرب وهو قائم)" hadis Riwayat Bukhari dan Muslim dalam sahih mereka
.

Dan dalam sahih Bukhari, hadis daripada jalan Abdul Malik bin Maisarah daripada al-Nizaal,ia berkata: "Ali bin Abi Tholib datang ke "bab al-Ruhba" dan dia minum sambil berdiri, kemudian berkata "ada antara kamu tidak suka orang minum sambil berdiri, dan aku melihat Baginda SAW minum seperti yang aku sedang lakukan sekarang-berdiri- (أتى عليّ رضي الله عنه على باب الرحبة فشرب قائماً فقال : إن ناساً يكره أحدهم أن يشرب وهو قائم وإني رأيت النبي صلى الله عليه وسلم فعل كما رأيتموني فعلت)"

Oleh itu dibuat kesimpulan bahawa, hadis yang melarang daripada makan dan minum sambil berdiri memberi erti ia tidak digalakkan, dan hadis yang membenarkan makan dan minum sambil berdiri memberi erti perbuatan itu bukanlah dosa (cuma tak digalakkan) dan ini adalah seperti pendapat at-Tabari, al-Khattabi dan al-Hafiz Ibn Hajar.

Dan dikatakan bahawa kedua-dua pilihan ini (berdiri atau duduk) adalah dibenarkan tanpa larangan/tanpa makruh (bi duun kiraha/ دون كراهة), namun minum sambil duduk adalah lebih baik kerana Baginda SAW melakukannya lebih kerap (banyak kali) berbanding berdiri. Inilah pendapat yang tepat.

30 January 2011

Anjakan kumbarians dan cerita myvi

Blog kumbarian sudah berusia 2 tahun lebih,,dan banyak post telah dilakukan,namun majoritinya berkisar tentang keluarga kumbarian itu sendiri...Beberapa bulan kebelakangan ini,kumbarian melakukan anjakan paradigma iaitu lebih kepada isu-isu sekitar dan antarabangsa ,sama ada copy atau tulisan sendiri memandangkan ramainya pelawat kumbarian dari serata dunia walaupun follower baru 9 orang.namun,cerita kumbarian tidak dilupakan tetapi tidak diperbanyakkan sekadar 10-20% sahaja.


Adeq dan Myvi

Dahulu,ada post yang agak glamor,berdasarkan pelawat yang melawati post itu iaitu post pasal pilihan kereta Adeq cek On,saya mencadangkzn Naza forte,abg Asri pula Vios,dan adeq Myvi Limited Edition Pink..Akhirnya,tahniah!!minggu lepas.Adeq telah membeli kereta idamannya,Myvi lmited edition Pink,,bayar muka 6k,namun diuruskan oleh mak di kedah.Kereta diambil di Mergong,dan akan dihantar ke kl minggu ini.Tahniah,jaga kereta elok-elok!Post dahulu,boleh dilihat di sini:Myvi

Lebih kurang ginilah keretanya.Tapi yg che On punya full spec

p/s: tahniah juga kepada Syamsul kerana dapat kerja kerajaan.nanti,dia dah start kerja,saya akan buat post khas

23 January 2011

13 dan The phone


Saya meminati filem-filem yang bercorak psikologi,seram,penyiasatan yang dipersembahkan lain daripada yang lain.Apa kaitan dengan 13 dan The Phone.Mungkin ada yang tertanya-tanya apa persamaannya?Persamaannya ialah ia berkaitan dengan telefon!Dan ia memang mendebarkan,gabungan psikologi dan ngeri yang cukup membuatkan kita terpaku tak berganjak.

