alang -alang tersinggah,followlah saya!

23 September 2009

KELUARGA HAJI ABAS





berdiri dari kiri: Mohd Nur Faizuddin Abas(abah +ummi),Fadhilah Abas (abah+arwah mak),Dr Syaima,Shikin,Nur Salam Ibrahim(ummi+arwah suami),Umi Kalthom Abas(abah+ummi),Kak Munirah,Batrisya,Liza,Zuhaira Abas(abah+ummi)


duduk : Dr Khalid,Hanif,Ummi,Abah,Helmi,Saifullah,Nuha
duduk atas lantai : Solehuddin Abas (abah+ummi),Nur Fatimah Abas(abah+ummi),Haziq,fauzan Abas( abah+ummi),Balqis,Ma'wa,Nur Ain Ibrahim(ummi+arwah suami).Ibadurrahman Abas(abah+ummi)
tak ada dalam gambar: Hafizah Abas(abah +arwah emak)





Julung-julung kali,setelah hampir 30 tahun,keluarga besar haji Abas (beliau tunaikan haji masa umur beliau 32 tahun!) beraya di Jerantut kerana abah dah bersara dan terlalu ramai ahli keluarga (dah pencen,tapi anak bongsu x sekolah rendah lagi!).memang tak tau nak pergi mana sebab semua saudara di Segamat.Apa pun,keluarga haji Abas mengucapkan



selamat hari Raya,maaf zahir batin dari hujung rambut hingga ke hujung kaki..



Bila di rumah sendiri,banyaklah yang perlu dibuat.Pertama,pada pagi Sabtu,kami membersihkan rumah,buang sawang,mop lantai.Abah memang dah plan semua,siap mesyuarat lepas Subuh beserta taip sekali.Kemudian,sessi membuat ketupat.rendang,nasi himpit,masak ayam stail jawa(ummi dan Dr Syaima jawa).Mujurlah ramai tenaga kerahan,ummi jadi cheflah kiranya hari tu.Semuanya first time,memang seronok dengan keletah anak-anak.Kereta pula sampai 7 buah..mujurlah laman rumah luas,boleh parking ke tujuh-tujuh kereta.Tahun ini, Alhamdulillah baju adik-adik telah disponsor oleh Dr Khalid .Barakallahu fihi!Hanif sponsor karpet yang dibeli di Nilai 3.Murah aje!Pada malamnya pula,semua tunggu keputusan Mohor Besar Raja-Raja(sebenarnya dah dijangka) dan bila diumumkan,semua melompat keriangan.Isyak,kami solat di Surau dan bertakbir selpas solat.kemudian,abah jemput jemaah surau ke rumah dan kami bertakbir sekali lagi.Benarlah sabda Nabi agar Raya dihiasi dengan Takbir,Tasbih,dan Tahmid(Bukhari).Kalau di Segamat, malam raya memang meriah dengan sesi takbir dari rumah ke rumah,kadang-kadang sampai 10 buah rumah,tapi di Pahang tidak begitu.Lebih kurang pukul 10 lebih,upacara pembakaran sate bermula.Sate memang tradisi jawa dan keluarga ummi di Bekok dari dahulu lagi pandai buat sate.Khalid pula menunjukkan kepakaran membuat lamb chop.Semuanya dilakukan di belakang rumah.Di samping itu juga,ayam dimasak dan ikan patin sendiri punya di buat masakan Pahang.
Raya Pertama:
Sebagaimana dirancang,raya pertama di Jerantut.Kami bangun Subuh dan bertakbir,selepas itu semua bersiap-siap untuk ke Masjid Jerantut Baru.Baju baru,kopiah baru dan semestinya azam yang baru!Mujurlah bilik air ada tiga,cepat sikit kami bersiap.Sebelum itu,makanan dijamah,dan antara Sunnah Raya Aidilfitri menjamah makanan sebelum solat sunat Aidilfitri,menandakan kesyukuran selepas puasa di Ramadan.Kami sampai sekitar 8.30,solat akan dimulakan 15 minit lagi.Selepas bersolat,kami kembali ke rumah(antara Sunnah juga pergi ikut jalan lain,balik ikut jalan lain,tapi kami lupa nak buat)dan sessi bermaaf-maafan kepada abah dan bonda ummi yang tidak pernah kenal erti penat dan lelah dalam mendidik anak-anak.Bermaafan di antara adik-beradik,dan selepas itu kami yang dah bekerja menghulurkan duit raya kepada adik-adik,anak-anak dan anak saudara.Riuh jadinya.
Taman Koperasi masih baru dan Cina lebih ramai daripada Melayu,jadi,tak ramai yang ada.Kami melawat ke rumah Encik Nasa,En .Bukhari dan En, Sarip pula datang ke rumah kami.Sebelah petang,kami membalas kunjungan ke rumah En Sarip,rumah kawan abah masa sekolah dan Encik Abu Samah.Malamnya,selepas Maghrib, kami ke rumah Encik Ahmad Daras,bekas pengetua Temin.Balik dari sana,kami bakar sate lagi dan lamb chop.kami marhaban di kesemua rumah yang kami pergi.
Raya kedua:
Raya hari kedua boleh saya sifatkan sebagai long ranger,atau rali keluarga yang menuntut stamina yang mantap!Kami bertolak lebih kurang pukul 10.30 pagi (sepatutnya bertolak awal tapi pagi tu semua sakit perut,terkucil-kucil) ke Lipat Kajang di Jerantut juga iaitu rumah mak angkat abah.Abah pernah menetap di sana semasa di tingkatan 3 di bawah program GPMS.Kemudian,kami bertolak ke rumah nenek di Gemas melalui Triang,Bera,Bandar Jempol,Pasir Besar.Jalannya bersimpang siur,bengkang-bengkok.Mujur dah makan di Lipat Kajang.Alhamdulillah,dapat jumpa nenek dan pak /mak saudara serta sepupu yang lain.
Hari beransur petang.Kami bertolak pula ke Jementah,rumah Pok Long kerana atuk ada di sana.Atuk Jarah usianya menjangkau 84 tahun,masih boleh berjalan,baca Alquran dan bertutur dengan elok.Beruntung kami kerana masih mempunyai atuk.Kami tidak lama di sana, perlu ke Paya Pulai untuk menziarahi kubur.
Sampai dikubur,suasana hening,dan hati tiba-tiba rasa syahdu dan sayu mengenangkan yang telah pergi.Arwah Atuk Aman,Ijah,mak bermain-main di minda.Selepas berdoa,kami Ke rumah pak Hitam,solat maghrib,marhaban stail paya Pulai, dan menikmati mee yang ho liau!








Abah menyapu laman rumah..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Pages