alang -alang tersinggah,followlah saya!

25 December 2009

qaradawi ke malaysia

Al-Allamah Prof Qaradawi menghadiahkan buku terbaru beliau "Fiqhul Jihad"kepada Najib
Minggu lepas,Malaysia amat beruntung,kerana sekian lama ,akhirnya Dr Qaradawi,alim kontemporari,berusia 84 tahun yang terkenal senantero dunia datang ke Malaysia atas anugerah tokoh Maal Hijrah.Beliau ada menyampaikan ucaptama di Putrajaya,Masjid Shah Alam dan lain-lain tempat.Namun,peluang ini terlepas oleh ku kerana balik Kedah,tapi hati terubat apabila sebahagian ucapannya disiarkan di youtube.
Karya beliau hampir mencecah 100 buku.Jika seorang alim menulis buku lebih banyak daripada umur dia,bayangkanlah kehebatan beliau.Semoga beliau sentiasa dalam jagaan Allah dan dikurniakan kesihatan berpanjangan..Ameen.

14 December 2009

Selamat Tahun Baru



Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun


Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Doa Awal Tahun:



Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".

Doa Akhir Tahun:


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

12 December 2009

KENDURI KAHWIN DEPAN RUMAH

GENDANG -GENDUT TALI KECAPI,KENYANG PERUT SUKA HATI..

alhamdulillah,baru balik daripada kenduri kawin..depan rumah aje!!hehe.first time .jiran,Encik Ahmad Izani,adik perempuannya berkahwin dengan orang Pendang.Kedah jugak no.Beliau wakillah,sebab ayah dah meninggal,tinggal emaknya,Hajah Zaipah dan 2 adik-beradik yang lain.Abg si Izani tak kawin lagi,kerja di Tokyo,tapi kali ni baliklah.Memang kali ni havoclah,sebab adik bongsu kahwin,perempuan pulak tu.7 khemah dengan kipas dipasang,Catering khas masak di rumah pengantin,dan yang paling best masakan yang umphh.Ini beberapa kepigan foto yang sempat ditangkap..



WAWA BERPOSING DI DEPAN PENGANTIN


MACAM BIASA,hAZIQ DENGAN STAIL DIA

PASANGAN PENGANTIN YANG SECOCOK.YANG KEDAH LELAKI .PANDAI CAKAP CINA LAGI..



GAMBAR INI DIAMBIL OLEH HAZIQ



AKSI TOMOI DI KHEMAH KAHWIN



BERSELERA MAKWA MAKAN DENGAN UMMI DIA..



BIBIK PUN TIBAI SEMACAM AJE..




09 December 2009

JIMAT DUIT TELEFON!!!


Thanks to MNI for a new face of this blog.!!ok.di sini,saya nak berkongsi satu program yang menjimatkan duit top up anda!!jangan tak percaya.PERCUMA !!Program ni diberitahu oleh ustaz Sudan yang sekali dengan saya satu office. Programnya ialah (KLIK DI SINI).INSTALL dalam beberapa minit,dan ia boleh digunakan dengan syarat kawan kita pun ada program ini.Oleh kerana kita semua ada internet,saya cadangkan untuk jadikan ia sebagai cara penghubung yang lebih mudah.bukan di Malaysia aje,mana-mana tempat di dunia pun boleh..!!

do click for larger image

Touch Up Sikit Blog Kumbarians

Blog Kumbarian berwajah baru! Touch-up sikit... OK kot no?

08 December 2009

Keluarga Bahagia

USRATI JANNATI-IMPIAN DAN HARAPAN

06 December 2009

HARI PENENTU!!!!

jam sudah 6 pagi,
kuterpisat-pisat bangun,
menggeliat hilangkan sengal,
menguap menghamburkan bau semacam rasa..
oh,hari ini Ahad ya!
tidak ada bezakah dengan Ahad yg lain..
mungkinkah hari ini detik bersejarah bermula?
atas rasa sedar akan anjakan paradigma?
sedari terasa puluhan tahun mencuka
menghitung duka yang tak terhitung
kesabaran yang tak membawa untung..
terjajah atas rasa yang ia kan pulih
tapi
nampaknya belitan lidah makin menjalar
menyelinap ke rusuk rongga
gerakan kakinya makin pantas dan ruwet
tidak pantas usia yang memuncung
pedih di dada membelah ke ulu hati
jika terus bersimpul ia akan mati
gertakan dan gerakan
saling paling memaling
biarpun gigi-gigi udah berteraburan
kerutan sukar dibilang
sebelum ia parah
membarah
berdarah
dan terdedah
litupilah ia dengan kain asasi
lenturkan ia dengan hak empunya diri
Ahad ini ,,hari ini..bagaikan
kulihat sekelumit cahaya di perdu jendela
sirna mentari membentuk senyuman seribu makna..

nukilan,Hanif-6 Dis 2009 2 pagi

WAJAH-WAJAH


SERIBU SATU WAJAH,

MENYIMPAN CERITA CERITERA,

SERIBU SATU IMPIAN,

PASTIKAN IA TERLAKSANA...


