Tanggal 9 Zulhijjah yang lepas,sekitar 6 .30. di kala orang wukuf di Arafah,dan di kala sunat berpuasa.Tok Teh Cah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.Berusia 98 tahun dan antara atau mungkin yang tertua di Kampung Telok Bagan.Seorang guru Al-Quran,dan mak kedah belajar mengaji daripadanyalah.Dikatakan,beliau sempat membaca Al-Quran sebelum pemergiannya.
Sebenarnya,beliau sudah hampir 4 kali dikatakan nazak,namun sembuh kembali,dan tidak disangka Allah memilih masa yang sesuai untuknya.Hari Wukuf ,esoknya Raya haji yang mana semua orang berkumpul,dan di kebumikan pada hari Jumaat.Subhanallah!SEmoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya ..Amin
No comments:
Post a Comment