alang -alang tersinggah,followlah saya!

30 September 2009

cek on telah datang...

he3..testing berjaya..cek on baru beli broadband...bolehla lawat blog selalu..selalu pyh nk join..org kpg...he3...

testing2....

try2 je nih...betoi ka dak pn tak taw:P

Tahniah

Tahniah buat adinda Nor Ashikin dan Hanif atas berita kehamilan anakanda yang ke 3.
Jaga diri, banyakkan membaca Al Quran, makan makanan berkhasiat, control emosi.

Sekali lagi tahniah dari Abang dan keluarga..

Tahniah

Tahniah buat adinda Nor Ashikin dan Hanif atas berita kehamilan anakanda yang ke 3.
Jaga diri, banyakkan membaca Al Quran, makan makanan berkhasiat, control emosi.

Sekali lagi tahniah dari Abang dan keluarga..

26 September 2009

Sambutan Raya di Surau Taman Delima Jaya

Malam tadi ,selepas Solat Isyak, surau Delima jaya telah mengadakan jamuan hari raya yang dihadiri penduduk taman delima dan taman lain yang berdekatan.Sambutan ini adalah acara tahunan,namun tahun ini,tampak meriah di bawah pengerusi baru Haji Yusof.Sate 2 ribu cucuk habis,ada laksa,mee ,dadih,kuih-muih,mee sup dan lain-lain lagi.Kanak-kanak pula menerima duit raya.



Wawa gelak sambil tutup mata..

Ramai sungguh orang datang..


Ada kenai tak hak dok makan ni?

Adik menikmati mee sup yang lazat!

Haziq pun nak jugak..




Tu dia eh..kuih banyak sungguh




ma'wa terima duit raya. Comel dia malam ni..!





video

MUHASABAH RAMADHAN

Ramadhan telah meninggalkan kita,
Syawal pula menjelma menjelang hari raya,
Kehidupan biasa bermula semula,
Ramadhan hadapan belum tentu kita jumpa..

Bait-bait lirik Nadamurni di atas menggambarkan perginya bulan yang mulia, satu madrasah tarbiah rohani yang terbaik,segala amalan diganjarkan berlipatganda.Dengan kedatangan Syawal,sudah tentulah kita bergembira ,namun kehidupan tidak seperti di Ramadhan,dan belum tentu kita dapat menjejaki Ramadhan pada tahun mendatang.Ramadhan,kedatanganmu dihargai,pergimu ditangisi.
Apa yang penting,ia bukan sekadar ditangisi,tapi kita mesti koreksi diri sendiri,muhasabah adakah kita boleh istiqamah dengan amalan Ramadhan.Benarlah kata pujangga: كونوا ربانيين ولا تكونوا رمضانيين yang bermaksud:jadilah orang yang beramal dengan amalan ketuhanan,janganlah jadi orang yang beramal di Ramadhan.Benar,di bulan Ramadhan,amalan perlu dilipatgandakan sebagai tanda membesarkannya,tapi kesannya di bulan yang lain memaparkan kita mendapat sentuhan Ramadhan itu.
Bagaimana?Contohnya,kita boleh khatam Al-Quran 30 juzuk dalam sebulan,dan dibulan lain rasanya memang kita tak mampu buat kerana keajaiban Ramadhan sudah tiada(tapi tak dinafikan ada yang boleh),sekurang-kurangnya,kita istiqamah baca Alquran setiap hari satu helai beserta tadabbur maknanya, dan beramal dengan Alquran.

“Di hari raya ini,koreksilah diri sendiri,
Layakkah hari ini kita berhari raya,
Hari raya hanya untuk orang-orang bertakwa,
Selain mereka tidak layak merayakannya (Nadamurni)

Itulah falsafah hari raya,walaupun sebenarnya ia boleh diraikan oleh sesiapa sahaja kerana takwa bersulamkan keikhlasan dan ikhlas itu umpama semut hitam di atas batu yang hitam dalam malam yang gelap! Kita muhasabah diri kita,takwa atau tok kua(tau hu dalam bahasa Kedah),amalan kita melantun naik atau mertun(penukul dalam bahasa Kedah).
“renung kembali segala amalan di bulan Ramadhan,
Adakah meningkat dari sebelumnya,
Bertambah baikkah kita dari masa ke semasa,
Sesuai dengan meningkatnya umur kita(Nadamurni)

Jadi,kita perlu tanya diri kita soalan-soalan berikut:
1. Adakah aku baca Alquran setiap hari?
2. Istiqamahkah aku ke surau/masjid?
3. Hubungan sesama manusia bertambah baikkah?
4. Perancangan hidupku semakin flowkah?
5. Amalan-amalan sunat bertambahkah?
6. Sudahkan aku menghindari perkara makruh dan bidaah?
Kata Sufyan At Thauri:الابتعاد عن البدعة خير من الاجتهاد في السنة
Salam Syawal… by: Arkurni

Gambar-gambar raya keluarga Abas

Kereta-kereta berderetan balik kampung.



