alang -alang tersinggah,followlah saya!

22 December 2010

Tulis sikit-sikit,lama-lama siap!Nasihat untukku!





SETIAP bait kata yang diluah dari bibir mungil wanita bertudung labuh itu cukup lancar dan teratur. Nadanya lembut dan bersahaja tetapi bagaikan ada aura yang mampu menawan sesiapa yang mendengarnya.

Bicara yang disulami mutiara hikmah yang dipetik daripada al-Quran dan hadis Nabi Muhammad S.A.W. menyuntik cahaya keimanan bagi mereka yang berusaha untuk memahaminya.

Sambil melayan permata hati, Al-Haura’ Maqsurah yang bermaksud bidadari yang terpelihara, wanita yang berwajah keibuan itu menjawab setiap persoalan yang dilontarkan dengan penuh santun.

Senyuman yang sentiasa terukir di bibir menambahkan lagi kemanisan novelis yang dilahirkan dengan nama Fatimah Syarha Mohd. Noordin itu.

Baru mencecah usia 26 tahun pada 17 Oktober lalu, anak kelahiran Kuala Terengganu, Terengganu itu sudah pun menghasilkan tujuh karya istimewa yang mempunyai kelompok pembaca tersendiri terutama dalam kalangan remaja.

Berdakwah melalui novel

Berpegang teguh kepada kalimah Lailahaillallah Muhammadurrasulullah sebagai prinsip hidupnya, Fatimah mengakui dia amat menitikberatkan nilai-nilai keindahan agama dalam penulisannya.

Sebagai penulis, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk mendidik masyarakat atau berdakwah melalui penghasilan penulisan yang berkualiti dan membina keperibadian muslim.

“Apatah lagi, saya memang sangat takut dengan hisab Allah pada setiap patah perkataan yang saya tulis. Jadi saya akan pastikan jika ingin mengupas sebarang isu, ilmu atau sebarang kefahaman, maka saya akan merujuk kepada sumber-sumber yang muktabar iaitu al-Quran, sunnah dan perbincangan ulama-ulama yang disegani seperti Sheikh Yusuf al-Qardawi, Abdul Karim Zaidan dan Dr. Wahbah Zuhaili.


FATIMAH dan Farhan akan memperuntukkan masa satu jam setengah setiap hari untuk menulis. Al-Haura' Maqsurah (kanan) puteri sulung mereka


“Saya tidak akan menulis mengikut logik saya sendiri kerana saya tahu kelemahan diri. Bahkan Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda: ‘Sesiapa yang menetapkan satu ketetapan yang buruk dan ia diikuti, maka mereka akan berterusan mendapat saham dosa sehingga ke hari kiamat.’

“Lantaran itulah, saya perlu berhati-hati dalam setiap penulisan agar tidak mendatangkan kesan buruk pada kemudian hari,” tegas Fatimah yang pernah memenangi tempat ketiga dalam Sayembara Novel Remaja sempena Jubli Emas Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 2006 melalui novelnya yang bertajuk, Seindah Mawar Berduri.

Antara novelnya yang lain termasuklah Tautan Hati, Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul (antara novel terlaris), Syabab Musafir Kasih, Duhai Teman Sejatiku, Palestin Kami Datang dan terbaru Bebaskan.

Selain itu, karya pertama graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu bertajuk, Petua Membuat Orang Jatuh Cinta dihasilkan bersama pakar motivasi, Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah dan Muhammad Zakaria.

Meskipun banyak memilih tema cinta dalam novel yang dihasilkan, namun Fatimah bijak mengadun kisah cinta yang ingin ditampilkan.

Tidak menulis kisah-kisah cinta stereotaip yang dipenuhi janji manis yang ditaburkan kekasih atau kecurangan seorang pasangan, sebaliknya dia mengajak pembaca untuk bercinta tetapi mengikut landasan syariat yang diberkati Allah.

“Saya percaya keharmonian dalam sesebuah rumah tangga dapat dicapai kesan daripada kita mencari Allah sebelum berkahwin lagi. Contohnya setiap pasangan mempersiapkan diri sebagai muslim sejati, menjaga syariat dan keberkatan untuk merasai satu nikmat kemanisan dalam alam rumah tangga,” kata Fatimah berkongsi pengalaman.



PASANGAN suami isteri ini menganggap dunia penulisan adalah cara mereka berdakwah dan mendidik masyarakat
.


Karya-karya ilmiah

Sebagai seorang ibu kepada seorang cahaya mata berusia setahun dan kini hamil anak kedua, tanggungjawab yang digalas semakin bertambah. Namun, ia bukan penghalang untuknya terus menitipkan karya-karya ilmiah untuk tatapan pembaca.

Apa yang penting baginya, jika seseorang itu sudah berminat kepada sesuatu sudah tentu dia akan ada masa untuk memenuhi minat tersebut.

Cuma, apa yang diperlukan adalah menyusun jadual dengan menjadikan solat lima waktu sehari semalam sebagai panduan dalam melaksanakan rutin hariannya.

“Apabila kita sudah susun jadual dan letak sasaran pada setiap yang dilakukan insya-Allah, Allah yang akan memberikan masa yang memang cukup untuk kita penuhi dengan pelbagai aktiviti dengan penuh tanggungjawab,” ujarnya bersemangat.

Sementara itu, minat menulis yang sebati dalam jiwa Fatimah turut dikongsi bersama suami, Dr. Farhan Hadi Mohd. Taib, 26, yang popular dengan novel Islamik bertajuk: Denyut Kasih Medik terbitan Telaga Biru awal tahun ini.

Novel tersebut memaparkan kisah seorang doktor muda yang berjuang dalam mengaplikasikan syariat di hospital sewaktu bergelar doktor pelatih (houseman). Ketabahannya mampu meruntun jiwa pembaca di samping mendidik mereka agar menghargai pengorbanan seorang doktor serta kakitangan kesihatan.

Menurut Farhan, penghasilan novel tersebut lahir daripada sokongan isterinya yang tidak putus-putus memberi semangat dan sentiasa berada di sisi pada waktu susah dan senang.

“Fatimah yang memberi idea untuk saya menulis sebuah novel berkaitan kehidupan seorang doktor yang sentiasa berpegang pada syariat Islam bagi menunjukkan keindahan hidup beragama.

“Pada mulanya sukar untuk saya menyiapkan karya sulung tersebut dek kesibukan kerja yang menuntut satu pengorbanan tinggi. Pernah satu ketika, saya rasa berputus asa dan langsung tidak menyentuh komputer riba hingga sebulan.



FATIMAH mahu berdakwah melalui hasil tulisannya.

--------------------------------------------------------------------------------



“Tetapi Fatimah terus memujuk untuk saya istiqamah dalam menghasilkan novel tersebut.

“Alhamdulillah, dalam tempoh enam bulan kemudian saya berjaya menamatkannya. Apabila mula dipasarkan pada Februari lalu saya tidak sangka ia akan menerima sambutan yang sangat memberangsangkan,” beritahu graduan perubatan dari Universiti Malaysia Sarawak (UMS) itu.

Melihat kepada sinar kebahagiaan yang terpancar pada wajah masing-masing, tidak keterlaluan jika dikatakan pasti ramai yang mahu mencontohi pasangan itu.

Apa pun, Fatimah dan Farhan sepakat menjadikan dunia penulisan sebagai salah satu usaha dakwah dan tanggungjawab mendidik masyarakat mendekatkan diri dengan Allah, menjadikan Rasulullah sebagai idola untuk diikuti seterusnya mengamalkan kehidupan beragama yang mendamaikan.

