alang -alang tersinggah,followlah saya!

25 August 2011

SELOKA HARI RAYA






Selamat Hari Raya !!!!!!!!!!!!!!!!!!

Kelantan...
Make ike cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo jange dok bawok laju
kaba-kaba rayo dale sepita


Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kerpok cicoh cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikaen patin
Jange mu masang muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)

Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulei tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupei
Pandu hemat ingat kampong
Ase(Asal) teman selamat sampei

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepaih raya jgn dok triak
Kalu ceti mai kot dapoq

Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

10 July 2011

boboiboy -animasi mantopp

Kali ni nak cerita sedikit pasal boboiboy...animasi baru dari ANIMOSTA,rupa-rupanya depa asal dari les copaque Upin IPIN,tapi keluar mungkin sebab Upin Ipin dah mantap dan mereka mahu idea lain.


Animasi,grafik,cerita memang mantop!World class dan ia memang saingan kepada Upin ipin,di kala U&I berpijak di bumi nyata,boboi boy dan kawan-kawannya memperoleh kuasa ajaib di bantu robot Ocopot menentang Adudu yang mahukan koko sebagai sumber tenaga,!Cerita macam tu,budak mana yg x suka oi..


Namun,dari segi penonjolan keIslaman,amat sikit sekali jika dibandingkan dengan U&I.Amat sedikit,,Itu perbezaannya.

Ini di bawah hasil kerja Ammar,7 tahun




12 June 2011

FAMILY GRUP FB VS FAMILY BLOG


KERETA DULUKU

bENARLAH PABILA fb memperkenalkan family grup, blog famili ditinggalkan..begitu juga dgn kumbarians..akhirnya,family grup yang saya create mendpt respons selepas sabar menunggu..dan yg best,ia private..gambar boleh dimasukkan secara 1 album,satu kekurangan yg nyata dalam blog yg masih perlu maksima 5 keping sahaja sekali upload...hmm,apa yang perlu di buat terhadap blog ini..ditinggalkan?tidak sekali..saya akan jadikan ia sebagai pengisian apa-apa sahaja , tidak terhad kepada cerita famili...

sekian..

16 April 2011

KELAHIRAN BARU


TAHNIAH kak cik atas kelahiran bayi yang ketiga pada hari Sabtu 16/4/2011.Bertambahlah nampaknya bilangan keluarga,dan ia perempuan yang ketiga!Mungkin gen kak cik kuat kot,hehe..insya Allah,bayi,anak adalah penyejuk mata kedua ibu bapa..Bila lahir sahaja bayi,sudah ditentukan rezekinya,dan ada jugalah rezeki kepada ibu bapanya.. Tahniah!! Ain jadi kakak dah ye..

31 March 2011

02 March 2011

POLEMIK POLIGAMI




POLEMIK POLIGAMI

Kadang-kadang, terlalu banyak polemik yang dimainkan oleh rakan-rakan kita mengenai poligami; yang kebanyakan daripadanya bertujuan untuk menampak burukkan sesuatu yang tidak disukai oleh mereka walaupun ianya dihalalkan oleh Allah Taala. Polemik ini diada-adakan sendiri oleh sesetengah dari mereka, bertujuan untuk menimbulkan kontradiksi dengan kehalalan poligami. Mereka sedar tidak ada nas yang kontradiktori antara satu sama lain. Mereka juga sedar mereka tidak akan menemui sebarang kontradiksi dalam penghukuman Allah Taala.

Ayat-ayat dari Allah Taala adalah terlalu konsisten untuk ditemui sebarang kontradiksi di antaranya. Inilah yang memaksa sesetengah orang untuk mencipta sendiri teori mereka dalam percubaan untuk meyakinkan dan mempengaruhi orang lain kononnya terdapat kekhilafan dalam penghukuman Allah Taala yang Maha Suci, dengan harapan manusia tidak akan membuat sesuatu yang yang mereka tidak suka, walaupun ia nya jelas halal di sisi Allah Taala.

Untuk menampak benarkan polemik ini, perhatian akan ditumpukan kepada apa saja yang mustahil untuk dibuktikan secara fizikal, sesuatu yang melibatkan hati, yang melibatkan hal-hal yang terlalu abstrak serta subjektif, dan boleh dibahaskan sehabis-habisnya pada sepanjang masa, sepanjang hayat, tanpa sebarang kesimpulan yang konkrit. Terdapat ramai orang yang sangat suka bercakap bagi pihak hati orang lain, serta membuat pentafsiran mereka sendiri mengenai isi hati lelaki, seolah-seolah merekalah jaguh serta sangat-sangat memahami isi hati orang lain.

Antara point paling popular yang sangat suka digunakan untuk menampak burukkan poligami ialah:

o Berpoligami ikut nafsu
o Masa nak berpoligami baru sibuk nak ikut sunnah nabi
o Perempuan merampas suami orang
o Sudah jemu dengan isteri yang dah ada
o Isteri yang ada masih belum sempurna dijaga, sudah sibuk nak kawin lagi
o Kasih sayang yang sudah mula terbelah dan terbahagi

SUMBER:http://al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&t=20585&postdays=0&postorder=asc&start=0

16 February 2011

minum makan berdiri boleh?