4 menantu yang ceria tapi sedih..hehe






Aksi bersahajaPak Su dan 5 anak saudaranya




untuk lihat gambar yang lain, klik di sini

video

24 September 2009

Happy Birthday To Husna Hannani

Selamat Hari Lahir kepada puteri yang terbaik kebanggaan kami Husna Hannani yang ke 8, semoga menjadi anak yang solehah,sentiasa ceria, panjang umur,murah rezeki, menjadi kakak yang baik untuk adik-adik.


Kami sayang kamu..... Abah, Mama, Harraz and Hadif

23 September 2009

KELUARGA HAJI ABAS





berdiri dari kiri: Mohd Nur Faizuddin Abas(abah +ummi),Fadhilah Abas (abah+arwah mak),Dr Syaima,Shikin,Nur Salam Ibrahim(ummi+arwah suami),Umi Kalthom Abas(abah+ummi),Kak Munirah,Batrisya,Liza,Zuhaira Abas(abah+ummi)


duduk : Dr Khalid,Hanif,Ummi,Abah,Helmi,Saifullah,Nuha
duduk atas lantai : Solehuddin Abas (abah+ummi),Nur Fatimah Abas(abah+ummi),Haziq,fauzan Abas( abah+ummi),Balqis,Ma'wa,Nur Ain Ibrahim(ummi+arwah suami).Ibadurrahman Abas(abah+ummi)
tak ada dalam gambar: Hafizah Abas(abah +arwah emak)





Julung-julung kali,setelah hampir 30 tahun,keluarga besar haji Abas (beliau tunaikan haji masa umur beliau 32 tahun!) beraya di Jerantut kerana abah dah bersara dan terlalu ramai ahli keluarga (dah pencen,tapi anak bongsu x sekolah rendah lagi!).memang tak tau nak pergi mana sebab semua saudara di Segamat.Apa pun,keluarga haji Abas mengucapkan



selamat hari Raya,maaf zahir batin dari hujung rambut hingga ke hujung kaki..