Untuk mengetahui karya-karya Fatimah dan Farhan dengan lebih lanjut, layari laman web www.telagabiru.net.my atau hubungi Telaga Biru di talian 03-6276 8057 begin_of_the_skype_highlighting 03-6276 8057

06 December 2010

PENCARI CINTA iLAHI


para pencinta Ilahi ,
denganNya kita berpetang-petang dan berpagi-pagi,
bermunajat mengalir kudrat mencari rezeki,
dibumi yang terbentang luas ini

wahai pencari cinta Ilahi,
atas nama Rabbul Izzati..
sekelumit cinta Agung ditagih dirasai,
sederas hujanan titisan mata di malam sunyi,
mencari..dan terus mencari,
cintaMu yang sungguh suci..


carilah cintaNya,
bukan di celahan helaian buku -buku usang,
bukan di jaluran akar akar pohonan,
bukan di kaki kaki lima jalanan,
carilah dalam dirimu,
kenalilah siapa kamu,
bagaimana terjadinya kamu,
ke arah mana hidupmu,
nescaya,
siapa yang mengenali dirinya.
.kenal akan Tuhannya.
.kenal akan Khaliqnya..

mencari cintaNya,
disebalik ruwet rencah resah kehidupan,
perlukan kesabaran..
untuk menongkah kepahitan,
perlukan ilmuwan,
agar kita tak tersesat jalan,
perlukan kefahaman,
agar tidak terpesong pemikiran..

Di sini,

terus mencari..
cinta Ilahi


CETUSAN RASA :Arkurni Abas 6/12.2010 1 a.m

04 December 2010

pandangan lain ttg harga naik malam tadi..

ini pandangannya:

in term of teori ekonomi; apabila kerajaan memansuhkan/mengurangkan subsidi termasuk subsidi minyak, secara automatik perbelanjaan kerajaan(G) ke atas produk akhir dan perkhidmatan akan bertambah. Dgn kata lain, kerajaan akan mempunyai wang yang banyak untuk dibelanjakan ke atas projek2 pembangunan ekonomi negara yg akhirnya akan mendatangkan pulang/return kpd kerajaan semula.

Cth: Kerajaan membangunkan projek pembinaan 100 tingkat Warisan Merdeka Tower untuk tujuan komersial/peluang perniagaan. Apabila banyak perniagaan dijalankan disana, secara automatik kerajaan akan dpt mengaut hasil pulangan dlm bentuk cukai (cukai perniagaan, cukai export import etc). Tidak terkecuali mewujudkan peluang pekerjaan baru kpd org Malaysia. Maka, kerajaan juga boleh mengaut hasilnya melalui cukai ke atas individu.

Jelas disini kerajaan sedang melaksanakan Dasar Fiskal yang meliputi 2 komponen utama iaitu komponen Perbelanjaan Kerajaan (G) dan komponen Cukai (T).


G > T

Secara teori juga, apabila G>T, kesan langsung adalah org kurang berbelanja dimana org awam akan cuba sedaya upaya utk berjimat dan tahap inflasi mampu dikawal.

Kalau diperhatikan, berlaku peningkatan tahap inflasi dgn negara2 yang berjiran dgn negara kita. Terbaru bank pusat Thailand secara tiba2 telah menaikan interest rate bagi mengawal inflasi negaranya. Jelas disini bank pusat Thailand telah melaksanakan dasar monetarinya berbanding kita Malaysia yg melaksanakan dasar fiskal oleh kerajaan.

03 December 2010

Money Stories

Cerita Wang (Rahsia Sebenar) - Bahagian 1
Wang atau duit, itulah yang menjadi idaman utama bagi setiap manusia yang bernyawa didunia ini, malah ada yang mengutamakan wang dari agama, akhlak dan juga kehormatan diri sendiri semata2 untuk mengaut sebanyak mungkin wang yang berada didalam kitaran sistem ekonomi.

Mengingat kembali kenangan belajar perdagangan semasa sekolah menengah dahulu, kisah bagaimana wang dicipta, polisi yang mengawalnya tidak pernah diceritakan walaupun wang itu sendiri adalah salah satu tujuan utama pergi kesekolah.. "belajar pandai-pandai supaya nanti bila besar boleh kerja gaji besar (wang banyak)" biasa dengar tak? Atau mungkin itu yang acapkali anda sebut kepada anak2 anda sekarang?.

Video yang saya paparkan ini adalah informasi penting bagi segenap masyarakat tak kira bangsa dan agama kerana ianya secara mudah menjelaskan mengapa semakin hari harga barangan dan perkhidmatan semakin meningkat, sebenarnya itu adalah pembohongan terbesar oleh pihak tertentu yang menutup muslihat sebenarnya. Nilai wang itu sendiri yang semakin menyusut dan bukannya barang yang semakin mahal.



Walaupun penerangan diatas menggambarkan sistem ekonomi di Amerika, sistem ini juga sebenarnya di guna di kebanyakan negara termasuklah Malaysia, bezanya Bank Negara Malaysia dipunyai kerajaan, Federal Reserve adalah kepunyaan pihak persendirian kumpulan ahli2 bank antarabangsa. Ya.. jangan terperanjat, ianya milik persendirian, golongan diatas Piramid, ingat bagaimana ekonomi dunia berubah, saham turun naik apabila FED (Federal Reserve) menaik turun kadar faedah? Mereka sebenarnya yang mengawal ekonomi dunia ini.

Orang paling kaya didunia bukan Bill Gates, akan tetapi pemilik Federal Reserve, Bank Dunia dan IMF yang meng"kuda"kan presiden dengan bantuan agen2 seperti CIA dan tentera Amerika, memastikan kepentingan mereka terjaga di seluruh dunia termasuklah jika ianya melibatkan perang dan membunuh berjuta2 insan yang tidak berdosa. Amat memeranjatkan juga, mereka2 ini jugalah orang kuat dibelakang Israel dan apa yang mereka lakukan sebenarnya adalah untuk memastikan Israel semakin kuat.

Apabila kita meminjam wang dari bank, samada pinjaman rumah, kereta ataupun kad kredit, secara zahirnya kita tidak menzalimi manusia lain, sebab itu ramai berkata "aku rela bayar lebih pada bank sebab kalau tak macamana bank nak beroperasi", akan tetapi secara halusnya kita secara tidak langsung menzalimi insan2 lain terutamanya golongan yang tidak bernasib baik dan juga golongan miskin, walhal, bank itu sebenarnya tidak perlu pun wujud untuk membolehkan masyarakat mempunyai wang yang sebenarnya.

Bagaimana cara kita menzalimi manusia lain?
1. Kita bersubahat men"cair"kan atau menyusutkan nilai wang itu sendiri dengan membiarkan bank men"cipta" wang tanpa sandaran sesuatu yang bernilai samada emas atau perak. Lagi banyak pinjaman, lebih banyak lah susut nilai, sebab itu inflasi sentiasa tetap ada didalam ekonomi.

2. Kita menambahkan permintaan untuk barangan tersebut, contohnya jika kita beli rumah lain untuk pelaburan sedangkan sudah punya rumah sendiri untuk diduduki, pemaju akan menaikan harga rumah kerana banyaknya permintaan.



Jijiknya Riba' itu melebihi dosa zina, sebab itu Allah dan rasul mengishtiharkan perang terhadap mereka yang melakukannya, samada makan hasil riba' ataupun membiarkan diri ditindas dengan riba'. Disebabkan manusia semakin hari semakin tertekan, pemikiran manusia lebih tertumpu kepada "survival mode" yang mana kepentingan diri lebih utama dari kepentingan manusia2 lain.

Apabila negara merdeka, penjajah sebenarnya telah menyemai dua benih utama yang akan memastikan penjajahan mereka akan kekal, penjajahan yang mana mereka tidak perlu lagi berada di negara kita untuk memastikan kita akan senantiasa tunduk mengikut kehendak mereka tanpa sedar.

