alang -alang tersinggah,followlah saya!

07 October 2009

Pergi tak kembali - Al Fatihah

Pada hari Sabtu yang lepas biras Ramlah Binti Md Isa @ Kak Na ( isteri kepada Abang Sabri - Kulim ) telah kembali ke Rahmatullah pada 3.38 pagi. Jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Kuala Kangkong, Alor Setar pada jam 2.00 petang. Beliau pergi setelah 3 tahun melawan penyakit barah susu. Beliau meninggalkan 4 orang anak.
AL FATIHAH
Pada hari yang sama sekitar jam 0900 pagi sahabat yang sama ditempat kerja iaitu Saudara Haidir Bin Md Isa telah kembali ke Rahmatullah akibat kemalangan jalan raya di hadapan politeknik Kulim sewaktu beliau hendak menghadiri kelas. Berusia lingkungan 34 tahun meninggalkan isteri dan 2 orang anak. Jenazah dikebumikan di Batu Gajah Perak.
AL-FATIHAH
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati"


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Pages