Bila di rumah sendiri,banyaklah yang perlu dibuat.Pertama,pada pagi Sabtu,kami membersihkan rumah,buang sawang,mop lantai.Abah memang dah plan semua,siap mesyuarat lepas Subuh beserta taip sekali.Kemudian,sessi membuat ketupat.rendang,nasi himpit,masak ayam stail jawa(ummi dan Dr Syaima jawa).Mujurlah ramai tenaga kerahan,ummi jadi cheflah kiranya hari tu.Semuanya first time,memang seronok dengan keletah anak-anak.Kereta pula sampai 7 buah..mujurlah laman rumah luas,boleh parking ke tujuh-tujuh kereta.Tahun ini, Alhamdulillah baju adik-adik telah disponsor oleh Dr Khalid .Barakallahu fihi!Hanif sponsor karpet yang dibeli di Nilai 3.Murah aje!Pada malamnya pula,semua tunggu keputusan Mohor Besar Raja-Raja(sebenarnya dah dijangka) dan bila diumumkan,semua melompat keriangan.Isyak,kami solat di Surau dan bertakbir selpas solat.kemudian,abah jemput jemaah surau ke rumah dan kami bertakbir sekali lagi.Benarlah sabda Nabi agar Raya dihiasi dengan Takbir,Tasbih,dan Tahmid(Bukhari).Kalau di Segamat, malam raya memang meriah dengan sesi takbir dari rumah ke rumah,kadang-kadang sampai 10 buah rumah,tapi di Pahang tidak begitu.Lebih kurang pukul 10 lebih,upacara pembakaran sate bermula.Sate memang tradisi jawa dan keluarga ummi di Bekok dari dahulu lagi pandai buat sate.Khalid pula menunjukkan kepakaran membuat lamb chop.Semuanya dilakukan di belakang rumah.Di samping itu juga,ayam dimasak dan ikan patin sendiri punya di buat masakan Pahang.
Raya Pertama:
Sebagaimana dirancang,raya pertama di Jerantut.Kami bangun Subuh dan bertakbir,selepas itu semua bersiap-siap untuk ke Masjid Jerantut Baru.Baju baru,kopiah baru dan semestinya azam yang baru!Mujurlah bilik air ada tiga,cepat sikit kami bersiap.Sebelum itu,makanan dijamah,dan antara Sunnah Raya Aidilfitri menjamah makanan sebelum solat sunat Aidilfitri,menandakan kesyukuran selepas puasa di Ramadan.Kami sampai sekitar 8.30,solat akan dimulakan 15 minit lagi.Selepas bersolat,kami kembali ke rumah(antara Sunnah juga pergi ikut jalan lain,balik ikut jalan lain,tapi kami lupa nak buat)dan sessi bermaaf-maafan kepada abah dan bonda ummi yang tidak pernah kenal erti penat dan lelah dalam mendidik anak-anak.Bermaafan di antara adik-beradik,dan selepas itu kami yang dah bekerja menghulurkan duit raya kepada adik-adik,anak-anak dan anak saudara.Riuh jadinya.
Taman Koperasi masih baru dan Cina lebih ramai daripada Melayu,jadi,tak ramai yang ada.Kami melawat ke rumah Encik Nasa,En .Bukhari dan En, Sarip pula datang ke rumah kami.Sebelah petang,kami membalas kunjungan ke rumah En Sarip,rumah kawan abah masa sekolah dan Encik Abu Samah.Malamnya,selepas Maghrib, kami ke rumah Encik Ahmad Daras,bekas pengetua Temin.Balik dari sana,kami bakar sate lagi dan lamb chop.kami marhaban di kesemua rumah yang kami pergi.
Raya kedua:
Raya hari kedua boleh saya sifatkan sebagai long ranger,atau rali keluarga yang menuntut stamina yang mantap!Kami bertolak lebih kurang pukul 10.30 pagi (sepatutnya bertolak awal tapi pagi tu semua sakit perut,terkucil-kucil) ke Lipat Kajang di Jerantut juga iaitu rumah mak angkat abah.Abah pernah menetap di sana semasa di tingkatan 3 di bawah program GPMS.Kemudian,kami bertolak ke rumah nenek di Gemas melalui Triang,Bera,Bandar Jempol,Pasir Besar.Jalannya bersimpang siur,bengkang-bengkok.Mujur dah makan di Lipat Kajang.Alhamdulillah,dapat jumpa nenek dan pak /mak saudara serta sepupu yang lain.
Hari beransur petang.Kami bertolak pula ke Jementah,rumah Pok Long kerana atuk ada di sana.Atuk Jarah usianya menjangkau 84 tahun,masih boleh berjalan,baca Alquran dan bertutur dengan elok.Beruntung kami kerana masih mempunyai atuk.Kami tidak lama di sana, perlu ke Paya Pulai untuk menziarahi kubur.
Sampai dikubur,suasana hening,dan hati tiba-tiba rasa syahdu dan sayu mengenangkan yang telah pergi.Arwah Atuk Aman,Ijah,mak bermain-main di minda.Selepas berdoa,kami Ke rumah pak Hitam,solat maghrib,marhaban stail paya Pulai, dan menikmati mee yang ho liau!








Abah menyapu laman rumah..

Syawal 2009 / 1430H



Alhamdulillah , syukur pada Maha Pencipta kerana sekali lagi diberi peluang dan ruang untuk menyambut Ramadhan dan Syawal. Begitu pantas masa berlalu sekejap saja Ramadhan pergi meninggalkan kita. Mudah-mudahan Allah mempertemukan kita semula dengan Ramadhan yang akan datang.
Apa yang pasti masa tidak menunggu kita. Jesteru ini marilah kita mengambil peluang ini untuk saling bermaafan dan saling berkasih sayang antara satu dengan yang lain. Tiap kali Syawal pastinya anak-anak kita melonjak keriangan. Ibubapa pula sibuk membeli pakaian baru untuk dipakai oleh anak-anak kita. Perkara yang paling menakjubkan pada pagi raya ialah mencium dan memohon keampunan dari pada ibu bapa , suami/ isteri dan melihat keceriaan anak-anak tercinta. Walaupun dalam kes ni bapa nya selalu "miss".



Gambar di hari raya!!!!
























22 September 2009

Ke Cameron Highland

Pada 13/12/2009,Kak Cik dan keluarga bersama mak dan adik ke Cameron Highland.Kami duduk di hotel berdekatan ,dan kami manfaatkan masa dengan melawat tempat strawberi,dan macam -macam lagi.

20 September 2009

2 ramadhan di rumah kak cik

Hari kedua,kami decide berbuka di rumah baru kak cik..bertolak petang,dan samapai di sana,kami lihat rumahnya luas dan selesa,nyaman dan kemas.wiring dan lampu semua shamsul buat,dah memang skill dia.petangnya,Abg Asri sekeluarga datang.kami berbuka bersama-sama.Selepas itu .kami tarawih di situ juga.Hanif imam dan ayah bilal.Pukul 10,kami bertolak pulang ke Sepang bersama mak,ayah dan adik sebab adik ada interview di Ambank hari Khamis.Sampai pukul 4 pagi dan terus sok(sahur)

Three musketeers..heheh,dengan gaya tersendiri

Dapur yang luas.kak cik kata kalau ada duit nanti,dia nak besarkan dapur.