1. Benih kerajaan sekular - Kerajaan yang mana mengiystiharkan undang2 negara lebih utama dari undang2 Allah, sebagai negara Islam, Al Quran dan sunnah sepatutnya dijadikan tunjang utama undang2. Sebaliknya undang2 ciptaan manusia yg angkuh, dengan diberi sedikit akal oleh Allah mendabik dada kononnya ini adalah undang2 moden terbaik yang menjaga hak asasi manusia. Undang2 Allah sudah lapuk dan tak sesuai lebih2 lagi dengan masyarakat yg berbilang kaum.

2. Benih ekonomi Riba' - Bank negara diasaskan oleh British, Govenor pertama adalah W.H. Wilcock. Sistem wang kertas diasaskan oleh British dengan penubuhan Bank of England pada kurun ke17. Melalui sistem mereka jugalah Federal Reserve beroperasi dan juga manjadi asas yg sama untuk penubuhan bank2 di negara2 bekas jajahan mereka termasuk Malaysia. Sistem ekonomi inilah yang makin lama makin menindas rakyat kerana adanya applikasi riba'.

Dan benih2 ini sudah lama bercambah dan membesar menjadi pokok yang menaungi kita semua sekarang ini, akan tetapi bukan untuk menaungi dari panas matahari, ianya menaungi diri kita dari mendapat hujan rahmat Allah. Terfikirkah anda mengapa kehidupan sekarang ini semakin hari semakin teruk? Berdoalah kita agar ada pemimpin2 yang akan sedar akan sistem ekonomi yang menjamin kemusnahan masyarakat dan bangkit berani bertindak mengubahnya. Dengan sistem yang kaya penindasan inilah menyebabkan rakyat semakin tertekan, akibatnya penyakit sosial semakin serius, jenayah rompak samun, rasuah, penipuan malah maksiat juga berleluasa kerana manusia mengambil jalan mudah termasuklah juga menjual diri untuk mencari wang.

Yang di"atas" tidak perlu risau kerana sistem ini senantiasa berpihak kepada mereka, mereka akan kekal kaya raya dan berkuasa, rumah pagar batu berdinding tinggi dengan sistem keselamatan yg canggih, keluar dengan pengawal peribadi mengelilingi diri, mereka ini selamat di akhirat. Akan tetapi mereka inilah yg pertama sekali akan dipertanggung jawabkan di akhirat kelak atas kerosakan dimuka bumi. Siapa mereka ini? Pemimpin..

Akan tetapi semasa perbicaraan diakhirat, mereka ini akan berhujah balik... "ya Allah, mereka yang pilih aku untuk memimpin mereka jadi janganlah nak salahkan aku sahaja, mereka yang mengundi, memangkah aku dipilihanraya.." Siapa pulak mereka itu..? Tak lain tak bukan selain dari kita semua sebagai rakyat.

Rakyat Malaysia semakin berpelajaran, baik ilmu dunia mahupun ilmu akhirat. Akan tetapi ilmu2 itu sahaja tidak cukup untuk menjamin kita mendapat kebahagian dunia dan lebih2 lagi akhirat. Berapa ramai yang sedar akan penindasan halus masyarakat melalui sistem ekonomi ini? Bak kata Sheikh Imran Hossein, ada mata, tidak boleh nampak, ada telinga tidak boleh dengar, ada hati tetapi tidak boleh memahami, ada ijazah tetapi tiada iman dan ada ilmu agama yang tinggi tetapi tidak ada "nur" dihati.

Kerana hanya dengan "nur" inilah kita mampu melihat pembohongan ini yang diinspirasikan oleh Dajjal bermata satu. Pembohongan ini amat sukar di lihat umpama cuba melihat semut hitam, diatas batu yang hitam, di malam yang gelap. Semut hitam itu hanya boleh dilihat dengan cahaya, akan tetapi bukan cahaya lampu suluh tetapi cahaya "nur" yang Allah kurniakan kepada hamba yang dikasihinya. (Al Hadid 57:28) Dan tanpa "nur" inilah manusia lebih berminat akan dunia berbanding akhirat dan menghalalkan apa yang haram.

Diriwayatkan oleh Abu Huraira: Rasul Allah berkata, "Bagaimana jika aku tidak memberitahu kamu mengenai kisah dajjal yang tiada Nabi lain memberitahu kaumnya? Dajjal itu bermata satu dan akan membawa bersamanya apa yang menyerupai neraka dan syurga, dan apa yang di gelarnya syurga adalah sebenarnya neraka; jadi aku memperingatkan kamu (mengenainya) sepertimana Nuh memperingatkan kaumnya. Sahih Bukhari

Apabila pihak bank antarabangsa berjaya menubuhkan Federal Reserve, mereka mengeluarkan "Federal Reserve Note" iaitu wang kertas Amerika, mungkin ramai yang tidak perasan, jika dilihat pada belakang wang kertas 1 dollar yang sudah semestinya paling banyak didalam kitaran. Ada gambar "satu mata" di atas piramid, apakah simbol satu mata itu dan mengapa pula ada gambar piramid sedangkan piramid "gah"nya di Mesir? Mungkinkah mereka yang menubuhkan FED ini mendapat inspirasi dari dajjal yang bermata satu?

Lihat pula perkataan yang mengelilingi logo tersebut, "Annuit coeptis" jika dirujuk pada wikipedia bermakna "usaha kami direstuinya (tuhan)", dan "Novus Ordo Soclurum" bermakna "bermulanya era baru", era penjajahan rakyat dengan menggunakan wang dan mendapat restu tuhan bermata satu (dajjal).

Sama2 lah kita bertaubat dan memohon kepada Allah agar dibukakan hati, ditambahkan iman dan diberi "nur" untuk melihat serta kekuatan untuk menempuh hidup yang penuh dengan pembohongan dan tipu muslihat ini. Perbanyakkanlah mencari ilmu terutama ilmu2 yang boleh membebaskan kita dari terperangkap dengan sangkaan neraka itu adalah syurga. Insyaallah dengan solat yang ikhlas dan sempurna mampu membawa kita kearah tersebut. Berdoalah kepada Allah agar kita semua diberi "nur" di hati untuk melihat pembohongan2 ini. Amin.
Harap dapat sebarkan artikel ini kepada rakan2 yang lain, insyaallah.
Cerita Wang (Sifat Zahir dan Batin) - Bahagian 2
Apa itu wang? Satu soalan yang si bertanya akan dipandang sinis oleh yang ditanya. Walaupun manusia tahu apa itu wang tetapi boleh dikatakan majoriti tidak mengetahui apakah sebenarnya fungsi wang itu dan apakah ciri2 yang wajib ada pada wang tersebut untuk membolehkan ianya diterimapakai dengan tidak bercanggah baik dari segi moral mahupun dari segi keagamaan. Konsep wang itu sendiri disalah erti dan tidak diendahkan menyebabkan ianya menjadi "senjata" oleh mereka yang memahami dan mengawalnya untuk dimanipulasi lantas menghambakan manusia secara tanpa sedar, samada dengan cara membuatkan manusia itu cintakan wang (bertuankan wang) mahupun dengan menindas melalui aplikasi bunga/riba.



Manusia dahulu kala tidak tahu apa itu wang, ekonomi manusia dahulu kala berdasarkan konsep gotong royong yang mana mereka bekerjasama bertani atau memburu untuk mendapatkan makanan. Semuanya berjalan dengan konsep muhibah dan tolong menolong. "Stress" memikirkan wang atau duit tidak pada mereka seperti yang dialami oleh manusia zaman moden, mungkin sebab itu juga manusia dahulu boleh hidup beratus2 tahun lamanya seperti cerita didalam Al Quran (Al-Ankabut 29:14).

