alang -alang tersinggah,followlah saya!

10 February 2010

DANISHA TERTELAN MERKURI!



TERKEJUT bila dapat tahu Danisha tertelan merkuri termometer!bagaimana beliau telan,wallahualam.Biasanya kanak-kanak akan tanya dahulu jika ia benda yang pelik,tapi Danisha memang berani orangnya,mungkin merkuri itu kelihatan seperti gula-gula!Mungkin.Sebab kanak-kanak tidak boleh membezakan antara ubat-ubat dan gula-gula.Sedangkan spirulina boleh dimakan begitu sahaja,inikan pula merkuri!merkuri tu juga terkena gelang kak Cik ,dan dikabarkan emas jadi besi!Dimasukkan ke hospital ,dibawah pengawasan pakar kerana kes tertelan merkuri ini hanya ada 2 kes di MALAYSIA,dan ini yang ke3.Alhamdulilah ,semuanya selamat.
moga-moga teks di bwah dapat membantu:

Keracunan menjadi salah satu perkara yang sering diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Ia membabitkan berbagai jenis bahan kimia yang digunakan di dalam industri perkilangan, perladangan dan juga barangan rumah tangga. Ini termasuklah ubat-ubatan atau bahan pencuci sehinggalah kepada bahan-bahan semulajadi akibat gigitan haiwan atau dari sumber tumbuh-tumbuhan.
MEMAHAMI KERACUNAN
Konsep racun dan keracunan seringkali disalahtafsirkan. Ramai yang menyangka bahawa kejadian keracunan hanya membabitkan dua pihak iaitu pemberi racun dan mangsa. Kita jarang memikirkan bahawa semua benda yang kita sentuh, hidu atau makan berkemungkinan boleh menyebabkan keracunan. Bahan-bahan yang boleh menyebabkan keracunan ada di mana-mana, sama ada di rumah, tempat kerja dan kawasan persekitaran kita. Ia tidak hanya terhad kepada jenis-jenis racun yang telah dikenali seperti sianida dan plumbum.
Masyarakat perlu diberi kesedaran dan kefahaman mengenai apa itu racun, siapa yang diancam, bagaimana ia berlaku dan apakah kesannya terhadap manusia. Kesedaran ini penting supaya kita sentiasa prihatin dan bertanggungjawab.
FAKTOR UTAMA YANG MEMPENGARUHI KEJADIAN KERACUNAN
Terdapat tiga faktor utama terjadinya keracunan iaitu agen, perumah dan persekitaran. Kejadian keracunan berlaku apabila ketiga-tiga faktor ini saling bertindakbalas dan dapat dielakkan jika salah satu faktor ini dapat diasingkan.
AGEN
Agen merupakan bahan aktif atau media(biasanya kimia) yang boleh menyebabkan kecelakaan di dalam kejadian keracunan. Di antara sebab-sebab biasa keracunan ialah apabila seseorang itu terhidu gas atau asap beracun, mengambil ubat di dalam dos yang berlebihan atau meminum racun. Dalam satu-satu kes keracunan, bahan aktif dan kuantiti bahan yang terlibat boleh menentukan berbagai kemungkinan kecederaan yang akan dialami oleh mangsa.
Agen terdiri daripada bahan seperti ubat-ubatan dengan dos yang berlebihan, bahan pencuci, racun serangga, bahan kimia yang digunakan di dalam industri, di rumah atau dalam pertanian. Satu kajian menunjukkan bahawa 1/3 daripada kesemua kes keracunan yang telah dirujuk ke sebuah hospital tempatan membabitkan bahan-bahan kegunaan rumah tangga.
