alang -alang tersinggah,followlah saya!

30 October 2009

scenario at uia

Credit for this film maker. short but touchable.And that the scenario..



25 October 2009

OUR NEW HOME



Dapur dia kat tengah.Quite peculiar.Tapi luas
About 3 weeks ago,we transferred to the double storey bungalow..a bungalow?,,yap,,but its a moderate one.Indeed,we dont have any intention to hijrah,living at Ixora, all things are near,but in this Nilai Impian,the nearest shops are at Nilai 3!!(3 min only,hehe)so ,you may drop by our home on the way to Nilai 3 or leave your children with us.and enjoy your trip! This old bungalow is about 1400 square feet,with so many places for planting(i am trying to learn this job!).I think I will state the reason in coming post.The best thing in this home is 2 rooms at the first floor,one, sure for "bibik"and another for guest.And we always lepak2 while surfing the internet.
Masa ni bawak barang-barang untuk cuci rumah

hmmm..syok depa main.car porch luas


Ruang tamu dia x besar sangat,tapi ok




Apa lagi, ambil gambo keretalah ,,kelass gituu




Shikin memerhati ruang yang luas.nak tanam apa ye?



Dari luar pagar..Ada pintu kecil lagi,dan semua pagar batu..




Rajinnya anak-anak abah ni!



Bergaya haziq!The other one is our bibik(not confirmed yet)




Laman belakang yang luas..macam2 boleh tanam ni







24 October 2009

Ain,semoga cepat sembuh

Kak Cik memaklumkan bahawa Ain masuk wad..Semoga cepat sembuh daripada Pak Ngah dan Mak Ngah sekeluarga khususnya dan semua ahli kumbarian.Shafahallah

23 October 2009

KONVO DR KHALID




Bergambar dengan Wawa yang comel!





]

Khalid diapit ummi dan abah.Jerantut datang semua,tidur hotel yang ditempah oleh Khalid

























SEKELUARGA BERSAMA PASANGAN DOKTOR



SEBELUM puasa Ramadhan yang lepas,kami menghadiri konvo Khalid di UKM.Setelah hampir tujuh tahun ,akhirnya beliau dapat segulung ijazah perubatan bersama isterinya tercinta Dr.Syaima.Mereka kini bertugas di hospital Temerloh yang serba moden.Starting salary plus elaun kira-kira 4k seorang,tapi berbaloilah dengan pengorbanan mereka. On call,kerja shift,cuti memang tak berapa ada demi berbakti kepada manusia.Mereka ,walaupun doktor,masih perlu menjalani latihan 3 tahun as a fresh doctor digelar housemanship.Sedikit info tentang Dr. Khalid:

# dilahirkan pada 2 .11.83
#anak ke 5
#otak dia memang pick up,darjah satu sudah wakil sekolah dalam bidang catur.
#dapat no 1 aje,tapi masa upsr x dapat 4 A.Masa trial,boleh 3A.!
#bakat melukis semulajadi.pernah menang pertandingan masa kecil,dan masa di Matrikulasi,dia hantar 2 penyertaan,dua-dua dapat hadiah!
#PMR 7A,Spm dapat A1 dan A2 dalam bidang matematik dan sains tulen.
#4.0 dua semester masa di Matrikulasi Kuala Pilah.Dapat hadiah dari Kementerian.
#Ada bakat bertukang
#Seorang yang teliti.
#Kawin sebelum Grad.Nak buek macam mano,nanti istri ke tompek lain!
#Sekarang dok kat kuarters aje.Tapi tv 42 inci dan kereta Honda Civic terbaru.Lepas tension sebagai doktor!

22 October 2009

Coasackie Virus Punca Sakit Tangan Kaki Dan Mulut

Signs and Symptoms
Coxsackievirus can produce a wide variety of symptoms. About half of all kids infected with coxsackievirus have no symptoms. Others suddenly develop high fever, headache, and muscle aches, and some also develop a sore throat, abdominal discomfort, or nausea. A child with a coxsackievirus infection may simply feel hot but have no other symptoms. In most kids, the fever lasts about 3 days, then disappears.Coxsackieviruses can also cause several different symptoms that affect different body parts, including:

Hand, foot, and mouth disease, a type of coxsackievirus syndrome, causes painful red blisters in the throat and on the tongue, gums, hard palate, inside of the cheeks, and the palms of hands and soles of the feet.