Apabila manusia semakin bertamadun, keperluan terhadap kepelbagaian keperluan dan kehendak, manusia berubah kepada sistem bertukar2 barang atau apa yang dipanggil sistem "barter", akan tetapi disebabkan terhad serta rumit untuk diaplikasikan didalam hidup yang semakin kompleks maka terciptalah wang atau duit yang mana ia digunakan untuk memudahkan pertukaran barang atau perkhidmatan. Pelbagai benda digunakan sebagai "medium of exchange" ini dari kulit siput, tamar, gandum dan beras hinggalah kepada logam bernilai seperti perak dan emas.

Fungsi Pertama Wang : Sebagai bahan perantaraan untuk pertukaran barangan atau perkhidmatan

Apabila wang dicipta sebagai bahan perantaraan untuk pertukaran barangan atau perkhidmatan, jika anda tidak punyai barangan atau perkhidmatan untuk diberikan kepada manusia lain, wajarkah wang boleh sampai ketangan anda? Ini satu hujah yang amat penting, saya akan kaitkan ianya selepas ini.

Apabila anda memohon pekerjaan, anda bertanya berapa gaji yang akan diberikan, apabila anda mahu membeli sesuatu barangan, anda bertanya berapa jumlah wang yang perlu dibayar untuk barangan tersebut. Jadi wang juga adalah unit ukuran untuk menilai sesuatu perkhidmatan atau barangan baik yang ingin diberikan atau diterima.

Fungsi Kedua Wang : Sebagai pengukur nilai barangan atau perkhidmatan

Anda bekerja penat lelah selama sebulan dan pada akhir bulan anda menerima gaji mengikut apa yang dijanjikan oleh majikan anda. Selepas tolak perbelanjaan hidup anda mempunyai lebihan wang untuk disimpan supaya wang tersebut boleh digunakan dikemudian hari. Jadi fungsi ketiga wang pula adalah sebagai penyimpan nilai. Bermakna penat lelah anda yang dibayar didalam bentuk wang kertas itu sepatutnya boleh menyimpan nilai penat lelah anda bekerja.

Fungsi Ketiga Wang : Sebagai penyimpan nilai.

Berdasarkan kepada ketiga2 fungsi wang diatas, adakah wang kertas yang kita gunakan selama ini menepati ciri2 tersebut? Jika kaji wang kertas dan juga sistem kewangan yang kita gunakan sekarang ini, untuk memenuhi fungsi pertama dan kedua tidak menjadi masaalah. Akan tetapi adakah fungsi yang ketiga iaitu sebagai penyimpan nilai dipenuhi oleh sistem wang sekarang?

Persoalan 1: Bolehkah wang kertas menyimpan nilai? (Zahir)

Wang yang disebut didalam Al Quran hanyalah dinar dan dirham, iaitu emas dan perak yang mana nilai wang itu sendiri ada pada wang itu sendiri. Ini menjamin akan kestabilan wang itu sendiri. Mengapa kita sering di”war-war” kan agar menyimpan wang di institusi yang menjamin pulangan lebih dari kadar inflasi? Jika tidak berbuat demikian wang kita akan lenyap dimakan oleh inflasi itu. Nampaknya wang pada zaman ini tidak lagi boleh menyimpan nilai. Adakah ini dibenarkan oleh Islam? Malah dari segi moral kemanusiaan itu sendiri ini adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

Dan janganlah kamu mengurangi hak-hak orang ramai dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan dibumi. Surah Ash-Shuara 26:183

Punca sebenar meningkatnya inflasi adalah sistem perbankan yang menggalakkan pemberian kredit dan pinjaman baik dari pinjaman rumah, kereta mahupun kad kredit, yang mana ia mencairkan nilai wang itu sendiri. Malah ciptaan bank itu sendiri adalah permulaan sistem perhambaan baru. Jika wang ringgit disandarkan kepada emas sekali pun, kita sebagai rakyat tidak boleh mengunjungi bank negara dan meminta diberi emas yang dikatakan sandaran kepada wang kertas tersebut.


Sebelum 1933, wang kertas Amerika masih boleh ditukarkan dengan emas seperti yang tertera pada muka depan wang tersebut, selepas dari itu wang kertas Amerika hanyalah dilabelkan sebagai “legal tender” yang mana jika dilihat pada wang ringgit tertera “sah diperlakukan”. Sistem kewangan kita ciptaan barat juga mengikut konsep wang kertas barat yang mana sebenarnya tidak mempunyai nilai tersimpan didalam nya. Inilah yang dikatakan oleh Nabi didalam hadisnya;

Abu Sa'id Al Khudri melapurkan Pesuruh Allah bersabda: Kamu akan melangkah mengikut laluan yang sama seperti mereka yang terdahulu sebelum kamu inci demi inci dan langkah demi langkah hinggakan jika mereka masuk kelubang cicak sekalipun, kamu akan tetap mengikut mereka. Kami bertanya: Pesuruh Allah, adakah kamu bermaksud Yahudi dan Kristian bagi "mereka yang terdahulu" itu? Baginda bersabda: Siapa lagi selain dari mereka? Sahih Muslim

Sistem kewangan moden ciptaan barat menggunakan wang kertas ini sebenarnya adalah satu bentuk ‘riba” halus yang terselindung dan tidak boleh dilihat baik oleh kebanyakan pemimpin apatah lagi rakyat, ia sudah menjadi suatu norma kehidupan bagi semua golongan manusia bak sabda Nabi

Diceritakan oleh Abu Hurairah: Nabi (SAW) bersabda: Akan datang suatu ketika kepada umat manusia bilamana hanya penerima riba sahaja yang tinggal, dan jika manusia itu berkata dia tidak menerimanya, debu riba tetap akan mencapainya. Sunan Abu Dawood

Dan jika saban hari kita menggunakan sistem yang berlandaskan riba ini, maka ketahuilah akan adanya peperangan dari Allah SW dan rasul terhadap kita semua, akan tetapi amaran2 sebegini tidak lagi memberi kesan apa2 terhadap hati kebanyakan umat Islam sekarang ini. Hanya yang mendapat “nur” dari Allah dan yang berusaha mencari ilmu2 untuk membuka minda, dengan tangisan dimata mahupun dihati akan berusaha sedaya upaya lari dari riba walau apa jua harga yang terpaksa dibayar.

Apa yang boleh kita lakukan untuk lari dari riba ini?

Didalam institusi kekeluargaan, jika ada masalah didalam rumah seperti kehabisan barang makanan, dengan siapa akan siibu mahupun sianak2 mengadu? Sudah tentu dengan ayah sebagai ketua keluarga. Jika didalam institusi negara, kepada siapa lagi jika bukan kepada pemimpin2 yang kita pilih. Didalam institusi keluarga jika ayah tidak mampu memperbetulkan keadaan, ahli keluarga yg lain terpaksa akur dan bersabar kerana ayah tidak boleh dipecat atau dibuang, akan tetapi didalam sistem negara, kita boleh pilih pemimpin yang berada pada landasan yang betul, landasan yang berlandaskan Al Quran dan sunnah.

Kita harus ajukan kepada pemimpin agar sedar akan dasyatnya kesan sistem kewangan moden yang mana melalui sistem inilah kekayaan rakyat secara halus dan senyap beralih kepada golongan tertentu dan rakyat terutamanya yang miskin akan menjadi semakin miskin kerana terpaksa membayar lebih untuk membeli barang keperluan. Dan jika pemimpin2 yang sedia ada tidak mahu mengubahnya maka adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memilih pemimpin yang mampu berbuat demikian kerana didalam institusi negara, pemimpin boleh diubah bukan seperti institusi keluarga.

