alang -alang tersinggah,followlah saya!

04 October 2009

Dari KYM ke UUM








Hari ini adik Fadhilah akan menerima skrol ijazah Pengurusan dan Perniagaan di UUM,Sintok.DATANG bersama abah,ummi,dan 3 beradik lain dan pitstop di rumah Mak Ngah Perlis.Adik beradik lain tak dapat datang sebab jauh dan jatuh pula pada hari Ahad. Fadhilah beruntung kerana beliau sudah bekerja,mungkin ramai kawan yang lain masih menganggur. Beliau belajar di Kolej Yayasan Melaka,kerjasama dengan UUM.



Minggu sudah,saya (Hanif)tolong ambilkan jubah konvo Fadhilah.Terpaksa extend cuti.Lepas tunggu 50 orang,saya pun masuklah,dan tiba-tiba diberitahu tak bayar lagi jubah.Alamak!Nasib baik bank Islam buka.Bergegas ke sana,bayar di kaunter dan terus ambil jubah .lega!



UUM memang terkenal dengan MANAGEMENTnya.Ini kali ke tiga ke UUM,jadi taklah kekok.Pertama sebelum kawin,kedua masa konvo kak Cik.Persekitaran dewan konvo UUM memang menarik.Rugi kalau tak berposing di sana.



TAHNIAH FADHILAH!!



Suasana di Dewan Tan Sri Othman masa ambil jubah Fadhilah



Posing depan dewan..
Kena tunggu giliran daa..



1

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Pages