13 yang baru-baru ditonton,cerita Thailand yang sarat dengan mesej-mesej,berdurasi dua jam,menyebabkan tak senang duduk.Ia menceritakan Phit,yang baru dibuang kerja,dan berhutang 50 ribu baht.Dalam kepeningan,dia menuruni tangga,dan seekor lalat menghurunginya,,tiba-tiba telefon berbunyi,pemanggil tiada nama,dan dia dioffer untuk dapat duit mudah dengan syarat- kena buat 13 benda!Pemanggil mengetahui profil Phit,dan benda pertama yang dilakukan ialah bunuh lalat dan akaunnya dimasukkan 5 ribu baht!Namun ,ia tidak boleh dikeluarkan sehinggalah tamat 13 misi dan dia akan dapat 100 juta baht!!ia akan terbatal jika dia tak habiskan misi,cuba menjejak pemangil,atau ada orang tahu.Misi kedua ialah makan lalat tu,yulk!Phit ,menyahut apatah ;lagi melihatkan akaun banknya bertambah!!Dalam sehari ,Phit bertukar watak,pemanggil boleh menjejaknya dimana-mana sahaja,beliau diarah hempuk orang,berlawan,selamatkan orang dalam perigi,dan membunuh anjing,mat rempit,semuanya dilakukan sehinggalah misi ke 13,dia tak sanggup dan beliau terbunuh!!

Yang penting,telefon bimbit tidak berenggang dengannya,dan yang paling pelik,pemanggil boleh call dia guna telefon orang lain!Kalau ada ulangan,pastikan anda menontonnya.Filem hebat!

The phone pula,tidak memerlukan banyak watak dan tempat.ia berkisar tentang perbualan seorang lelaki dengan pemanggil yang memanggilnya melalui telefon awam!kata-kata psikologi,ugutan, memainkan perasaan kita walaupun tempatnya statik..sehinggakan polis mengerumuni pondok telefon,dan dia tak boleh melepaskan telefon,dan pemanggil merupakan penembak tepat.Akhirnya,tempat pemanggil dapat dijejaki di bangunan sekitar, seorang penjual pizza dibunuh,namun rupanya ia orang lain!!

Mana lebih hebat?sAYA memilih The Phone kerana ia lebih logik dan mendebarkan!!

16 January 2011

Bukan Berbakat?

Adakan bakat itu terpendam?
hmmmm
Hmm...rupanya bukan senang menjadi pengarah drama pendek atau sketsa..Aku memang mahu mencuba bakat-bakat yang terpendam kerana kadang-kadang kita tidak menyedari kemahiran yang kita ada.Tahun lepas,Celpad menganjurkan Islamic Enhancement Program..dan setiap department diminta membuat persembahan.Dengan masa yang suntuk,cukuplah sekadar nasyid,kerana pengalaman mengajar bahawa sukar mendapat kerjasama dari orang Arab untuk berlakon, apatah lagi yang remeh temeh.namun,kugagahi jua untuk membuat skrip,dan mengarah..aku juga yang buat power point..Bila persembahan,hancur!mesej tak sampai,ppoint lari.lagu tak keluar dan mcm2 lagi.Nasib baiklah dapat hamper jugak..Adoh!!

Sebelum ini,aku ada juga tulis skrip drama untuk students istriku semester lepas untuk dipersembahkan semasa Expresseive corner,skrip dan cara berlakon,namun aku tidak dapat melihat persembahan mereka yang istriku Shikin kata best!!(Memang terbukti mereka berbakat,tahun ini mereka masuk Cfs Got talent dan dapat nombor 1 ,dan akan bertanding di Gombak!)Semester ini, aku mengusulkan idea kepada anak muridku untuk mempersembahkan World News, dan mereka berlatih sehari sebelum pertandingan,namun ppoint ada,props ada,cuma kami berlatih 10 minit sahaja,tak lebih.Malamnya,tidak!!nampaknya tiada time keeper,dan grup lain memang present sampai 20 minit.Antara sebab lain yang aku nampak:

1- kurang latihan

2-semua girls,mungkin kena import boys gak!

3-yang menang semua drama,dan kena ngan motto dia -moral!

4-lain kali,kita perlu sedar student lagi kreatif,bagi idea sudah..yang detail2 biar depa buat!

Tahniah!!

Memang sampai aku rasa malas dah nak mengarah..tapi pasal bahasa Arab,kugagahi jua,,kerana bahasa Arab ,aku tinggalkan cerpen,sajak ,antara bakar-bakatku semasa sekolah dahulu

03 January 2011

FB ANTARA BAIK DAN BURUK


facebook telah menjadi satu kemestian,kegilaan dunia,bayangkan 500 juta menggunakannya semenjak dilancarkan 2007 kalau tak silap,dan ia mengatasi muzik dan cara sosial masa kini.Anggaplah ia seperti tv,fb ada kebaikannya,kalau kita tau guna caranya..contohnya saya join grup bahasa Arab,banyak faedahnya!dan terkini,family grup.Kalau anda tidak mahu berfb,kurang2nya bukalah untuk family grup.Memang berbaloi-baloi..