Adakah kita juga harus berduyun2 membeli emas kerana khuatirkan wang kertas akan lenyap atau kerana ingin mengikut sunah? Malah ada juga syarikat yang menjual dinar emas membolehkan pembeli membeli dinar tersebut dengan kad kredit. Bagi saya niat untuk menjual dinar itu bukan untuk menggalakkan sunah, tetapi semata2 ingin mengaut keuntungan tanpa memahami konsep wang dinar itu sendiri. Apa yang harus umat islam lakukan adalah berusaha melangsaikan segala hutang2 yang ada dan berhenti mengambil hutang yang baru. Kumpul wang baru beli, kerana jika kita berhutang baik secara Islam atau konvensional sekalipun, kita bersubahat mencairkan nilai wang itu sendiri. Selepas habis membayar hutang, barulah beli emas untuk simpanan masa depan. Tidak perlu risau perlu menyimpan sekarang untuk masa depan walau hutang rumah dan kereta masih ada kerana kita juga bersubahat membiarkan bank memberi pinjaman kepada manusia lain dengan wang simpanan kita tadi. Ingatlah, jika kita bertindak untuk mendapatkan keredhaan Allah, Allah akan mempermudahkan ianya untuk kita, inilah ujian keimanan.

Moga satu hari nanti kita dapat beralih semula kepada sistem kewangan apa yang dipanggil wang sunnah iaitu wang yang mempunyai nilai sebenar didalamnya dan bukanlah hanya kertas yang sah diperlakukan sahaja.

Persoalan 2: Adakah wang ditangan anda itu benar2 milik anda? (Batin)

Jika kita rujuk pada fungsi pertama wang, untuk menjadi bahan perantaraan bagi barangan atau perkhidmatan yang diberikan,maknanya wang hanya wujud jika ada barang atau perkhidmatan jadi jika kita tidak punyai barang atau khidmat untuk diberikan, layakkah wang itu berada ditangan kita?

Katalah tiba suatu masa Allah mem”fizikal”pahala yang mana pahala boleh kelihatan dan wujud nyata. Bolehkah kita mengambil pahala orang lain? Bolehkah kita mengambil hasil usaha orang lain? Inilah sebenarnya rahsia disebalik larangan riba kerana jika kita mengambil wang orang lain dengan cara yang tidak adil, itu adalah penindasan dan wang (pahala melakukan sesuatu) itu bukan milik kita. Pengasihnya Allah itu melarang kita mengambil riba kerana kita akan menderita kerananya dan adilnya Allah itu akan mengembalikan wang itu semula kepada yang hak.

Jika kita memberi pinjaman atau menyimpan wang didalam bank, faedah yang kita terima itu sebenarnya adalah pahala orang lain yang kita ambil, umpama lintah menghisap darah manusia. Wang datang dari usaha, dan usaha adalah tenaga, maka wang itu adalah tenaga dan tenaga boleh berubah dari satu bentuk kepada bentuk yang lain, disebabkan Maha Adilnya Allah itu maka wang (tenaga) yang kita dapat secara haram itu akan mengalir keluar dari diri kita tetapi tidak semestinya dalam bentuk wang itu sendiri, mungkin dalam bentuk lain seperti kesihatan, terpaksa berhadapan dengan masalah keluarga, masalah kerja yang mana ianya juga memerlukan tenaga kita untuk menghadapainya.

Wang yang kita dapati dengan cara yang tidak wajar contohnya bekerja tidak ikhlas, ponteng, menaikkan harga barang, rasuah, mencuri dan sebagainya, wang itu akan “lari” dari kita, satu konsep yang agak sukar untuk diterima akan tetapi itulah hakikatnya kerana kita semua adalah tenaga, jika tak masakan formula Einstein diterima pakai oleh seluruh masyarakat sains. (E=mc2 E= tenaga, m=jisim). Begitu jugalah wang yang didapati seperti hasil dari perniagaan internet yang mana melabur sekian banyak dan kemudiannya cari orang bawah, malah mlm, saham dan forex juga termasuk didalam golongan yang sama. Wang yang didapati itu bukan milik anda kan ianya akan lari, jadi pilih antara dua, wang mudah atau kesusahan pun mudah.

Mungkin ada yang berkata, ”aku tengak simamat tu kaya dengan main saham, main forex tapi hidup happy je”, jawapan saya; mungkin kita boleh mengelak dari tenaga (wang) itu untuk lari dari kita semasa hidup, akan tetapi apabila mati, tenaga negatif ini lah yang akan menjadi siksaan dikubur mahupun dineraka. Dan ingatlah Allah itu maha adil. Perasan tak mengapa apabila negara bertambah moden, semua rumah terpaksa bergrill, dengan sistem penggera malah akhir2 ini satu taman sudah berpagar dan mempunyai sekuriti? Ramai yang berkata manusia semakin jahat, perompak semakin banyak, pernahkah terfikir siapa yang mencipta perompak tersebut? Tidak lain dari sistem kewangan riba itu sendiri, baik dari anak2 yang semakin liar kerana tidak mendapat perhatian dari ibu bapa yang terpaksa keluar bekerja untuk membayar hutang rumah selama 20-30 tahun ataupun mereka yang bermain forex bersubahat menjatuhkan matawang negara lain yang menyebabkan rakyat negara tersebut hidup didalam kemiskinan dan datang kenegara kita menjadi perompak.

Kita semua berkait dengan satu jaringan tenaga yang kita tidak sedar dan nampak, ini yang dibuktikan oleh quantum fizik (nonlocality), apa yang kita lakukan mempengaruhi semua insan2 lain didunia ini, tekanan hidup menyebabkan manusia hidup didalam situasi “fight or flight” yang mana kepentingan diri sendiri lebih utama berbanding kepentingan sejagat. Hanya dengan solat yang ikhlas dan khusyuk sahajalah yang boleh mengurangkan kesan tekanan tersebut dan mengembalikan darah kefrontal lobe iaitu otak yang berfikir.

Larangan riba itu sendiri untuk kebaikan manusia itu sendiri, dengan hidup yang diperangi oleh Allah saban hari (akibat hidup dengan riba), tidak hairanlah mengapa hidup kita semakin hari semakin tersiksa, mungkin bagi individu tidak terasa akan tetapi dari segi masyarakat, surat khabar harian sudah jelas menceritakan pelbagai masalah yang dihadapi oleh umat manusia. Berusahalah kita agar dapat melihat pembohongan2 didunia ini baik dari sistem kewangan olahan barat ini mahupun juga keadaan dunia yang penuh tipu daya, tipu daya hasil inspirasi dari Dajjal bak sabda Nabi;

Diceritakan oleh Hudaifa: Nabi bersabda mengenai Dajjal yang mana dia akan mempunyai air dan api dengannya: apa yang kelihatan seperti api, adalah air yang sejuk dan apa yang kelihatan seperti air pula adalah api. Sahih Bukhari

Jadi berhati2lah dalam membuat keputusan didalam hidup kerana apa yang kita nampak itu baik (air) mungkin suatu yang akan membakar diri kita dikemudian hari. Nauzubillah.


Baca selanjutnya: http://syurgadidunia.blogspot.com/2009/11/cerita-wang-sifat-zahir-dan-batin.html#ixzz16Gtol61Q

01 December 2010

PUISIKU

derap-derap kaki anak-anak kecil,

tergenggam erat batu-batu kerikil jalanan,

tanpa khuatir

mendepani soldadu zionis

tiupan intifadah mendarah,

mendaging dalam jiwa.

intifadah!

waima kecil,semangat tak terduga..

biarlah syahid sebgai pengakhiran

persetankan ketakutan,nyah segala dugaan!!

di sini tubuh ini kan bersemadi


darah merah mengalir melimpah ruah..

daku mati,semangatku..

segar bugar pada yang hidup

khaibar khaibar ya yahud!

jaish Muhammad saufa yauud!!





coretan rasa nukilan bicara:

Arkurni 17.6.10
Beberapa Fakta Riba'

1. Tahukah anda bahawa, riba', kadar faedah, dan bunga itu adalah benda yang sama?

2. Tahukah anda bahawa riba' adalah punca utama menyebabkan perbezaan jurang ekonomi yang mana mereka yang miskin menjadi semakin miskin dan yang kaya menjadi semakin kaya?

