alang -alang tersinggah,followlah saya!

30 January 2011

Anjakan kumbarians dan cerita myvi

Blog kumbarian sudah berusia 2 tahun lebih,,dan banyak post telah dilakukan,namun majoritinya berkisar tentang keluarga kumbarian itu sendiri...Beberapa bulan kebelakangan ini,kumbarian melakukan anjakan paradigma iaitu lebih kepada isu-isu sekitar dan antarabangsa ,sama ada copy atau tulisan sendiri memandangkan ramainya pelawat kumbarian dari serata dunia walaupun follower baru 9 orang.namun,cerita kumbarian tidak dilupakan tetapi tidak diperbanyakkan sekadar 10-20% sahaja.


Adeq dan Myvi

Dahulu,ada post yang agak glamor,berdasarkan pelawat yang melawati post itu iaitu post pasal pilihan kereta Adeq cek On,saya mencadangkzn Naza forte,abg Asri pula Vios,dan adeq Myvi Limited Edition Pink..Akhirnya,tahniah!!minggu lepas.Adeq telah membeli kereta idamannya,Myvi lmited edition Pink,,bayar muka 6k,namun diuruskan oleh mak di kedah.Kereta diambil di Mergong,dan akan dihantar ke kl minggu ini.Tahniah,jaga kereta elok-elok!Post dahulu,boleh dilihat di sini:Myvi

Lebih kurang ginilah keretanya.Tapi yg che On punya full spec

p/s: tahniah juga kepada Syamsul kerana dapat kerja kerajaan.nanti,dia dah start kerja,saya akan buat post khas

23 January 2011

13 dan The phone


Saya meminati filem-filem yang bercorak psikologi,seram,penyiasatan yang dipersembahkan lain daripada yang lain.Apa kaitan dengan 13 dan The Phone.Mungkin ada yang tertanya-tanya apa persamaannya?Persamaannya ialah ia berkaitan dengan telefon!Dan ia memang mendebarkan,gabungan psikologi dan ngeri yang cukup membuatkan kita terpaku tak berganjak.

13 yang baru-baru ditonton,cerita Thailand yang sarat dengan mesej-mesej,berdurasi dua jam,menyebabkan tak senang duduk.Ia menceritakan Phit,yang baru dibuang kerja,dan berhutang 50 ribu baht.Dalam kepeningan,dia menuruni tangga,dan seekor lalat menghurunginya,,tiba-tiba telefon berbunyi,pemanggil tiada nama,dan dia dioffer untuk dapat duit mudah dengan syarat- kena buat 13 benda!Pemanggil mengetahui profil Phit,dan benda pertama yang dilakukan ialah bunuh lalat dan akaunnya dimasukkan 5 ribu baht!Namun ,ia tidak boleh dikeluarkan sehinggalah tamat 13 misi dan dia akan dapat 100 juta baht!!ia akan terbatal jika dia tak habiskan misi,cuba menjejak pemangil,atau ada orang tahu.Misi kedua ialah makan lalat tu,yulk!Phit ,menyahut apatah ;lagi melihatkan akaun banknya bertambah!!Dalam sehari ,Phit bertukar watak,pemanggil boleh menjejaknya dimana-mana sahaja,beliau diarah hempuk orang,berlawan,selamatkan orang dalam perigi,dan membunuh anjing,mat rempit,semuanya dilakukan sehinggalah misi ke 13,dia tak sanggup dan beliau terbunuh!!

Yang penting,telefon bimbit tidak berenggang dengannya,dan yang paling pelik,pemanggil boleh call dia guna telefon orang lain!Kalau ada ulangan,pastikan anda menontonnya.Filem hebat!

The phone pula,tidak memerlukan banyak watak dan tempat.ia berkisar tentang perbualan seorang lelaki dengan pemanggil yang memanggilnya melalui telefon awam!kata-kata psikologi,ugutan, memainkan perasaan kita walaupun tempatnya statik..sehinggakan polis mengerumuni pondok telefon,dan dia tak boleh melepaskan telefon,dan pemanggil merupakan penembak tepat.Akhirnya,tempat pemanggil dapat dijejaki di bangunan sekitar, seorang penjual pizza dibunuh,namun rupanya ia orang lain!!