Sedondon abah dan anaknya..
Hanif mendukung hadif yang comel ..

Langsir yang menarik.Lampu semua Shamsul pasang..







Luas,boleh masuk 2 buah kereta.Syiling pun tinggi

19 September 2009

Berbuka 1 ramadhan

Selepas perjumpaan,Abg Nasri dan keluarga balik ke Kangkung.Tinggallah 2 keluarga.Mak masak banyak dan memang benarlah sabda Nabi bahawa manusia akan berada dalam kebaikan selagi mana mereka mempercepatkan berbuka(Riwayat Bukhari)


Berehat selepas berbuka....

lauk pauk yang menyelerakan..!
Persediaan untuk berbuka...
Malamnya,dalam kehujanan,Kak Cik dan Shamsul balik ke Kulim,rumah baru mereka..


18 September 2009

LAGI GAMBAR PERJUMPAAN KELUARGA

Abang Asri khusyuk mendengar perbualan..

Budak-budak leka dengan paparan skrin lcd..My little star

Kak Cik..

Bersalaman mak dengan ayah..


Bersalaman diantara dua adik-beradik..



Saat yang menyentuh perasaan...

Shikin dan kak Cik

Sedikit cenderahati melambangkan kasih sayang..
HASIL MESYUARAT:
1. PENUBUHAN DANA KELUARGA..SUMBANGAN BERDASARKAN SETIAP KELUARGA.DIURUSKAN OLEH KAK AYU
2.BLOG KELUARGA-DIPERTANGGUNGJAWABKAN KEPADA HANIF
3.AKTIVITI KELUARGA-SETAHUN SEKALI.PERANCANG:KAK CIK DAN sHAMSUL


ANTARA VIDEO KLIP MASA PERJUMPAAN TEMPOH HARI..

video

17 September 2009

MESYUARAT KELUARGA


Sejadah untuk mak tersayang


Juga untuk Kak Cik


Ukhuwah terbina kembali..


Bulan Ramadan memang penuh keberkatan.tanggal 1 ramadan hari sabtu ,satu mesyuarat telah diadakan di rumah mak kedah.Cetusan idea ini dilahirkan oleh Nor Ashikin,anak kedua dalam keluarga Kedahuntuk menyatukan hati-hati keluarga kedah.Beliau dan keluarga datang dari ibu kota semata-mata mesyuarat ini,malah beliau sendiri mempengerusikannya.Alhamdulillah,semua hadir,mak dan ayah,4 beradik, 3 menantu dan cucu.

Sebelum memulakan mesyuarat,beliau mengingatkan sesi yang julung-julung kali di adakan ini bukan untuk menyalahkan sesiapa,tapi bermaafan sempena bulan yang mulia.Sebelum semuaa ahli anggota diberi peluang bercakap,satu power point dengan lagu "keluarga bahagia" dipaparkan di dinding menggunakan lcd, hasil kreativiti Hanif.Paparan yang menyentuh perasaan,sehingga ada yang mengalirkan air mata..paparan memori dulu-dulu keluarga Kedah.Selepas itu,setiap orang di beri peluang bercakap ..

Mak: mak bersyukur kerana ada pertemuan seperti ini dan berharap luka yang tercalar terubat kembali,..macam dulu-dulu..

Abang Asri: dengan penuh perasaan, abang asri meluahkan apa yang terpendam, dan beliau kata telah "lost" siblings setahun lebih,dan akan berusaha menjadi abang yang terbaik.

kak cik: tegur dia kalau ada salah,insya Allah dia boleh terima.

adik: ingat balik impian kita masa kecil nak bagi mak senang,tapi bila kita besar?

Menantu juga di beri peluang:

kak Ayu: dalam tangisan,Kak ayu berharap ayah berubah.

shamsul: juga berharap ayah berubah demi masa depan keluarga..

Ayah menjawab,kalau nak tegur dia,tak boleh direct tapi kena melalui orang lain,tapi Shikin cepat-cepat tukar topik lain.

Hanif: sebagai menantu jauh,sedaya upaya jaga imej keluarga kedah .

Alhamdulillah,tiada gangguan daripada anak-anak kerana mereka leka dengan paparan lcd.

Kemudian,sedikit cenderahati daripada Shikin berupa keratan akhbar,cd,sejadah kecil dan kain pelikat kepada setiap keluarga.Majlis diakhiri dengan pelukan,bersalam-salaman..ALANGKAH INDAHNYA DUNIA INI!!














LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Pages