3. Tahukah anda bahawa riba' juga salah satu penyebab jatuhnya empayar Ottoman?

4. Tahukah anda karangan William Shakespeare bertajuk "Merchant of Venice" berkisar mengenai pengambilan riba?

5. Tahukah anda bahawa Allah SW dan Rasulnya mengishtiharkan perang terhadap mereka yang mengambil riba'? (Surah Al Baqarah 2:279)
6. Tahukah anda bahawa mengambil riba', memberi riba', merekod dan menjadi saksi kepada urusan riba itu dosanya adalah sama? (Sahih Muslim)

7. Tahukah anda bahawa larangan riba' juga terdapat didalam Kitab Injil? (Leviticious 25:35-7, Exodus 22:24, Deutronomy 23:19-20 dll.)

8. Tahukah anda bahawa terdapat 70 jenis riba'? Dan yang paling kecil dosanya adalah seperti berzina dengan ibu sendiri? (Ibnu Majah, Baihaqi)

9. Tahukah anda bahawa menerima satu dirham (wang perak) riba' dengan menyedarinya, dosanya lebih besar dari berzina 36 kali? (Ahmad)

10. Tahukah anda bahawa semasa israk mikraj, Nabi SAW melihat mereka yang makan riba' perutnya dipenuhi dengan ular? (Ahmad, Ibn Majah)

11. Tahukah anda bahawa akan tiba masanya tidak ada seorang pun didunia ini yang terkecuali dari riba', jika dia tidak terlibat dengan riba' sekalipun debu atau wap riba' akan kena padanya (Sahih Abu Daud)

Rujukan: The Prohibition of Riba In The Quran & Sunnah oleh Sheikh Imran Hossein


Baca selanjutnya: http://syurgadidunia.blogspot.com/2010/08/beberapa-fakta-riba.html#ixzz16BZGpfT7

20 October 2010

DANA KUMBARIAN


DIMAKLUMKAN,dana kumbarian adalah rm1k lebih setakat ini,hasil konsistensi beberapa anggota kumbarian.Bagi yang tak konsisten,harap dapatlah menabung.Tabungan ini dari kita dan untuk kita juga .Harap maklum.

22 September 2010

SELAMAT HARI RAYA- KUMBARIAN 2010

Selamatr Hari Raya.Maaf Zahir Batin dari Kumbarians 2010..moga kehidupan mendatang akan menjadi lebih bermakna..(cerita2 raya akan diupdate)


Bergambar di rumah mentua Abg Asri di Kangkung..huhu..someone is missing,but its oklah..

27 August 2010

adik beli rumah



Dengar cerita,adeq tak jadi beli kereta,ditangguhkan,,tapi bercadang nak beli rumah yang selesa untuk mak..hmmm...just wait n see

12 August 2010

rangkaian cerita

SALAM...
banyak benda nak ditulis ni ..jadi saya akan bagi sub topik dan cerita-ceritanya..

Salam Ramadhan Al mubarak..
mak berpuasa hampir penuh Rejab dan Syaban,namun seminggu terakhir Syaaban ,mak tidak berpuasa.Bilik mak pun kami dah kemas elok,Adeq menjadi saksi,sebab mak kata lepas raya baru balik Kulim...

Tiba-tiba..

kak Ayu pengsan di Kulim,dan diberitahu kena buang ketumbuhan di rahim..kak Ayu kena bercuti,dan siapa nak jaga anak-anak?abg Asri telefon,dan mak mengambil keputusan untuk balik Kulim minggu ini juga,kebetulan kami memang nak balik Kulim ngan adeq..

Kami terkejut..

Kami Nilaian terkejut sebab kami tak prepare lagi untuk mencari penjaga anak2..macam mana ni?Lantas kami jumpa jiran di situ,mintak tolong dia jagakan..dia setuju,,lagi pun kami bukan hantar full day..

Tak ambil bibik lagi?

Serik gak...tapi Shikin nak jugak.Entahlah,5 bibik dalam masa 2tahun.!!!Bayangkan!!kami memang nasib malang ajer pasal bibik ni..Orang lain satu bibik,5 tahun!Cerita bibik kami secara ringkas:
Bibik 1- Kulit hitam.Baik,Pandai jaga budak,Tak sampai 3 bulan,lari!!kabur!!!
bibik 2- Orang Jawa. dapat 7 bulan bersama kami,bagi anak makan telur kicap ajer!pengotor,ada pukul anak,kami hantaq pulang!
Bibik 3- orang Sumatera.Pandai masak.jaga budak..tapi pyah nak makan.kemudian,reka cerita pelik-pelik,akhir sekali duduk rumah ejen,kami ajak balik ,tak nak ,dia kata kami tak bagi MAKAN!pulak!!
bibik 4- tua.kami pun ngam dengan dia..oleh kerana sindiket bibik kuat di taman Ixora,kami decide pindah ke Nilai Impian.dia ikut sekali..lepas beberapa bulan ,buat fomema ,TAK LEPAS!!dia ada hepatitis B!kena hantaq balik
bibik 5 - baru kawin.datang rumah kami,saya kalut buat urusan dia,imigresenlah dan lain-lain.tgk2,dia baru keguguran!baru 3 hari dah sakit..apa kes!..kami decide,sebelum kami tanggung sakit dia,hantaq balik!
sekarang tnggu kalau-kalau ada lagi bibik.ejen x janji..huhu

Mak Balik Kulim
Setelah 2 bulan lebih mak di Nilai,mak akan kembali ke Kulim berjumpa 5 cucunya dan Abg asri dan Kak Cik sekeluarga.Selamat pulang mak, ..Hampir 3 bulan mak di Nilai.Segala budimu tak terbalas.dan hidup kami kembali,tanpa mak dan bibik,tapi anak 3.

Masalahnya,macam mana nak jaga pokok mak Tanam?

Satu persoalan..cili sajaa ada 10 pokok lebih,serai, ubi dan lain- lain .
kami dok confuse cili besar ni,nak petik masa hijau ka tunggu dia merah?Apa kata Kumbarians?Shikin kata mak tak pernah tanam cili besar.Sebab cili banyak dah buruk di pokok..

Cerita2 SAMAN..

Saya ni kira antara pemandu berhemat gak..ewah!dari kancil 660 sampai wish 1.8,bawak paling tinggi pun 120 km/h aja.tapi manusia kadang-kadang tertak persan gak,kena saman.Saman-saman yang saya pernah kena:

1- parking petak kuning kat Pusrawi..kena rm10 dari DBKL

2-kesalahan di tmpat yang sama!kali ni melayang rm 50

3-parking lebih masa kat Kajang,kena lebih kurang rm 50 gak

4-parking line kuning kat Terminal LCCT..melayang rm 7o

dan ini cerita terKINI..DENGARKANLAH!

road tax Wish mati 31 Julai.Kali ni ,saya gunaTakaful Bank Islam di Nilai.Lepas bayar rm1700,proceed untuk renew road tax. Pilah ke Public Bank Nilai.Depa kata, depa x buat pasal bkn hirepurchase center,kalau nak pi Rasah,pekan Sepang atau pi terus ke Taman maluri kl,tempat buat loan terus dapat.Saya decide pi Rasah.Kena ikut highwaylah.Dekat sikit.Buat pembayran 290,ambil resit,dan pesan suruh Taman maluri hantar ke Nilai.

