alang -alang tersinggah,followlah saya!

02 March 2011

POLEMIK POLIGAMI




POLEMIK POLIGAMI

Kadang-kadang, terlalu banyak polemik yang dimainkan oleh rakan-rakan kita mengenai poligami; yang kebanyakan daripadanya bertujuan untuk menampak burukkan sesuatu yang tidak disukai oleh mereka walaupun ianya dihalalkan oleh Allah Taala. Polemik ini diada-adakan sendiri oleh sesetengah dari mereka, bertujuan untuk menimbulkan kontradiksi dengan kehalalan poligami. Mereka sedar tidak ada nas yang kontradiktori antara satu sama lain. Mereka juga sedar mereka tidak akan menemui sebarang kontradiksi dalam penghukuman Allah Taala.

Ayat-ayat dari Allah Taala adalah terlalu konsisten untuk ditemui sebarang kontradiksi di antaranya. Inilah yang memaksa sesetengah orang untuk mencipta sendiri teori mereka dalam percubaan untuk meyakinkan dan mempengaruhi orang lain kononnya terdapat kekhilafan dalam penghukuman Allah Taala yang Maha Suci, dengan harapan manusia tidak akan membuat sesuatu yang yang mereka tidak suka, walaupun ia nya jelas halal di sisi Allah Taala.

Untuk menampak benarkan polemik ini, perhatian akan ditumpukan kepada apa saja yang mustahil untuk dibuktikan secara fizikal, sesuatu yang melibatkan hati, yang melibatkan hal-hal yang terlalu abstrak serta subjektif, dan boleh dibahaskan sehabis-habisnya pada sepanjang masa, sepanjang hayat, tanpa sebarang kesimpulan yang konkrit. Terdapat ramai orang yang sangat suka bercakap bagi pihak hati orang lain, serta membuat pentafsiran mereka sendiri mengenai isi hati lelaki, seolah-seolah merekalah jaguh serta sangat-sangat memahami isi hati orang lain.

Antara point paling popular yang sangat suka digunakan untuk menampak burukkan poligami ialah:

o Berpoligami ikut nafsu
o Masa nak berpoligami baru sibuk nak ikut sunnah nabi
o Perempuan merampas suami orang
o Sudah jemu dengan isteri yang dah ada
o Isteri yang ada masih belum sempurna dijaga, sudah sibuk nak kawin lagi
o Kasih sayang yang sudah mula terbelah dan terbahagi

SUMBER:http://al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&t=20585&postdays=0&postorder=asc&start=0

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Pages