Wajah-wajah ni hasil kreativiti Shikin.Berikan tepukan gemuruh padanya!!

tok teh cah,pergi tak kembali


Tanggal 9 Zulhijjah yang lepas,sekitar 6 .30. di kala orang wukuf di Arafah,dan di kala sunat berpuasa.Tok Teh Cah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.Berusia 98 tahun dan antara atau mungkin yang tertua di Kampung Telok Bagan.Seorang guru Al-Quran,dan mak kedah belajar mengaji daripadanyalah.Dikatakan,beliau sempat membaca Al-Quran sebelum pemergiannya.

Sebenarnya,beliau sudah hampir 4 kali dikatakan nazak,namun sembuh kembali,dan tidak disangka Allah memilih masa yang sesuai untuknya.Hari Wukuf ,esoknya Raya haji yang mana semua orang berkumpul,dan di kebumikan pada hari Jumaat.Subhanallah!SEmoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya ..Amin


27 November 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2009

Raya haji menjelang lagi.Hari ini.umat Islam di seluruh dunia meraikannya dengan takbir,manakala para hujjaj bertalbiah selepas wukuf di Arafah,bayangan padang mahsyar.bayangkan, 3 juta berhimpun di Arafah,pakaian yang sama tanpa mengira pangkat ,darjat.
Ingat,hari raya bukan sekadar mengimbau kisah Ibrahim dan Ismail Alaihimassalam,tapi yang penting,kita perlu koreksi diri dengan dua perkara; bilakah aku dapat berpeluang mengerjakan haji,dan apakah pengorbanan yang aku lakukan.
haji memerlukan keazaman,wang .keazaman ,bila aku akan pergi?jadi,simpanan harus bermula sekarang..sedikit,lama-lama jadi bukit.tapi,realistik mesti ada.target 5-10 tahun.kalau sebulan 100.setahun 1200,10 tahun 12000.emm dah labih dai cukup.
namun,sebelum tu,kita boleh mulakan dengan infaq sedikit duit dalam korban,setompok biasanya rm350.kalau kita ada masalah,insya allah dengan cara ini masalah kita dapat diselesaikan.Ada seorang kawan saya sudah 10 tahun berkahwin,tak dapat anak.Lantas,beliau dinasihati untuk laksanakan ibadah korban,dan Alhamdulillah,harapan mereka terkabul dan kini bahgia bersama anak perempun mereka.
Allahukabar3x, walillhilhamd




18 November 2009

KAK CIK INTERVIEW ESOK

MARA's building
Kak cik

I have been informed by kak cik herself that she will be have a second interview for Mara's tutor post at Bangunan Mara, Kuala Lumpur,and her chances to get the job are brighter.Now,she and adeq already arrived at KL (KAK CIK doesnt know the place,but adeq does due to she always lepak2 there!)and know they are at adeq friend's house in pj.Tomorrow,they have to wake up earlier, to avoid the jam and should reach there before 8.30 a.m.
I think it is a hard decision for her to cross the life from the largest bank's staff -MAYBANK-after years of experience in banking and public relationship,two thumbs up salary with a minima cost of life at Kulim compared to Kl,plus her own office at the said bank,claim for extra hour,going early in the morning and return always after maghrib: to be an IT tutor(practising her knowledge due she is an IT graduan),no heart feeling more,building the PR between she and students,with govermnet salary plus services,and no more extra budget for extra time.But that the life.For me, it is ok,husband in the private,and she with the goverment.My wife said that Kak Cik has an art in teaching and this is the time to grab the opportunity.
Kak Cik has a great history pertaining her job,and how can I forget when we brought her to the interview about 5 years ago in Dataran Maybank and Menara Maybank,(mak with us that time,supporting her daughter,)and lastly she got the job but has to go back and forth at Seri Kembangan and Kedah for some training.
Now,the time has come.My 2 cents advises,walk in with confidence,no inferiority complex,always smile
One of your leg already at that institution,and..
good luck kak cik!!