Bahan-bahan kegunaan rumah tangga yang sering menyebabkan keracunan
Sabun dan bahan pencuci
Sabun dan bahan pencuci biasanya menyebabkan rasa tidak selesa dan kesan terbakar pada kulit.
Kosmetik
Bedak bayi boleh menyebabkan penyakit radang paru-paru yang serius.Kebanyakan deodoran dan pewangi mengandungi alkohol yang tinggi iaitu sebanyak 90%. Ia boleh menyebabkan keracunan alkohol dalam bentuk penindasan sistem saraf pusat, jika tertelan oleh kanak-kanak.
Hidrokarbon
Banyak kes terminum minyak tanah dan lain-lain bahan petroleum secara tidak sengaja. Ini berpunca daripada penggunan botol sebagai bekas minuman.
Ubat gegat
Ubat gegat atau naftalin seakan-akan gula-gula atau coklat sering dimakan kanak-kanak.
Racun serangga
Aerosol racun serangga yang disimpan dalam tin yang tidak tahan panas dan boleh meletup.Sesetengah kanak-kanak berupaya menyembur racun dengan hanya menekan butang semburannya.
Pencil warna
Pengharaman beberapa keluaran pencil warna, krayon dan warna air kerana didapati mengandungi logam berat yang berlebihan pada awal 1995 menunjukkan keracunan boleh berlaku terhadap kanak-kanak sekolah.
Ubat-ubatan
Ubat-ubatan aspirin dan ubat selsema seperti antihistamin merupakan bahan yang biasa terdapat dirumah dalam pelbagai bentuk, saiz dan warna yang menarik seperti gula-gula atau coklat.
Makanan tercemar
Makanan yang telah dicemari oleh kuman tertentu boleh menyebabkan keracunan yang parah.
Tumbuh-tumbuhan
Tumbuh-tumbuhan banyak mengandungi bahan beracun. Contohnya seperti pokok kecubung yang banyak terdapat dipersekitaran kita. Pokok ini mengandungi racun alkaloida belladonna yang mudah diperolehi di persekitaran kita.
PERUMAH
Ia merujuk kepada individu yang terdedah kepada kemungkinan keracunan. Faktor ini merangkumi umur, jantina, kematangan fizikal dan mental serta peribadi individu. Satu kajian awal tentang kes-kes keracunan yang dirujukkan di sebuah hospital tempatan menunjukkan bahawa lebih daripada 90% melibatkan kanak-kanak berusia antara satu hingga 11 tahun. Di kalangan kumpulan kanak-kanak ini pula, 80% melibatkan kanak-kanak berusia di bawah enam tahun. Kanak-kanak dalam usia ini biasanya suka mencuba sesuatu dan mereka tidak dapat membezakan baik atau buruk. Tambahan pula kanak-kanak belum boleh membaca label dengan betul dan mempunyai interpretasi yang berbeza.
Contoh;
AMARAN:RACUN(Label sebenar)
menjadi
ARMANA:RANCU(interpretasi kanak-kanak)
Oleh itu, ibu bapa perlu prihatin terhadap situasi ini. Mereka perlu bertanggungjawab menerangkan kepada anak untuk mencegah berlakunya kejadian keracunan di rumah. Segala bahan beracun hendaklah disimpan di tempat yang selamat, berkunci dan tidak mudah dicapai oleh kanak-kanak.
Kes keracunan yang membabitkan orang dewasa agak sedikit berbanding kanak-kanak. Kebanyakannya bertujuan untuk membunuh diri. Dalam kes yang sedemikian, rawatan kesan keracunan dan psikiatri perlu diberikan kepada mangsa tersebut. Punca-punca sebenar mengapa mangsa mengambil tindakan sedemikian haruslah diselidik.

