alang -alang tersinggah,followlah saya!

25 December 2009

qaradawi ke malaysia

Al-Allamah Prof Qaradawi menghadiahkan buku terbaru beliau "Fiqhul Jihad"kepada Najib
Minggu lepas,Malaysia amat beruntung,kerana sekian lama ,akhirnya Dr Qaradawi,alim kontemporari,berusia 84 tahun yang terkenal senantero dunia datang ke Malaysia atas anugerah tokoh Maal Hijrah.Beliau ada menyampaikan ucaptama di Putrajaya,Masjid Shah Alam dan lain-lain tempat.Namun,peluang ini terlepas oleh ku kerana balik Kedah,tapi hati terubat apabila sebahagian ucapannya disiarkan di youtube.
Karya beliau hampir mencecah 100 buku.Jika seorang alim menulis buku lebih banyak daripada umur dia,bayangkanlah kehebatan beliau.Semoga beliau sentiasa dalam jagaan Allah dan dikurniakan kesihatan berpanjangan..Ameen.

14 December 2009

Selamat Tahun Baru



Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun


Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Doa Awal Tahun:



Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".

Doa Akhir Tahun:


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

12 December 2009

KENDURI KAHWIN DEPAN RUMAH

GENDANG -GENDUT TALI KECAPI,KENYANG PERUT SUKA HATI..

alhamdulillah,baru balik daripada kenduri kawin..depan rumah aje!!hehe.first time .jiran,Encik Ahmad Izani,adik perempuannya berkahwin dengan orang Pendang.Kedah jugak no.Beliau wakillah,sebab ayah dah meninggal,tinggal emaknya,Hajah Zaipah dan 2 adik-beradik yang lain.Abg si Izani tak kawin lagi,kerja di Tokyo,tapi kali ni baliklah.Memang kali ni havoclah,sebab adik bongsu kahwin,perempuan pulak tu.7 khemah dengan kipas dipasang,Catering khas masak di rumah pengantin,dan yang paling best masakan yang umphh.Ini beberapa kepigan foto yang sempat ditangkap..



WAWA BERPOSING DI DEPAN PENGANTIN


MACAM BIASA,hAZIQ DENGAN STAIL DIA

PASANGAN PENGANTIN YANG SECOCOK.YANG KEDAH LELAKI .PANDAI CAKAP CINA LAGI..



GAMBAR INI DIAMBIL OLEH HAZIQ



AKSI TOMOI DI KHEMAH KAHWIN



BERSELERA MAKWA MAKAN DENGAN UMMI DIA..



BIBIK PUN TIBAI SEMACAM AJE..




09 December 2009

JIMAT DUIT TELEFON!!!


Thanks to MNI for a new face of this blog.!!ok.di sini,saya nak berkongsi satu program yang menjimatkan duit top up anda!!jangan tak percaya.PERCUMA !!Program ni diberitahu oleh ustaz Sudan yang sekali dengan saya satu office. Programnya ialah (KLIK DI SINI).INSTALL dalam beberapa minit,dan ia boleh digunakan dengan syarat kawan kita pun ada program ini.Oleh kerana kita semua ada internet,saya cadangkan untuk jadikan ia sebagai cara penghubung yang lebih mudah.bukan di Malaysia aje,mana-mana tempat di dunia pun boleh..!!

do click for larger image

Touch Up Sikit Blog Kumbarians

Blog Kumbarian berwajah baru! Touch-up sikit... OK kot no?

08 December 2009

Keluarga Bahagia

USRATI JANNATI-IMPIAN DAN HARAPAN

06 December 2009

HARI PENENTU!!!!

jam sudah 6 pagi,
kuterpisat-pisat bangun,
menggeliat hilangkan sengal,
menguap menghamburkan bau semacam rasa..
oh,hari ini Ahad ya!
tidak ada bezakah dengan Ahad yg lain..
mungkinkah hari ini detik bersejarah bermula?
atas rasa sedar akan anjakan paradigma?
sedari terasa puluhan tahun mencuka
menghitung duka yang tak terhitung
kesabaran yang tak membawa untung..
terjajah atas rasa yang ia kan pulih
tapi
nampaknya belitan lidah makin menjalar
menyelinap ke rusuk rongga
gerakan kakinya makin pantas dan ruwet
tidak pantas usia yang memuncung
pedih di dada membelah ke ulu hati
jika terus bersimpul ia akan mati
gertakan dan gerakan
saling paling memaling
biarpun gigi-gigi udah berteraburan
kerutan sukar dibilang
sebelum ia parah
membarah
berdarah
dan terdedah
litupilah ia dengan kain asasi
lenturkan ia dengan hak empunya diri
Ahad ini ,,hari ini..bagaikan
kulihat sekelumit cahaya di perdu jendela
sirna mentari membentuk senyuman seribu makna..

nukilan,Hanif-6 Dis 2009 2 pagi

WAJAH-WAJAH


SERIBU SATU WAJAH,

MENYIMPAN CERITA CERITERA,

SERIBU SATU IMPIAN,

PASTIKAN IA TERLAKSANA...


Wajah-wajah ni hasil kreativiti Shikin.Berikan tepukan gemuruh padanya!!

tok teh cah,pergi tak kembali


Tanggal 9 Zulhijjah yang lepas,sekitar 6 .30. di kala orang wukuf di Arafah,dan di kala sunat berpuasa.Tok Teh Cah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.Berusia 98 tahun dan antara atau mungkin yang tertua di Kampung Telok Bagan.Seorang guru Al-Quran,dan mak kedah belajar mengaji daripadanyalah.Dikatakan,beliau sempat membaca Al-Quran sebelum pemergiannya.

Sebenarnya,beliau sudah hampir 4 kali dikatakan nazak,namun sembuh kembali,dan tidak disangka Allah memilih masa yang sesuai untuknya.Hari Wukuf ,esoknya Raya haji yang mana semua orang berkumpul,dan di kebumikan pada hari Jumaat.Subhanallah!SEmoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya ..Amin


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Pages