Mana lebih hebat?sAYA memilih The Phone kerana ia lebih logik dan mendebarkan!!

16 January 2011

Bukan Berbakat?

Adakan bakat itu terpendam?
hmmmm
Hmm...rupanya bukan senang menjadi pengarah drama pendek atau sketsa..Aku memang mahu mencuba bakat-bakat yang terpendam kerana kadang-kadang kita tidak menyedari kemahiran yang kita ada.Tahun lepas,Celpad menganjurkan Islamic Enhancement Program..dan setiap department diminta membuat persembahan.Dengan masa yang suntuk,cukuplah sekadar nasyid,kerana pengalaman mengajar bahawa sukar mendapat kerjasama dari orang Arab untuk berlakon, apatah lagi yang remeh temeh.namun,kugagahi jua untuk membuat skrip,dan mengarah..aku juga yang buat power point..Bila persembahan,hancur!mesej tak sampai,ppoint lari.lagu tak keluar dan mcm2 lagi.Nasib baiklah dapat hamper jugak..Adoh!!

Sebelum ini,aku ada juga tulis skrip drama untuk students istriku semester lepas untuk dipersembahkan semasa Expresseive corner,skrip dan cara berlakon,namun aku tidak dapat melihat persembahan mereka yang istriku Shikin kata best!!(Memang terbukti mereka berbakat,tahun ini mereka masuk Cfs Got talent dan dapat nombor 1 ,dan akan bertanding di Gombak!)Semester ini, aku mengusulkan idea kepada anak muridku untuk mempersembahkan World News, dan mereka berlatih sehari sebelum pertandingan,namun ppoint ada,props ada,cuma kami berlatih 10 minit sahaja,tak lebih.Malamnya,tidak!!nampaknya tiada time keeper,dan grup lain memang present sampai 20 minit.Antara sebab lain yang aku nampak:

1- kurang latihan

2-semua girls,mungkin kena import boys gak!

3-yang menang semua drama,dan kena ngan motto dia -moral!

4-lain kali,kita perlu sedar student lagi kreatif,bagi idea sudah..yang detail2 biar depa buat!

Tahniah!!

Memang sampai aku rasa malas dah nak mengarah..tapi pasal bahasa Arab,kugagahi jua,,kerana bahasa Arab ,aku tinggalkan cerpen,sajak ,antara bakar-bakatku semasa sekolah dahulu

03 January 2011

FB ANTARA BAIK DAN BURUK


facebook telah menjadi satu kemestian,kegilaan dunia,bayangkan 500 juta menggunakannya semenjak dilancarkan 2007 kalau tak silap,dan ia mengatasi muzik dan cara sosial masa kini.Anggaplah ia seperti tv,fb ada kebaikannya,kalau kita tau guna caranya..contohnya saya join grup bahasa Arab,banyak faedahnya!dan terkini,family grup.Kalau anda tidak mahu berfb,kurang2nya bukalah untuk family grup.Memang berbaloi-baloi..

Dibawah ,artikel menarik:


SATU kajian rambang mendapati Facebook terdedah kepada undangan berisiko. Atau dengan ayat yang lebih keras, Facebook merosakkan pemikiran pengguna yang tidak berdisiplin.

Ironinya pengasas Facebook dalam usaha mencari ketenangan telah mencipta sesuatu yang kemudiannya meminta orang-ramai memberikan sokongan sebagai satu cara mengalihkan kesedihan kerana baru berpisah dengan teman wanita.

Siapa percaya kegagalan yang dilalui oleh pengasas Facebook ini rupa-rupanya ada hikmahnya kerana ia membuka peluang kepada satu kejayaan sebagai seorang usahawan internet.

Seperti yang umum ketahui, laman sosial ini berpejabat di Palo Alto, Amerika Syarikat dan mula diperkenalkan kepada umum pada bulan Februari 2004 oleh penciptanya Mark Zuckerberg.

Hari ini Mark sudah menjangkau usia 26 tahun tetapi waktu konsep penemuannya menemui orang ramai, Mark belumpun tamat ijazah pertama. Hal ini mengingatkan kita kepada Bill Gates dan Steve Jobs yang dianggap “school drop out” sewaktu mereka muncul sebagai sang genius komputer.