Tunggu punya tunggu,pagi Isnin ,bank Maluri call,x boleh renew sebab ada SAMAN! ha,saya terkejut.Lantas saya register myeg services,dan check bawah jpj no. kereta,ic saya dan Shikin.tak ada!tak puas hati lagi,saya call hotline jpj.depa kata tak ada jugak!aIK?

Call bank.tak dapat2.Seminggu berlalu.Minggu ni kena balik Kulim,bahaya x ada road tax.Saya call lagi hotline jpj,akhirnya depa dapat detect,ni kes JPJ WILAYAH..

sebab di Nilai,saya pi JPJ Seremban.dapat tahu kena saman rm350!banyak tu..itu pun lepas diskaun.Bayar ajelah..Kemudian,road tax saya ambik sendiri hari Khamis tu di KL.

KEJUTAN ADIK..

ADIK tak boleh balik kerana ada kerja!bos tak bagi..kami dah decide balik gak,,,ptg tu,mak dah masak siap untuk adik..jadi kami bergegas ke UM,berbuka bersama adik dan Hanani.x jam kl..setengah jam sampai.Pukul 9 lebih, kami bertolak ke Kulim..sampai lebih kurang pkul satu..saya tanyalah Abg Asri,jadi tak Kak Ayu operate..dia kata"tak jadi esok..hmm

KEJUTAN ADIK 2

Adik nak balik jugak naik bas dgn Hanani !Terkojut kami.tapi oklah,,sudah bekerjaya.Kami terpaksa balik mlm Ahad,sebab nak prepare satu hari sebelum hantaq anak ke rumah orang.Jadi, adik balik KL naik bas esoknya..huhu..


24 July 2010

vios,forte atau MYVI?

Hmm...nampaknya adik sudah jatuh hati dengan myvi limited edition.purple,warna yang direka untuk seorang wanita berkerjaya.Kami dah tengok myvi ni di bangi baru-baru ni.not badlah!!
kereta kompak,senang nak bawak,senang parking,tapi ruang bonet problem ,apatah lagi lepas kawin nanti dan punyai anak..

kusyen berwarna menarik,ruang kaki yang luas
mempesona dari belakang...


ciri-ciri feminin..
tetapi.Abg Asri mencadangkan toyota vios.1.5,harga 70k(myvi atas 48k ).sesuai untuk wanita juga,ada bonet luas,namun ruang dalam kecil,mcm vios versi lama.itu pendapat kamilah.

vios purple gak ni..



warna elegan.toyota ni,x byk ragam.no 1 dunia,minyak save


didatangkan dengan banyak warna


pilihan kami?Kami mengesorkan Kia Forte,atau Naza forte(Kia limited yang ada CPU,kat Malaysia jadi Naza).Lawan dia Honda City,lebih murah sikit dari honda city,tapi ciri-ciri dia mengagumkan.
meluncur laju di jalanan.Kia memang x advisable biasanya,tapi tidak kepada Forte sebagaimana kata-kata penulis permotoran!bentuknya dinamik,ciri-ciri kereta mewah 100k ke atas.kami dah pernah duduk di dalam kereta ni,dan dimaklumkan ramai yang beli Hond cITY gigit jari bila tgk Forte.


Bila nak beli kereta,fikirkan:
1-kena byr 10 % ,kecuali myvi lain sikit.
2-kalau nak berhajat tukar kereta,buat loan 5 tahun aje
3-kos minyak kena ada dalam kepala.stesen mana mula2 isi minyak,kekalkan jenis tu.
4-pasang film tinted kat cermin,ketuk x pecah.
5-kunci tambahan]
6-kos maintenance,servis dll.
7-kalau boleh,cari yang timing chain,bukan timing belt
8-tayar pecah,macam mana nak ganti
9-SELAMATKAH tempat parking kereta.
10-basuh kereta
Sekadar yang tahu.







02 July 2010

meneliti hadis-hadis rejab


Apakah ada kelebihan khusus bagi puasa di bulan Rejab?

Tidak ada kelebihan khusus bagi puasa bulan Rejab selain dari kedudukannya sebagai salah satu dari bulan-bulan Haram yang dinyatakan tadi.

Said bin Jubair r.a. (seorang Tabi’iin) pernah ditanya berkenaan puasa Rejab. Beliau menjawab; Aku telah mendengar Ibnu ‘Abbas r.a. berkata; “Adalah Rasulullah s.a.w. kadang-kadang terus-menerus berpuasa hingga kami menganggap beliau tidak berbuka langsung, dan kadang-kadang beliau terus-menerus berbuka hingga kami menganggap beliau tidak berpuasa langsung” (Riwayat Imam Muslim).

Dengan berdalil hadis dari Ibnu ‘Abbas tersebut, Imam Said bin Jubair ingin menjelaskan kepada kita bahawa hukum berpuasa di bulan Rejab sama seperti berpuasa di bulan-bulan yang lain iaitu tidak ada tegahan dan tidak ada galakan secara khusus. Cuma berpuasa pada asasnya memang digalakkan pada setiap bulan dan lagipun terdapat pula hadis mensunatkan kita berpuasa di bulan-bulan Haram di mana bulan Rejab tergolong di dalamnya.[1]

Nota kaki;

[1] Soheh Muslim Bisyarhi an-Nawawi, jil. 8, hlm. 41.

21 June 2010

2 kematian

Dimaklumkan pada Sabtu lepas,abang Kak Ayu telah meninggal dunia setelah menderita kanser kulit.Meninggalkan istri dan beberapa orang anak.Semoga roh beliau dicucuri rahmat.
Esoknya,tanpa disangka-sangka,kawan baik mak(besfren forever)Cik Zah,istri Cik Man di taman Delima jaya meninggal dunia.Ramai terkejut kerana yang sakit ialah emaknya.meninggal pukul 12,ditanam hari tu juga lepas Asaq.Ramai betul yang datang.Abg Asri sebagai wakil dtg jam 6,namun arwah telah dikebumikan.Beliau ,sepanjang saya tahu,memang baik sangat dengan mak,rakan sembang,dan beliau baik dengan kami.
Sepatutnya, kami boleh hantar mak balik dengan Air Asia.Tapi,ceritanya begini,pagi2 saya bawak Wawa dan Haziq pi Desa Waterpark di kl,dah janji dengan depa.Bertolak pukul 10.dan telefon saya letak didalam loker.Balik pkl 2 lebih,Shikin habaq,dan bila mak kata lepas Asaq dikebumikan,x danlah..Smoga roh beliau dicucuri rahmat.Amin!!

13 June 2010

detik-detik kelahiran Jannatul Iman

Kelahiran Jannatul Iman disambut dengan kepingan gambar yang dirasakan cukup unik.kamera digital di tangan(adeq punya),daku bersedia bila Dr .Khamsiah kata:get ready with ur camera!



6.18 pagi ,26.5..Hospital Pakar Annur menjadi saksi
ditarik perlahan2..
tu tali pusatnya..

keajaiban Allah..beginilah permulaan manusia


daku disuruh potong tali pusattangisan kegembiraan..

dibersihkan badan

pakai pampers

alah sayang abah..

welcome to the real world!


Kak lang rembau datang melawat di hospital..


haziq dan wawa lepas sekolah terus ke hospital..


wawa peluk ummi..


dua-dua baring atas katil hospital!


sekeluarga sebelum balik..



bergambar dgn mak yang amat prihatin..


peace!



bye Hospital


sebelum masuk kereta..


lena dalam kereta..


kak munie datang hari ketiga..





















08 June 2010

Happy Birthday to Harraz Hilmi



Hari ni genaplah usia 5 tahun Harraz Hilmi Mohammad Nasri. Semoga anak abah ni sentiasa ceria dan menjadi anak yang soleh. Amin.

