alang -alang tersinggah,followlah saya!

26 September 2009

MUHASABAH RAMADHAN

Ramadhan telah meninggalkan kita,
Syawal pula menjelma menjelang hari raya,
Kehidupan biasa bermula semula,
Ramadhan hadapan belum tentu kita jumpa..

Bait-bait lirik Nadamurni di atas menggambarkan perginya bulan yang mulia, satu madrasah tarbiah rohani yang terbaik,segala amalan diganjarkan berlipatganda.Dengan kedatangan Syawal,sudah tentulah kita bergembira ,namun kehidupan tidak seperti di Ramadhan,dan belum tentu kita dapat menjejaki Ramadhan pada tahun mendatang.Ramadhan,kedatanganmu dihargai,pergimu ditangisi.
Apa yang penting,ia bukan sekadar ditangisi,tapi kita mesti koreksi diri sendiri,muhasabah adakah kita boleh istiqamah dengan amalan Ramadhan.Benarlah kata pujangga: كونوا ربانيين ولا تكونوا رمضانيين yang bermaksud:jadilah orang yang beramal dengan amalan ketuhanan,janganlah jadi orang yang beramal di Ramadhan.Benar,di bulan Ramadhan,amalan perlu dilipatgandakan sebagai tanda membesarkannya,tapi kesannya di bulan yang lain memaparkan kita mendapat sentuhan Ramadhan itu.
Bagaimana?Contohnya,kita boleh khatam Al-Quran 30 juzuk dalam sebulan,dan dibulan lain rasanya memang kita tak mampu buat kerana keajaiban Ramadhan sudah tiada(tapi tak dinafikan ada yang boleh),sekurang-kurangnya,kita istiqamah baca Alquran setiap hari satu helai beserta tadabbur maknanya, dan beramal dengan Alquran.

“Di hari raya ini,koreksilah diri sendiri,
Layakkah hari ini kita berhari raya,
Hari raya hanya untuk orang-orang bertakwa,
Selain mereka tidak layak merayakannya (Nadamurni)

Itulah falsafah hari raya,walaupun sebenarnya ia boleh diraikan oleh sesiapa sahaja kerana takwa bersulamkan keikhlasan dan ikhlas itu umpama semut hitam di atas batu yang hitam dalam malam yang gelap! Kita muhasabah diri kita,takwa atau tok kua(tau hu dalam bahasa Kedah),amalan kita melantun naik atau mertun(penukul dalam bahasa Kedah).
“renung kembali segala amalan di bulan Ramadhan,
Adakah meningkat dari sebelumnya,
Bertambah baikkah kita dari masa ke semasa,
Sesuai dengan meningkatnya umur kita(Nadamurni)

Jadi,kita perlu tanya diri kita soalan-soalan berikut:
1. Adakah aku baca Alquran setiap hari?
2. Istiqamahkah aku ke surau/masjid?
3. Hubungan sesama manusia bertambah baikkah?
4. Perancangan hidupku semakin flowkah?
5. Amalan-amalan sunat bertambahkah?
6. Sudahkan aku menghindari perkara makruh dan bidaah?
Kata Sufyan At Thauri:الابتعاد عن البدعة خير من الاجتهاد في السنة
Salam Syawal… by: Arkurni

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Pages