Konsep Internet


Laman maya ini, konsepnya kalau mengikut kaca mata Barat, ia satu pengalihan dari laman “chatting” yang sia-sia kepada laman “sosial” yang lebih berfokus. Ini kerana mengikut penciptanya: “internet bukan lagi merupakan pengalaman peribadi dan tersembunyi, tetapi merupakan satu tenunan sosial, iaitu manusia berkongsi pengembaraan digital harian mereka dengan bukan sahaja kawan-kawan tetapi dengan seluruh dunia.”

Walau bagaimana sekalipun, Facebook yang menjadi gergasi media sosial kini terpaksa berdepan dengan krisis kepercayaan di kalangan para penggunanya termasuklah pengguna di negara ini.

Baru-baru ini sekumpulan pengguna dalam peratus yang agak besar di Amerika Syarikat telah menutup laman sosial mereka kerana tidak puas hati dengan tiadanya jaminan terhadap maklumat peribadi mereka yang diberikan oleh syarikat yang mengendalikan Facebook ini.

Untuk rekod juga, pada mulanya laman ini diperkenalkan kepada para pelajar Universiti Harvard. Dalam tempoh percubaan, jam pertama daripada empat jam Facebook menemui para pelajar secara online, kira-kira 450 orang pelanggan melayari dengan 22,000 gambar pelajar ditonton.

Tanpa mereka sedari sejarah terlakar apabila buat pertama kalinya para pelajar dapat maklumat pertama melihat identiti sebenar pelajar yang turut memenuhi ruang Facebook. Dalam sekelip mata, separuh dari masyarakat Universiti Harvard menjadi pelanggan Facebook.

Tiga tahun lalu, Collins English Dictionary terpaksa memasukkan entri perkataan Facebook sebagai satu perkataan baru, tahun berikut perkataan “unfriend” iaitu jika kita klik perkataan ini bermakna kita tak mahu berkawan dengan orang itu, pula dimasukkan sebagai satu perkataan baru.

Facebook & Kita


Cara hidup dan budaya di luar negara tidaklah sama dengan kita. Sebagai pengguna, ibubapa serta masyarakat di negara ini mulai dibenih dengan iklim kebimbangan. Budaya baru ini merebak begitu pantas sepantas api yang membakar padang lalang.

Dalam alaf ini, budaya inilah yang paling cepat mendidik jiwa pengguna sepantas kilat yang menyambar langit. Keterbukaan laman ini menyebabkan ibubapa sudah tidak lagi boleh mendidik menggunakan rotan dan tangan apatah lagi menggunakan ugutan.

Anak-anak sudah petah menyampaikan permasalahan mereka kepada umum untuk dibaca, dinilai dan mungkin untuk membantu menyelesaikan masalah yang dialami. Cakap-cakap ibubapa sudah tidak diendahkan, kini kanak-kanak yang menghuni dunia Facebook, mempunyai “rakan” yang lebih pakar dalam membantu mereka menyelesaikan masalah.

Bagi mereka yang dikelaskan sebagai aktivis sosial, (juga aktivis politik), laman ini ada baik buruknya bergantung kepada isu-isu yang dijaja. Isu agama serta isu kaum adalah isu yang sering diperdebatkan.

Tidak keterlaluan jika kita katakan isu-isu ini yang membakar hati dan jantung pengguna sehingga melahirkan budaya perdebatan dan perkelahian siber dengan menggunakan bahasa kesat, biadap dan tidak terfikir oleh akal yang rasional.

Pertemuan dengan seorang lelaki yang sudah lapan tahun berumahtangga minggu lepas membuka minda untuk melihat Facebook dari sudut yang lebih terarah. Perkahwinan yang dipupuk atas dasar cinta pandang pertama akhirnya mencapai jalan buntu - bercerai talak satu dan kini hidup bersama-sama tiga orang anak. Isterinya seorang wanita yang persis wajah bintang filem, tinggi lampai dan berwajah pan-asian serta bekerjaya.