12 November 2009

SEKITAR CATUR UIA

dapat jugak pingat..
1st dpt ke sorang student uia..oklah tu,dah lama x main..

sijilnya


lawan Ahmad Rubel,dulu pernah main dengan dia..hmm..kalah game ni



dapat rm 70..oklah



daku terima hadiah..


Abg Rizal ada peluang ..tapi dalam rapid ,apa-apa boleh jadi


konsentrasi..



1 HB yang lepas.saya menyertai Kejohanan Catur di uia Gombak.Sebagai ex uia player,ex- Advisor masa di PJ,tambhan pula committee kenal saya khasnya Fadil Nayan(President Chess Club).saya masuk untuk support chess club.Sebenonya,kalau saya masuk khat,saya mungkin x masuk chess.Salah satu aje.Teringat masa di uia dulu,memang banyak training ,dengan Jijoe,Kad,Rizal dll.Tapi kami ,masa tu lebih kepada pi masuk tournamnt orang lain.Anjur x.Tapi kali ini depa both,anjur dan giat masuk tournament.Saya difahamkan mereka dapt best malaysia ipta masa Gacc tahun lepas di UM.Tahniah!Tapi,adakah mereka mampu pecahkan rekod saya sebagai pemain terbaik ke-5 lepas 4 pemain Indonesia di GACC masa saya dulu?

Bertolak awal pagi,tapi start pukul 11.7 round.Nak menag bukan target,sebab 5 tahun x masuk trnament. bila di sana ,ada juga ex player uia yang lain,Abg Rizal,Lee hock Hin,Azman.Semua turun untuk support.Oleh kerana dah lama x ada tournamnet,semua otai chess turun.IM LIM Yee weng,FM Nicholas Chan,Subhan,Kamaludddin dan ramai lagi.
Game bermula dan berakhir.Saya dapat 4 point aje.3 kalah..Masa tu memang nak balik dah,tapi dimaklumkan dapat 2nd best Iium dan rm 70! Alhamdulillah.Handset tak bawak,teruja nak main punya pasal.Mujurlah Along Emi datang,pinjam hp dia kejap ,dan dia post beberapa keping gambar untuk tatapan blog ni..
Dunia catur..tapi bagaimana kita hendak mencatur dunia??






10 November 2009

CHRISS TUCKER MASUK ISLAM

Chriss tucker,pelakon hollywood telah masuk Islam dan sekarang sedang mengerjakan haji!!Beliau berlakon byk filem,dan pernah berlakon bersama jackie chan..Subhanallah!


08 November 2009

DI TAMAN



Petang 31 hb,saya bawa anak-anak ke taman.Seronok depa main .Situ byk taman permainan.Ma'wa siap lari lagi.kali ini,saya tak ulas setiap gambar,biarlah gambar yang menafsirkan kata-kata...


















MANIFESTASI PERDANA SENI KHAT 2009

31 HB yang lepas,saya berpeluang melihat pertandingan khat manifestasi di Muzium Kesenian Islam,KL.Antara gembira dan sedih.Sedih sebab sebenonya nak masuk,tapi borang x dapat,dan masa tu ambilkan jubah fadhilah di UUM.Gembira pasal dapat jumpa pakar khat.Kalau masuk,saya prefer riqaah.Riqaah memang specialist saya walau pun jarang berlatih khat tu.Masih saya ingat tahun 1999,kami pelajar uia berlatih khat dengan Abang Jar di Gombak.Masa tu manifestasi yang pertama.Abg Jar kata" No komen." Saya pun terkejut.Dia kata confirm menang.Masa tu ada peringkat amatur yang dimansuhkan kemudiannya. Bila keluar result,dapat no 2 dan RM 1500!!(Separuh duit tu digunakan untuk ambil lesen kereta dan motor).Memang seronok.Kali kedua masa Khat kebangsaan tahun 2006.Saya masuk riqaah ,dan dapat no 1 peringkat malaysia.Dapat 700.Kemudian,ambil kursus khat di muzium kesenian.Riqaah diajar oleh ustaz Yusof.Saya tertarik dengan khat beliau.Riqaah saya tak jauh berbeza,tapi sentuhan sifu khat yang lain membawa kepada anjakan khat khasnya dalam thuluth dan naskh.Ustaz Yusof tanya,belajar dari sapa.Saya jawab: Nik Man." Dia tersenyum.