Dibawah ,artikel menarik:


SATU kajian rambang mendapati Facebook terdedah kepada undangan berisiko. Atau dengan ayat yang lebih keras, Facebook merosakkan pemikiran pengguna yang tidak berdisiplin.

Ironinya pengasas Facebook dalam usaha mencari ketenangan telah mencipta sesuatu yang kemudiannya meminta orang-ramai memberikan sokongan sebagai satu cara mengalihkan kesedihan kerana baru berpisah dengan teman wanita.

Siapa percaya kegagalan yang dilalui oleh pengasas Facebook ini rupa-rupanya ada hikmahnya kerana ia membuka peluang kepada satu kejayaan sebagai seorang usahawan internet.

Seperti yang umum ketahui, laman sosial ini berpejabat di Palo Alto, Amerika Syarikat dan mula diperkenalkan kepada umum pada bulan Februari 2004 oleh penciptanya Mark Zuckerberg.

Hari ini Mark sudah menjangkau usia 26 tahun tetapi waktu konsep penemuannya menemui orang ramai, Mark belumpun tamat ijazah pertama. Hal ini mengingatkan kita kepada Bill Gates dan Steve Jobs yang dianggap “school drop out” sewaktu mereka muncul sebagai sang genius komputer.

Konsep Internet


Laman maya ini, konsepnya kalau mengikut kaca mata Barat, ia satu pengalihan dari laman “chatting” yang sia-sia kepada laman “sosial” yang lebih berfokus. Ini kerana mengikut penciptanya: “internet bukan lagi merupakan pengalaman peribadi dan tersembunyi, tetapi merupakan satu tenunan sosial, iaitu manusia berkongsi pengembaraan digital harian mereka dengan bukan sahaja kawan-kawan tetapi dengan seluruh dunia.”

Walau bagaimana sekalipun, Facebook yang menjadi gergasi media sosial kini terpaksa berdepan dengan krisis kepercayaan di kalangan para penggunanya termasuklah pengguna di negara ini.

Baru-baru ini sekumpulan pengguna dalam peratus yang agak besar di Amerika Syarikat telah menutup laman sosial mereka kerana tidak puas hati dengan tiadanya jaminan terhadap maklumat peribadi mereka yang diberikan oleh syarikat yang mengendalikan Facebook ini.

Untuk rekod juga, pada mulanya laman ini diperkenalkan kepada para pelajar Universiti Harvard. Dalam tempoh percubaan, jam pertama daripada empat jam Facebook menemui para pelajar secara online, kira-kira 450 orang pelanggan melayari dengan 22,000 gambar pelajar ditonton.

Tanpa mereka sedari sejarah terlakar apabila buat pertama kalinya para pelajar dapat maklumat pertama melihat identiti sebenar pelajar yang turut memenuhi ruang Facebook. Dalam sekelip mata, separuh dari masyarakat Universiti Harvard menjadi pelanggan Facebook.

Tiga tahun lalu, Collins English Dictionary terpaksa memasukkan entri perkataan Facebook sebagai satu perkataan baru, tahun berikut perkataan “unfriend” iaitu jika kita klik perkataan ini bermakna kita tak mahu berkawan dengan orang itu, pula dimasukkan sebagai satu perkataan baru.

Facebook & Kita


Cara hidup dan budaya di luar negara tidaklah sama dengan kita. Sebagai pengguna, ibubapa serta masyarakat di negara ini mulai dibenih dengan iklim kebimbangan. Budaya baru ini merebak begitu pantas sepantas api yang membakar padang lalang.

Dalam alaf ini, budaya inilah yang paling cepat mendidik jiwa pengguna sepantas kilat yang menyambar langit. Keterbukaan laman ini menyebabkan ibubapa sudah tidak lagi boleh mendidik menggunakan rotan dan tangan apatah lagi menggunakan ugutan.