26 May 2010

New Family

Tahniah pada Norashikin dan Hanif diatas kehadiran cahaya mata yang ke 3.

22 May 2010

MAK DI NILAI..4


HARI-hari berlalu.Khamis lepas,mak puasa seperti biasa.Pagi-pagi,mak mencangkul sikit aja.Lepas tu,mak berehat.Petangnya,mak masak untuk berbuka. Shikin masih belum menunjukkan tanda-tanda nak bersalin.Hari jumaat,mak ikut kami hantar Mawa dan Haziq ke little caliphs.Kami terus ke Hospital Annur di Bangi lepas itu ,untuk rutin check up dengan Dr Khamsiah.Dapat no 20,kami decide pergi beli barang-barang untuk menu terhebat mak dan untuk Kedahians,LAKSA!TAPI dimasak bila adeq datang.Bercakap tentang laksa,beberapa fakta menarik dari saya:

1- Budu sinonim dengan Kelantan tapi x semua orang kelantan makan budu!Cthnya,kawan saya,Nik Syahriman dan Jijoe,,,tapi setakat saya nampak ,X ADA orang kedah yang x makan LAKSA!
2-sETIAP NEGERI malaysia ada ramuan laksa yang tersendiri,tapi laksa UTARA MEMANG terbaeek!!(JOHOR pun ada laksa .tapi x glamer pun..hhuu)

3-yang ni saya kalah...sebab untuk menjadi KEDAHIAN sejati,anda mesti mempunyai kemampuan makan laksa dari pagi,tgh hari,ptg,malam,tgh malam tanpa rasa JEMU!saya boleh makan sehari sekali,sepinggan dua aje!
4-laksa mak memang mantop.beserta kuahnnya,diakui oleh taman delima jaya..

ok,sambung balik,,,mak pun balik ke rumah,kami pula selesaikan urusan di bank dan bergegas ke Hospital Pakar An-Nur.Dr kata,ok kandungan,,sihat.tapi bila nak bayarnya,punya lama..lepas bayo,kami bergegas ambik anak-anak.lewat 1 jam maa..

petangnya,adeq sampai ..kami tunggu di stesen komuter nilai dengan mak.ambik adeq,dan sampai dirumah,kerja-kerja LAKSA bersambung.malamnya,sesi ratah LAKSA berlangsung..huhu..x sangka saya boleh mkn 2 pinggan!

Sinki dapur bermasalah lagi,susah mak nak guna..Tapi hari ni,saya beli chemical kat kedai hardware..nak jirus ngan air pannas,,biar kotoran hilang!

HAri ni,kami ke Ariani maa(kat Bndr BAru Bangi). ..Jgn x caye..tapi bukan kami nak beli,cek On yang nak beli tudung..fuh,Ariani tu!saya kata lepas ni pi ke Munawwarah Design lak,mesti best!Lepas Ariani,pi billion di PKNS Bangi..beli barang-barang sikit,tapi yang best makan pIZZA PAH,pizza buatn bumiputra Islam.Memang berbaloi-baloi!


alternatif kepada pizza hut..

tgk..sedap x?

memang terliuq!

19 May 2010

mak di nilai...3

Bengang tak anda kalau sewa rumah ada tanah banyak majnun,tapi anda tak reti berbudi pada tanah?MESTILAH bengang!dan sayalah tu,dengan pengetahuan gardening yang hampir kosong,entohle kenape..sebenarnya ayah saya amatlah pandai berkebun,di jerantut dan Rembau,byk pokok sayuran dia tanam..semua menjadi!yang peliknya,anak-anaknya tak pandai lak..agak dok kl,pas tu dok rumah pangsa..kerja jauh,tu yang x sempat belajar..bila dah nak belajar,sekarang x ada masa lak!Rumah kami ni memang tanah ..huhu,,toksah cakaplah banyak cek!Mak datang dengan misi MENANAM juga..pagi selasa,lepas hantar Haziq dan Wawa,saya tolong..tolong je! tolong maklah..Skill mak memang setaraf Syamsul!Tabik spring punya.Dengan pengalmannya berkebun semenjak dari Serting sampai ke Kedah,semuanya nampak mudah.Mak cangkul dulu tanah sebelah kanan,keluaqkan batu-batu..spray ulat-ulat,buang semalu(saya pun x perasan ada),bersihkan pokok lada yang bibik tanam dan boh baja sekali,gunting daun serai,tabuh benih dan tanam cabai..huhu,,mantop!saya tgk sambil belajaq.pasu bunga pun dia repair habis..petang pula,saya ajak mak ke pasar minggu di Taman SEmarak,Nilai.Mak syok pasai pasar tu ikan,sayuq fresh..byk pilihan!Sebenarnya,kami dah lama x pi situ semenjak cermin kereta dipecahkan!Lepas tu,singgah sat pasar borong nilai 3..ops,lupa,mak beli...KAKI LEMBU!RM10..dah tau apa mak akan buat..
hari ni-Rabu-mak memulakan misi masak kaki lembu,pagi sampai ptg kaki tu dalam periuk..huhu.hari ni,mak tunjuk,kalau siput babi,senang aja,kita taruk garam..mati depa!ilmu baru daa.dan malam nya,kami makan SUP KAKI LEMBU yang enak sekali dong!



pokok roselle ni tumbang lama dah,mak penaik balik!

pokok cabai..

ni lada yg bibik tanam..mak bubuh tanah hitam ngan coklat


khusyuk mencangkul


serai mak potong bagi kemas sikit..


ni dia kaki lembu..LEMBUT bila makan!


dan lagi masak ni ptg tadi..huhu







17 May 2010

MAK DI NILAI ...2





HARI ini, mak puasa seperti biasa.Haziq dngn Wawa x kesekolah,pasal hari sabtu lepas sukan.kami pun tengah cuti.Mak,kedatangannya juga untuk berkebun!Pagi-pagi,mak dah bersihkan rumput disebelah kanan rumah.kemudian,sekitar pukul 10 lebih,saya dan mak keluaq cari benih sayur.Sebelum tu,singgah di Giant dulu beli barang-barang sikit,Shikin suruh beli.Pas tu, kami ke Nilai landscape and nursery,belakang giant aje.Beli tanah hitam.BENIH sawi habis dah!Kami dok kata, kalau Syamsul ada,syok dia!kemudian,kami ke pasar borong nilai 3,beli santan dan sayur lain.Lepas hantar mak ke rumah,saya ke pejabat sat.sebenaqnya,kelmarin dah racun lalang,tapi kena tunggu lambat sikit. petang pula, mak berbuka dengan shikin yang puasa yang yok,pasai dia kena cek darah guna mesin kecik hak mak punya.mak masak ubi,dan kuih macam donut,tapi dari ubi jugak..huhu,,lupa nama!hari ni ,dapat saya jadi suku -Syamsul!hehe,suku Syamsul maksudnya dapt baiki sendiri mcm Syamsul buatlah.Semalam,saya baiki saluran paip .Beli getah dengan silikon,tanya Cina kedai macm mana nak buat.Lilit-lilit,letak silikin,jadi!hari ni,baiki saluran paip bilik atas pulak.oklah tu..
ubi yang enak!!

15 May 2010

MAK KE NILAI


KETIKA POST ini ditulis,adeq ada di rumah kami.esok,mak akan bertolak dari Bayan Lepas jam 2,dan tiba di LCCT jam 2.45 lebih kurang..huhu,piala Thomas tengah berlangsung,tapi bukan Malaysialah..Indonesia vs China daa.Apa pun,segala perkembangan mak di sini akan saya postkan untuk tatapan KULIMIANS!shikin tengah tnggu masa,ada mak senang sikit,Alhamdulillah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Pages