alang -alang tersinggah,followlah saya!

17 September 2009

MESYUARAT KELUARGA


Sejadah untuk mak tersayang


Juga untuk Kak Cik


Ukhuwah terbina kembali..


Bulan Ramadan memang penuh keberkatan.tanggal 1 ramadan hari sabtu ,satu mesyuarat telah diadakan di rumah mak kedah.Cetusan idea ini dilahirkan oleh Nor Ashikin,anak kedua dalam keluarga Kedahuntuk menyatukan hati-hati keluarga kedah.Beliau dan keluarga datang dari ibu kota semata-mata mesyuarat ini,malah beliau sendiri mempengerusikannya.Alhamdulillah,semua hadir,mak dan ayah,4 beradik, 3 menantu dan cucu.

Sebelum memulakan mesyuarat,beliau mengingatkan sesi yang julung-julung kali di adakan ini bukan untuk menyalahkan sesiapa,tapi bermaafan sempena bulan yang mulia.Sebelum semuaa ahli anggota diberi peluang bercakap,satu power point dengan lagu "keluarga bahagia" dipaparkan di dinding menggunakan lcd, hasil kreativiti Hanif.Paparan yang menyentuh perasaan,sehingga ada yang mengalirkan air mata..paparan memori dulu-dulu keluarga Kedah.Selepas itu,setiap orang di beri peluang bercakap ..

Mak: mak bersyukur kerana ada pertemuan seperti ini dan berharap luka yang tercalar terubat kembali,..macam dulu-dulu..

Abang Asri: dengan penuh perasaan, abang asri meluahkan apa yang terpendam, dan beliau kata telah "lost" siblings setahun lebih,dan akan berusaha menjadi abang yang terbaik.

kak cik: tegur dia kalau ada salah,insya Allah dia boleh terima.

adik: ingat balik impian kita masa kecil nak bagi mak senang,tapi bila kita besar?

Menantu juga di beri peluang:

kak Ayu: dalam tangisan,Kak ayu berharap ayah berubah.

shamsul: juga berharap ayah berubah demi masa depan keluarga..

Ayah menjawab,kalau nak tegur dia,tak boleh direct tapi kena melalui orang lain,tapi Shikin cepat-cepat tukar topik lain.

Hanif: sebagai menantu jauh,sedaya upaya jaga imej keluarga kedah .

Alhamdulillah,tiada gangguan daripada anak-anak kerana mereka leka dengan paparan lcd.

Kemudian,sedikit cenderahati daripada Shikin berupa keratan akhbar,cd,sejadah kecil dan kain pelikat kepada setiap keluarga.Majlis diakhiri dengan pelukan,bersalam-salaman..ALANGKAH INDAHNYA DUNIA INI!!














No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Pages