PERSEKITARAN
Rumah
Banyak kejadian keracunan berlaku di rumah, iaitu tempat di mana bahan racun disimpan. Tahap sosio ekonomi dan tekanan di dalam keluarga merupakan unsur yang meningkatkan kemungkinan keracunan berlaku kepada kanak-kanak.
Dari kajian yang telah dibuat didapati bahawa kejadian keracunan di kalangan kanak-kanak biasanya berlaku di dapur(50%), tandas(20%) dan bilik tidur(10%). Kemungkinan berlakunya pendedahan terhadap bahaya meningkat apabila ibu bapa ataupun pengasuh kanak-kanak tersebut sibuk dengan kerja masing-masing dan kurang memberi perhatian kepada anak-anak mereka. Kanak-kanak yang terminum racun menghadapi risiko bahaya yang lebih tinggi kerana organ-organ di dalam tubuh kanak-kanak seperti hati dan ginjal masih belum terbentuk dengan sempurna.
Luar rumah
Alam sekitar telah dicemari dengan berbagai jenis bahan kimia toksik sama ada daripada sumber asli atau bahan buangan industri. Agen-agen ini boleh didapati di dalam air, tanah, udara dan makanan.
Setiap tahun banyak nyawa telah terkorban akibat daripada pencemaran dan kemalangan yang melibatkan agen-agen toksik tersebut. Namun masyarakat tidak mengetahuinya kerana kebanyakan kes tersebut berlaku kepada individu ataupun satu kumpulan kecil dan tidak mendapat liputan yang meluas dari pihak media.
Bila sepatutnya anda mengesyaki anak anda mengalami keracunan?
Kanak-kanak tersebut pernah mengalami keracunan
Kanak-kanak tersebut berumur antara 1-5 tahun. Kumpulan ini mempunyai risiko yang tinggi kerana gemar memasukan benda ke dalam mulut.
Kanak-kanak tersebut sakit secara mengejut, terutama apabila dia menunjukkan tanda-tanda sawan walaupun tidak demam atau tidak sedar diri tanpa sebab tertentu.
Kanak-kanak tersebut muntah tanpa sebab tertentu
Tanda-tanda kesakitan pada beberapa bahagian badan atau organ tanpa sebab tertentu.
Nafas kanak-kanak mengeluarkan bau pelik ataupun terdapat tanda di sekitar mulut dan bibir - seperti tanah, kotoran, melepuh atau luka.
Contoh yang paling nyata ialah pencemaran udara. Agen toksik yang biasa terdapat di udara termasuklah karbon monoksida, sulfur dioksida, hidrokarbon dan nitrogen dioksida yang merupakan kesan daripada kecuaian manusia sendiri. Kenderaan bermotor merupakan faktor utama yang menyebabkan pencemaran alam sekitar.
Penyebaran agen toksik di udara bergantung kepada jarak dan lokasi daripada sumbernya (sama ada mengikut arah angin atau menentang arah angin). Pendedahan kepada agen-agen toksik yang terdapat di udara secara mendadak biasanya menimbulkan rasa tidak selesa pada sistem pernafasan. Pendedahan yang berpanjangan boleh menyebabkan penyakit yang melibatkan radang saluran pernafasan dan barah paru-paru.
Kandungan bahan buangan industri dan asap rokok, pembakaran terbuka dan petrol tanpa plumbum berterusan dalam persekitaran kita. Selain daripada bahan-bahan tersebut, penambahan agen seperti organoklorin yang kebal terhadap sistem pelupusan semulajadi adalah agak membimbangkan. Bahan kimia ini kekal dan terkumpul di persekitaran untuk jangka masa lama yang mana ia akan menimbulkan masalah terhadap kitaran makanan. Sekiranya kita gagal membentuk satu langkah keselamatan bagi menangani masalah ini dengan baik, kesihatan manusia sejagat akan terancam. Tragedi kemalangan bahan kimia dan radioaktif di Bophal, Minamata dan Chernobyl harus menjadi pengajaran kita.
Menangani masalah pencemaran persekitaran adalah satu usaha yang rumit dan memerlukan masa, tenaga dan belanja yang banyak. Beberapa langkah tertentu boleh digunakanutnuk menganalisis sesuatu situasi. Antaranya:-
Jenis racun yang terbabitBertujuan untuk mengenalkan pasti kemungkinan bahaya yang akan timbul. Mengenalpasti agen yang terlibat, sifat fizikal dan kimia, tindakblasnya dengan bahan atau agen lain, adakah ia meletup, dan tahap kekakisannya adalah penting untuk mengawal sesuatu agen toksik.
Kadar pencemaranAdalah penting untuk menentukan satu-satu kesan pencemaran bagi menganggarkan kerosakan yang bakal terjadi. Kepekatan agen toksik di dalam tanah, air dan udara perlu diukur. Keadaan geografik pada masa kejadian dan akan datang juga penting bagi mentaksirkan kesan pencemaran tersebut. Sekiranya pencemaran tersebut melibatkan agen toksik berkepekatan tinggi dan membahayakan kesihatan, persoalan berikut perlu diutarakan.
Bilangan mangsa yang terdedah kepada agen toksik tersebut?Sekiranya tiada hidupan atau manusia di kawasan pencemaran dan bahan tersebut adalah bukan untuk kegunaan pertanian, kemungkinan besar ia tidak akan mengancam kesihatan walaupun pencemaran tersebut teruk. Tetapi sekiranya pencemaran tersebut berlaku di kawasan kediaman manusia, beberapa laluan pendedahan perlu diberi perhatian; pendedahan mungkin berlaku sama ada melalui udara atau menghidu habuk, daripada tanah, debu, makanan atau minuman atau melalui kulit. Situasi ini memerlukan tindakan yang terperinci dan langkah-langkah berikut mungkin boleh membantu:-
mestilah berupaya mengenal pasti sebarang situasi yang boleh mendatangkan bahaya.
bertindak dengan segera memanggil pihak berkuasa yang berkaitan seperti Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kesihatan, dan Pusat Racun Negara.
jabatan tersebut mungkin berupaya untuk membantu menyelesaikan sesuatu keadaan yang kompleks dan juga membuat perancangan tentang tindakan yang perlu diambil.
Secara ringkasnya, memahami sifat sesuatu agen di persekitaran sama ada mengancam nyawa atau tidak dan persediaan awal adalah perlu untuk merawat mangsa keracunan. Insiden-insiden seperti pembuangan bahan sianida di Pulau Pangkor, pencemaran gas klorin di Ipoh dan serangan gas beracun Sarin di Tokyo seharusnya menjadikan kita lebih peka terhadap bahaya sesuatu agen

di ambil di

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Pages