Berbalik kepada hari tersebut,saya bertolak jam 9 lebih.jalan tak jam.sampai dan pertandingan bermula.selepas ambil gambar khat pemenang2 yang lepas,saya dapat masuk ke dewan riqaah.Syeikh Zawadi masuk riqaah!beliau antara pakar khat ,lulusan BA jordan,sekarang cikgu.dia dah menang thuluth ,tu yang masuk ni pulak.Fatimah Az Zahrah pun masuk.Ada 2 3 lagi saya kenal.Zawadi berlatih sikit,dan terus buat sedangkan masa 3 jam!Kurang sejam,beliau siap guna pen rm 5 aje.Bila diamati,riqaahnya tak tajam,masih jauh dengan riqaah Nik Man,tarkib dia ok tapi tak selari hujung.saya lihat peserta lain,ada yang mantap!pada hemat saya,Zawadi boleh menang tapi belum tentu no 1.


Di dewan thuluth dan naskh,x boleh masuk.Namun,saya nampak dan tahu otai thuluth memang ramai kali ni.Sengit.Buku dengan ruas.Ustaz Halias,Fadil Sulaiman,Abg Jar,Firdaus,Ilham, dll.Mungkin Abd Muati dari Kedah datang,Thuluthnya mantap.Untuk lihat khat lain,klik di sini.
Firdaus -dengan skill thuluth bulat dan standard.Empunya link di atas,beliau pandai mengadunkan khat dan komputer.Ustaz Fadil-memang mantap, tapi belum sampai tahap Ust Baki dan Nik Man.Abg Jar-mantap,hasil buat mural banyak,tapi tertinggal alif lepas tukabbiru!Mungkin panel boleh pertimbangkan.pendapat saya.top three ialah Firdaus,Abg Jar dan Fadil.

Oleh kerana tak boleh masuk,saya pun baliklah.


Muzium milik jutawan Melayu Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary


Menyemai Seni Warisan Berzaman,Yang Membuahkan Nikmat Ganjaran

Karya Ustaz Yusof


thluluth Nik Man (1999)


thuluth Abd Baki (2001)



Naskh- Firdaus (1999)


kanvas thuluth


Sedikit video klip Ust Zawadi buat riqaah masa pertandingan tempoh hari



Beliau terus buat!



Suasana dalam dewan riqaah




3 bahasa...



banner untuk naskh


ambil gambo dari luar dewan naskh



banner thuluth


luar dewan thuluth



tarkib yang menarik..


karya ust halias..





07 November 2009

assalamualakum..

happy belated birthday to hadiF comey lotey...comey nya posing2 haziQ n deK wa..dek wa da pndai melukis...ummi apa cita??sudah ada nama untuk anakmu???ha..AWAS!!!!hahahhaa..

06 November 2009

SOLAT DI MASJID BESI


MASJID SULTAN MIZAN

Masjid Sultan Mizan atau masjid besi memang unik.Terletak di presint 3.kedamaian angin menampar perlahan muka-muka jernih para pengunjung rumah Allah.Binaannya melambangkan keikhlasan dan ketenangan.Pada waktu malam,keindahan masjid lebih dirasai apabila tulisan khat yang indah bagaikan terang sirna.Apa yang menarik,khat ditulis oleh sifu khat malaysia,Ustaz Yusof dan saya pernah belajar dengannya.Kami sempat bersolat tarawikh masa puasa yang lepas di masjid ini,kali ini singgah selepas pergi open house kak muna Raudah di Putrajaya.Yang realnya,tempat parking macam di shopping complex.Tandas mewah dan luas.Sebenarnya,masjid ni masih lagi dalam pembinaan tapi Jumaat sudah ada di situ.Kalau ke Putraya,singgahler ke masjid besi ni.Memang berbaloi-baloi!


Khat ini akan jelas pada waktu malam,hasil pakar khat Ustaz Yusof Abu Bakar

Khat Thuluth juga karya Ustaz Yusof.Thuluth beliau memang power!


Ada kolam cetek di masjid.Pak guard tak ada lagi,tu yang boleh celup kaki..




Konsep taman dalam masjid..



Luar masjid tasik yang luas.Kalau berdayung sampai ke masjid Putra.Dokek yo!


Dua beradik berposing dengan cara tersendiri



Air mengelilingi masjid..Unik


Ada escalator,tapi x berfungsi lagi.Tu yang depa naik tangga


Dua gaya yang kontras..


Yang ini ada persamaan..



Itulah gaya Haziq!Berlatarbelakangkan taman dalam masjid


Yes,dah sampai kat masjid ni!












LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Pages