Soalan telah ditanya kepada Syaikh al-Muhaddith Sulaiman bin Nasir al-Ulwan:

Syaikh yg dihormati,

apakah pndangan anda tentang darjat hadis daripada Ibn Umar yg berbunyi:

" كنا نأكل على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم ونحن نمشي ونشرب ونحن قيام

[kami biasa makan pada masa Rasullallah SAW masih hidup, dan kami (makan) sambil berjalan, dan (kami) minum sambil kami berdiri]?

Jawab syaikh:

DARJAT HADIS:[/b]

Hadis ini terdapat cacat padanya. Ia diriwayatkan oleh Tirmizi, Ibn Majah, dan Ibn Hibban (dalam Sahihnya). Semuanya adalah dari jalan sanad Hasf bin Ghiyasth daripada Ubaidullah bin Umar daripada Nafi' daripada Ibn Umar.

Jika dilihat pada zahirnya sanad hadis ini ianya Sahih, ia telah dinilai sahih oleh Abu Isa (at-Tirmizi) dan Ibn Hibban dan lain-lain (antaranya al-Arnaouth menilai Sahih dlm tahqiq sahih Ibn Hibban no. 5325 akan tetapi beliau menarik balik penilaian sahih ini kepada Dhaif dalam tahqiq Musnad Ahmad hadis no. 4765, 4833, 5874, dan al-Albani juga menilai Sahih dlm tahqiq sunan Tirmizi no. 1880 (saya tidak pasti adakah beliau ada menarik balik atau tidak pendapatnya ini)- tambahan penterjemah)

Akan tetapi (sebenarnya) ianya ada keraguan (dilihat/fi hi nadzar), adalah tidak tepat untuk kita menilai sesuatu hadis itu hanya berdasarkan zahir sanad sahaja (tanpa melihat ilal (kecacatan tersembunyi) padanya jika ada).

Telah berkata Abu Isa at-Tirmizi (Imam Tirmizi) dalam kitab "ilal"nya : "aku bertanya (sanad) hadis ini kepada Muhammad (iaitu Muhammad bin Ismail al-Bukhari @ Imam Bukhari yg merupakan guru Imam Tirmizi), jawab Muhammad "hadis ini dilihat/dikritik (هذا حديث فيه نظر)".

Dan berkata Imam Yahya ibn Main (salah seorang guru Imam Bukhari) rahimahullah: "tidak meriwayatkan seorangpun hadis ini kecuali Hasf dan aku tidak nampak kecuali Hasf telah melakukan kesilapan ketika meriwayatkannya, aku lihat dia telah mendengar hadis Imran bin Hudayr dan dia tertukar (tersilap) dengan yang ini"

[b]
FIQH AL-HADIS: HUKUM MAKAN & MINUM BERDIRI

Para Fuqaha' telah khilaf dalam masalah hukum minum berdiri ini:

Ada yang berpendapat ianya haram, dan hanya dibolehkan jika seseorang itu terhalang untuk duduk, dan inilah pendapat Imam Ibn Qayyim berdasarkan hadis Anas dalam Sahih Muslim bahawa "sesungguhnya Nabi SAW melarang (زجر ) minum sambil berdiri (أن النبي صلى الله عليه وسلم زجر عن الشرب قائماً)" dan dalam riwayat yang lain berbunyi "Nabi SAW melarang

(نهى) rijal (laki-laki dan termasuk perempuan) dari minum berdiri (نهى النبي صلى الله عليه وسلم أن يشرب الرجل قائماً) " beliau meriwayatkannya dari hadis Said bin al-Khudry.

Namun, para fuqaha' lainnya ada berpendapat larangan minum berdiri ini telah dimansukh (dihilangkan hukum) berdasarkan hadis Ibn Abbas yang berkata: "aku memberi (menghulurkan) air zam-zam pada Rasulullah SAW, dan Baginda meminumnya sambil berdiri (سقيت رسول الله صلى الله عليه وسلم من زمزم فشرب وهو قائم)" hadis Riwayat Bukhari dan Muslim dalam sahih mereka
.

Dan dalam sahih Bukhari, hadis daripada jalan Abdul Malik bin Maisarah daripada al-Nizaal,ia berkata: "Ali bin Abi Tholib datang ke "bab al-Ruhba" dan dia minum sambil berdiri, kemudian berkata "ada antara kamu tidak suka orang minum sambil berdiri, dan aku melihat Baginda SAW minum seperti yang aku sedang lakukan sekarang-berdiri- (أتى عليّ رضي الله عنه على باب الرحبة فشرب قائماً فقال : إن ناساً يكره أحدهم أن يشرب وهو قائم وإني رأيت النبي صلى الله عليه وسلم فعل كما رأيتموني فعلت)"

Oleh itu dibuat kesimpulan bahawa, hadis yang melarang daripada makan dan minum sambil berdiri memberi erti ia tidak digalakkan, dan hadis yang membenarkan makan dan minum sambil berdiri memberi erti perbuatan itu bukanlah dosa (cuma tak digalakkan) dan ini adalah seperti pendapat at-Tabari, al-Khattabi dan al-Hafiz Ibn Hajar.

Dan dikatakan bahawa kedua-dua pilihan ini (berdiri atau duduk) adalah dibenarkan tanpa larangan/tanpa makruh (bi duun kiraha/ دون كراهة), namun minum sambil duduk adalah lebih baik kerana Baginda SAW melakukannya lebih kerap (banyak kali) berbanding berdiri. Inilah pendapat yang tepat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Pages