Herpangina, an infection of the throat which causes red-ringed blisters and ulcers on the tonsils and soft palate, the fleshy back portion of the roof of the mouth.

Hemorrhagic conjunctivitis, an infection that affects the whites of the eyes. Hemorrhagic conjunctivitis usually begins as eye pain, followed quickly by red, watery eyes with swelling, light sensitivity, and blurred vision.

Prevention
There is no vaccine to prevent coxsackievirus infection. Hand washing is the best protection. Remind everyone in your family to wash their hands frequently, particularly after using the toilet (especially those in public places), after changing a diaper, before meals, and before preparing food. Shared toys in child-care centers should be routinely cleaned with a disinfectant because the virus can live on these objects for days.

Kids who are sick with a coxsackievirus infection should be kept out of school or child care for a few days to avoid spreading the infection.

The duration of an infection varies widely. For coxsackie fever without other symptoms, a child's temperature may return to normal within 24 hours, although the average fever lasts 3 to 4 days. Hand, foot, and mouth disease usually lasts for 2 or 3 days, while viral meningitis can take 3 to 7 days to clear up

20 October 2009

harraz..semoga cepat sembuh...dari mAk fu (mak su) & tokku

dapur yg bakal berubah..deko..deko..deko..hehhe

ni kabinet bncuh ayaq..lupa nk rotate..he3


ni kabinet masak,,,

perkembangan TMN delima JAya

salam semua...rmh da ad kabinet dapoq (tmpat bncuh ayaq)n kabinet masak..sekarang tgh renovate dapoQ n tak lama lg dengaq2 nk cat rumah n katok keta Comel tu...hrp2 menjadi la..
kita tunggu dan lihat...doa2 la na...supaya ini bukanlah khayalan lg..hehehehe

14 October 2009

MEMANASKAN ENJIN KERETA


Artikel tentang mitos memanaskan enjin.Diambil di sini .
Apa komen semua?



Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter. Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi.

Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan.
Patik syak makan masa dalam 15 minit juga. Brader-brader macam tu Patik ingat mesti bangun awal punya. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.

Masalahnya sekarang, di manakah pelajaran tentang memanaskan enjin ini diajar? Kalau tak silap Patik, masa sekolah dulu pun tak ada pun cikgu-cikgu yang pandai-pandai ajar pasal benda ni. Masa pergi ambil kursus memandu di JPJ pun tak ada belajar benda-benda macam ni. Di univesiti pun tak ada belajar. Sekolah-sekolah agama rakyat pun tak ada menyediakan tajuk ini di dalam silibus pembelajaran mereka. Jadi di mana?

Berdasarkan pemerhatian Patik dengan sedikit kajian, upacara pemanasan enjin telah dilakukan sejak zaman-berzaman. Mula-mula mungkin datuk Patik start panaskan enjin kereta dia sebelum pergi sekolah kerja guru besar. Kemudian bapa Patik pula bila dah pakai kereta, teringat pula amalan datuk Patik masa nak pergi sekolah dulu. Jadi bapa Patik pun setiap pagi sebelum nak pergi kerja panaskanlah juga enjin Volvo kegemarannya. . Kemudian bila Patik dah besar, dah pakai kereta sports dua pintu, Patik pula ikut panaskan enjin kereta. Tapi sebenarnya Patik tak buat. Sebab Patik ada ilmu pengetahuan tentang enjin. Tambah lagi biasanya Patik bangun lambat. Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni?

Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun , United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?

The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia ? Patik rasa memang dah tak payah nak panaskan enjin lagi dah. Start kereta terus jalan saja.

Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, "Engines run best at their design temperature" . Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin lu orang di dalam keadaan pepura (idling) adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stail Amerika, lagi 'gentle' kalau pandu terus.

Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.

Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.

Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.

Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun Patik tengok dah mula pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah men-convert karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.

Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap
suhu 400 - 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, lu orang perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling) maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Lu orang syak apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?

Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin. Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin.

Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang lu orang perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang lu orang perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan pepura (idling)?

Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia . BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab dia orang tahu kalau enjin cepat rosak nanti mesti lu orang kompelin. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus blah cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini karang siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan bini tapi enjin kereta terbiar hidup.

Satu perkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan lu orang tidak bergerak. Kalau tunggu makwe turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.

Akhir kata setujukah anda bahawa memanaskan enjin di waktu pagi boleh menjahanamkan enjin dan dunia?
_________________

07 October 2009

Pergi tak kembali - Al Fatihah

Pada hari Sabtu yang lepas biras Ramlah Binti Md Isa @ Kak Na ( isteri kepada Abang Sabri - Kulim ) telah kembali ke Rahmatullah pada 3.38 pagi. Jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Kuala Kangkong, Alor Setar pada jam 2.00 petang. Beliau pergi setelah 3 tahun melawan penyakit barah susu. Beliau meninggalkan 4 orang anak.
AL FATIHAH
Pada hari yang sama sekitar jam 0900 pagi sahabat yang sama ditempat kerja iaitu Saudara Haidir Bin Md Isa telah kembali ke Rahmatullah akibat kemalangan jalan raya di hadapan politeknik Kulim sewaktu beliau hendak menghadiri kelas. Berusia lingkungan 34 tahun meninggalkan isteri dan 2 orang anak. Jenazah dikebumikan di Batu Gajah Perak.
AL-FATIHAH
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati"


04 October 2009

Dari KYM ke UUM








Hari ini adik Fadhilah akan menerima skrol ijazah Pengurusan dan Perniagaan di UUM,Sintok.DATANG bersama abah,ummi,dan 3 beradik lain dan pitstop di rumah Mak Ngah Perlis.Adik beradik lain tak dapat datang sebab jauh dan jatuh pula pada hari Ahad. Fadhilah beruntung kerana beliau sudah bekerja,mungkin ramai kawan yang lain masih menganggur. Beliau belajar di Kolej Yayasan Melaka,kerjasama dengan UUM.



Minggu sudah,saya (Hanif)tolong ambilkan jubah konvo Fadhilah.Terpaksa extend cuti.Lepas tunggu 50 orang,saya pun masuklah,dan tiba-tiba diberitahu tak bayar lagi jubah.Alamak!Nasib baik bank Islam buka.Bergegas ke sana,bayar di kaunter dan terus ambil jubah .lega!



UUM memang terkenal dengan MANAGEMENTnya.Ini kali ke tiga ke UUM,jadi taklah kekok.Pertama sebelum kawin,kedua masa konvo kak Cik.Persekitaran dewan konvo UUM memang menarik.Rugi kalau tak berposing di sana.



TAHNIAH FADHILAH!!



Suasana di Dewan Tan Sri Othman masa ambil jubah Fadhilah



Posing depan dewan..
Kena tunggu giliran daa..



1

01 October 2009

SEKITAR BIRTHDAY HUSNA

Pada malam jamuan raya di surau delima jaya juga,sambutan harijadi Husna Hanani diadakan di Kangkung.Kami ,selepas jamuan di surau,bergegas ke sana.Ikut simpang empat,dan sampai lebih kurang 10.30!!memang lewat,baru habis sambutan(ditambah dengan "pitstop"Che on di stesen minyak ).Tapi,Abg Asri sambut kami dengan ceria.Lambat tak pa asai mai!Kek ada lagi.secret recipe lagi,Chocolate indulgence.Memang sedap!Sebelum makan,Hanif baca doa selamat.Kemudian,lepas makan,sesi pemberian hadiah.Apapun,Happy Birthday Husna Hannani!



Kereta Saga baru nak balik,kami baru sampai!

Terima kasih Haziq!-kata Kak Husna

Nah,ni kakak Una punya-kata Wawa


Tok Ram pun x lupa beri hadiah bear besaq!!




Senyuman 4 anak kecil



Aksi bersahaja Husna,Haziq,Haraz dan ma'wa



Toaster kepada mak daripada Abg Asri atau MNI..Macam YB daa..


Cucu atuk yang manja..


Ada lagi kek..lega cek!



Hang pa makan sampai tak ingat ka orang belakang ka?-agaknya kata Shikin

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Pages