Sebagai usahawan dalam bidang IT, banyak masa dihabiskan bertemu pelanggan sama ada di dalam mahupun di luar negara. Ketiadaannya tidak dirasai oleh sang isteri kerana sejak bertemu Facebook, laman ini menjadi pengubat rindu. Melalui Facebook, dia dan isteri melayari bahtera kebahagiaan.

Tetapi tanpa disedari melalui Facebook juga, isterinya bertemu dengan pelbagai ragam manusia. Dan seperti dalam filem-filem yang “unhappy ending”, isterinya menjalin hubungan asmara dengan teman di dalam Facebook, juga seorang lelaki yang sudah beristeri.

Mereka saling mencurah perasaan dan akhirnya terjebak dalam satu perangkap yang tak menghancurkan rumah tangga mereka semuanya gara-gara perkenalan melalui Facebook.

Bagi anak-anak yang berjauhan dengan keluarga, hidup mereka seolah-olah bebas dari perhatian ibu bapa. Mereka sanggup menghabiskan banyak masa dengan berchatting dan bermain Farmville semata-mata kerana keasyikan dan keseronokan sehinggakan Farmville ini sudah menjadi satu ketagihan. Akibatnya waktu solat kian terabai dan waktu bersama keluarga semakin merosot.

Abai Keluarga

Ada pula yang sanggup berkawan di laman sembang siber dengan kenalan baru sepanjang-panjang waktu lapang tetapi untuk menelefon ayah dan ibu di kampung untuk sekadar bertanyakan khabar jauh sekali.

Masa dengan ibubapa sudah menjadi seolah-olah tidak lagi berharga berbanding masa dengan teman-teman di laman sembang dan sosial seperti Facebook ini. Linangan air mata orang tua tidak sama dengan ketagihan berchatting hingga lewat malam.

Natijahnya mudah - isteri yang mahu mencium bau syurga usahlah melebarkan jaringan kawan semata-mata kerana kesunyian dan mahu bertukar-tukar fikiran. Niat baik tidak semestinya dikabul dengan kebaikan kerana kawan-kawan yang baru dikenali melalui Facebook tidak mudah untuk dikenali.

Ramai yang menyamar identiti semata-mata kerana tidak mahu identiti sebenar mereka terbongkar. Mereka mengambil kesempatan terhadap orang yang lemah. Biar kita kurang jaringan persahabatan daripada kita terjaring di dalam kemaksiatan dan hidup di dalam kepura-puraan.

Nota Kaki: Jika ada anggota keluarga anda, sama ada suami atau isteri terutama anak-anak gadis asyik “chatting” hingga lewat malam, elok diperhatikan mereka agar tidak terjerumus ke lembah yang tidak kita ingini
.

22 December 2010

Tulis sikit-sikit,lama-lama siap!Nasihat untukku!





SETIAP bait kata yang diluah dari bibir mungil wanita bertudung labuh itu cukup lancar dan teratur. Nadanya lembut dan bersahaja tetapi bagaikan ada aura yang mampu menawan sesiapa yang mendengarnya.

Bicara yang disulami mutiara hikmah yang dipetik daripada al-Quran dan hadis Nabi Muhammad S.A.W. menyuntik cahaya keimanan bagi mereka yang berusaha untuk memahaminya.

Sambil melayan permata hati, Al-Haura’ Maqsurah yang bermaksud bidadari yang terpelihara, wanita yang berwajah keibuan itu menjawab setiap persoalan yang dilontarkan dengan penuh santun.

Senyuman yang sentiasa terukir di bibir menambahkan lagi kemanisan novelis yang dilahirkan dengan nama Fatimah Syarha Mohd. Noordin itu.

Baru mencecah usia 26 tahun pada 17 Oktober lalu, anak kelahiran Kuala Terengganu, Terengganu itu sudah pun menghasilkan tujuh karya istimewa yang mempunyai kelompok pembaca tersendiri terutama dalam kalangan remaja.

Berdakwah melalui novel

Berpegang teguh kepada kalimah Lailahaillallah Muhammadurrasulullah sebagai prinsip hidupnya, Fatimah mengakui dia amat menitikberatkan nilai-nilai keindahan agama dalam penulisannya.

