alang -alang tersinggah,followlah saya!

16 February 2011

minum makan berdiri boleh?


Soalan telah ditanya kepada Syaikh al-Muhaddith Sulaiman bin Nasir al-Ulwan:

Syaikh yg dihormati,

apakah pndangan anda tentang darjat hadis daripada Ibn Umar yg berbunyi:

" كنا نأكل على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم ونحن نمشي ونشرب ونحن قيام

[kami biasa makan pada masa Rasullallah SAW masih hidup, dan kami (makan) sambil berjalan, dan (kami) minum sambil kami berdiri]?

Jawab syaikh:

DARJAT HADIS:[/b]

Hadis ini terdapat cacat padanya. Ia diriwayatkan oleh Tirmizi, Ibn Majah, dan Ibn Hibban (dalam Sahihnya). Semuanya adalah dari jalan sanad Hasf bin Ghiyasth daripada Ubaidullah bin Umar daripada Nafi' daripada Ibn Umar.

Jika dilihat pada zahirnya sanad hadis ini ianya Sahih, ia telah dinilai sahih oleh Abu Isa (at-Tirmizi) dan Ibn Hibban dan lain-lain (antaranya al-Arnaouth menilai Sahih dlm tahqiq sahih Ibn Hibban no. 5325 akan tetapi beliau menarik balik penilaian sahih ini kepada Dhaif dalam tahqiq Musnad Ahmad hadis no. 4765, 4833, 5874, dan al-Albani juga menilai Sahih dlm tahqiq sunan Tirmizi no. 1880 (saya tidak pasti adakah beliau ada menarik balik atau tidak pendapatnya ini)- tambahan penterjemah)

Akan tetapi (sebenarnya) ianya ada keraguan (dilihat/fi hi nadzar), adalah tidak tepat untuk kita menilai sesuatu hadis itu hanya berdasarkan zahir sanad sahaja (tanpa melihat ilal (kecacatan tersembunyi) padanya jika ada).

Telah berkata Abu Isa at-Tirmizi (Imam Tirmizi) dalam kitab "ilal"nya : "aku bertanya (sanad) hadis ini kepada Muhammad (iaitu Muhammad bin Ismail al-Bukhari @ Imam Bukhari yg merupakan guru Imam Tirmizi), jawab Muhammad "hadis ini dilihat/dikritik (هذا حديث فيه نظر)".

Dan berkata Imam Yahya ibn Main (salah seorang guru Imam Bukhari) rahimahullah: "tidak meriwayatkan seorangpun hadis ini kecuali Hasf dan aku tidak nampak kecuali Hasf telah melakukan kesilapan ketika meriwayatkannya, aku lihat dia telah mendengar hadis Imran bin Hudayr dan dia tertukar (tersilap) dengan yang ini"

[b]
FIQH AL-HADIS: HUKUM MAKAN & MINUM BERDIRI

Para Fuqaha' telah khilaf dalam masalah hukum minum berdiri ini:

Ada yang berpendapat ianya haram, dan hanya dibolehkan jika seseorang itu terhalang untuk duduk, dan inilah pendapat Imam Ibn Qayyim berdasarkan hadis Anas dalam Sahih Muslim bahawa "sesungguhnya Nabi SAW melarang (زجر ) minum sambil berdiri (أن النبي صلى الله عليه وسلم زجر عن الشرب قائماً)" dan dalam riwayat yang lain berbunyi "Nabi SAW melarang

(نهى) rijal (laki-laki dan termasuk perempuan) dari minum berdiri (نهى النبي صلى الله عليه وسلم أن يشرب الرجل قائماً) " beliau meriwayatkannya dari hadis Said bin al-Khudry.

Namun, para fuqaha' lainnya ada berpendapat larangan minum berdiri ini telah dimansukh (dihilangkan hukum) berdasarkan hadis Ibn Abbas yang berkata: "aku memberi (menghulurkan) air zam-zam pada Rasulullah SAW, dan Baginda meminumnya sambil berdiri (سقيت رسول الله صلى الله عليه وسلم من زمزم فشرب وهو قائم)" hadis Riwayat Bukhari dan Muslim dalam sahih mereka
.

Dan dalam sahih Bukhari, hadis daripada jalan Abdul Malik bin Maisarah daripada al-Nizaal,ia berkata: "Ali bin Abi Tholib datang ke "bab al-Ruhba" dan dia minum sambil berdiri, kemudian berkata "ada antara kamu tidak suka orang minum sambil berdiri, dan aku melihat Baginda SAW minum seperti yang aku sedang lakukan sekarang-berdiri- (أتى عليّ رضي الله عنه على باب الرحبة فشرب قائماً فقال : إن ناساً يكره أحدهم أن يشرب وهو قائم وإني رأيت النبي صلى الله عليه وسلم فعل كما رأيتموني فعلت)"

Oleh itu dibuat kesimpulan bahawa, hadis yang melarang daripada makan dan minum sambil berdiri memberi erti ia tidak digalakkan, dan hadis yang membenarkan makan dan minum sambil berdiri memberi erti perbuatan itu bukanlah dosa (cuma tak digalakkan) dan ini adalah seperti pendapat at-Tabari, al-Khattabi dan al-Hafiz Ibn Hajar.

Dan dikatakan bahawa kedua-dua pilihan ini (berdiri atau duduk) adalah dibenarkan tanpa larangan/tanpa makruh (bi duun kiraha/ دون كراهة), namun minum sambil duduk adalah lebih baik kerana Baginda SAW melakukannya lebih kerap (banyak kali) berbanding berdiri. Inilah pendapat yang tepat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Pages