Anak-anak sudah petah menyampaikan permasalahan mereka kepada umum untuk dibaca, dinilai dan mungkin untuk membantu menyelesaikan masalah yang dialami. Cakap-cakap ibubapa sudah tidak diendahkan, kini kanak-kanak yang menghuni dunia Facebook, mempunyai “rakan” yang lebih pakar dalam membantu mereka menyelesaikan masalah.

Bagi mereka yang dikelaskan sebagai aktivis sosial, (juga aktivis politik), laman ini ada baik buruknya bergantung kepada isu-isu yang dijaja. Isu agama serta isu kaum adalah isu yang sering diperdebatkan.

Tidak keterlaluan jika kita katakan isu-isu ini yang membakar hati dan jantung pengguna sehingga melahirkan budaya perdebatan dan perkelahian siber dengan menggunakan bahasa kesat, biadap dan tidak terfikir oleh akal yang rasional.

Pertemuan dengan seorang lelaki yang sudah lapan tahun berumahtangga minggu lepas membuka minda untuk melihat Facebook dari sudut yang lebih terarah. Perkahwinan yang dipupuk atas dasar cinta pandang pertama akhirnya mencapai jalan buntu - bercerai talak satu dan kini hidup bersama-sama tiga orang anak. Isterinya seorang wanita yang persis wajah bintang filem, tinggi lampai dan berwajah pan-asian serta bekerjaya.

Sebagai usahawan dalam bidang IT, banyak masa dihabiskan bertemu pelanggan sama ada di dalam mahupun di luar negara. Ketiadaannya tidak dirasai oleh sang isteri kerana sejak bertemu Facebook, laman ini menjadi pengubat rindu. Melalui Facebook, dia dan isteri melayari bahtera kebahagiaan.

Tetapi tanpa disedari melalui Facebook juga, isterinya bertemu dengan pelbagai ragam manusia. Dan seperti dalam filem-filem yang “unhappy ending”, isterinya menjalin hubungan asmara dengan teman di dalam Facebook, juga seorang lelaki yang sudah beristeri.

Mereka saling mencurah perasaan dan akhirnya terjebak dalam satu perangkap yang tak menghancurkan rumah tangga mereka semuanya gara-gara perkenalan melalui Facebook.

Bagi anak-anak yang berjauhan dengan keluarga, hidup mereka seolah-olah bebas dari perhatian ibu bapa. Mereka sanggup menghabiskan banyak masa dengan berchatting dan bermain Farmville semata-mata kerana keasyikan dan keseronokan sehinggakan Farmville ini sudah menjadi satu ketagihan. Akibatnya waktu solat kian terabai dan waktu bersama keluarga semakin merosot.

Abai Keluarga

Ada pula yang sanggup berkawan di laman sembang siber dengan kenalan baru sepanjang-panjang waktu lapang tetapi untuk menelefon ayah dan ibu di kampung untuk sekadar bertanyakan khabar jauh sekali.

Masa dengan ibubapa sudah menjadi seolah-olah tidak lagi berharga berbanding masa dengan teman-teman di laman sembang dan sosial seperti Facebook ini. Linangan air mata orang tua tidak sama dengan ketagihan berchatting hingga lewat malam.

Natijahnya mudah - isteri yang mahu mencium bau syurga usahlah melebarkan jaringan kawan semata-mata kerana kesunyian dan mahu bertukar-tukar fikiran. Niat baik tidak semestinya dikabul dengan kebaikan kerana kawan-kawan yang baru dikenali melalui Facebook tidak mudah untuk dikenali.

Ramai yang menyamar identiti semata-mata kerana tidak mahu identiti sebenar mereka terbongkar. Mereka mengambil kesempatan terhadap orang yang lemah. Biar kita kurang jaringan persahabatan daripada kita terjaring di dalam kemaksiatan dan hidup di dalam kepura-puraan.

Nota Kaki: Jika ada anggota keluarga anda, sama ada suami atau isteri terutama anak-anak gadis asyik “chatting” hingga lewat malam, elok diperhatikan mereka agar tidak terjerumus ke lembah yang tidak kita ingini
.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Pages