Sebagai penulis, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk mendidik masyarakat atau berdakwah melalui penghasilan penulisan yang berkualiti dan membina keperibadian muslim.

“Apatah lagi, saya memang sangat takut dengan hisab Allah pada setiap patah perkataan yang saya tulis. Jadi saya akan pastikan jika ingin mengupas sebarang isu, ilmu atau sebarang kefahaman, maka saya akan merujuk kepada sumber-sumber yang muktabar iaitu al-Quran, sunnah dan perbincangan ulama-ulama yang disegani seperti Sheikh Yusuf al-Qardawi, Abdul Karim Zaidan dan Dr. Wahbah Zuhaili.


FATIMAH dan Farhan akan memperuntukkan masa satu jam setengah setiap hari untuk menulis. Al-Haura' Maqsurah (kanan) puteri sulung mereka


“Saya tidak akan menulis mengikut logik saya sendiri kerana saya tahu kelemahan diri. Bahkan Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda: ‘Sesiapa yang menetapkan satu ketetapan yang buruk dan ia diikuti, maka mereka akan berterusan mendapat saham dosa sehingga ke hari kiamat.’

“Lantaran itulah, saya perlu berhati-hati dalam setiap penulisan agar tidak mendatangkan kesan buruk pada kemudian hari,” tegas Fatimah yang pernah memenangi tempat ketiga dalam Sayembara Novel Remaja sempena Jubli Emas Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 2006 melalui novelnya yang bertajuk, Seindah Mawar Berduri.

Antara novelnya yang lain termasuklah Tautan Hati, Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul (antara novel terlaris), Syabab Musafir Kasih, Duhai Teman Sejatiku, Palestin Kami Datang dan terbaru Bebaskan.

Selain itu, karya pertama graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu bertajuk, Petua Membuat Orang Jatuh Cinta dihasilkan bersama pakar motivasi, Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah dan Muhammad Zakaria.

Meskipun banyak memilih tema cinta dalam novel yang dihasilkan, namun Fatimah bijak mengadun kisah cinta yang ingin ditampilkan.

Tidak menulis kisah-kisah cinta stereotaip yang dipenuhi janji manis yang ditaburkan kekasih atau kecurangan seorang pasangan, sebaliknya dia mengajak pembaca untuk bercinta tetapi mengikut landasan syariat yang diberkati Allah.

“Saya percaya keharmonian dalam sesebuah rumah tangga dapat dicapai kesan daripada kita mencari Allah sebelum berkahwin lagi. Contohnya setiap pasangan mempersiapkan diri sebagai muslim sejati, menjaga syariat dan keberkatan untuk merasai satu nikmat kemanisan dalam alam rumah tangga,” kata Fatimah berkongsi pengalaman.



PASANGAN suami isteri ini menganggap dunia penulisan adalah cara mereka berdakwah dan mendidik masyarakat
.


Karya-karya ilmiah

Sebagai seorang ibu kepada seorang cahaya mata berusia setahun dan kini hamil anak kedua, tanggungjawab yang digalas semakin bertambah. Namun, ia bukan penghalang untuknya terus menitipkan karya-karya ilmiah untuk tatapan pembaca.

Apa yang penting baginya, jika seseorang itu sudah berminat kepada sesuatu sudah tentu dia akan ada masa untuk memenuhi minat tersebut.

Cuma, apa yang diperlukan adalah menyusun jadual dengan menjadikan solat lima waktu sehari semalam sebagai panduan dalam melaksanakan rutin hariannya.

“Apabila kita sudah susun jadual dan letak sasaran pada setiap yang dilakukan insya-Allah, Allah yang akan memberikan masa yang memang cukup untuk kita penuhi dengan pelbagai aktiviti dengan penuh tanggungjawab,” ujarnya bersemangat.

Sementara itu, minat menulis yang sebati dalam jiwa Fatimah turut dikongsi bersama suami, Dr. Farhan Hadi Mohd. Taib, 26, yang popular dengan novel Islamik bertajuk: Denyut Kasih Medik terbitan Telaga Biru awal tahun ini.

Novel tersebut memaparkan kisah seorang doktor muda yang berjuang dalam mengaplikasikan syariat di hospital sewaktu bergelar doktor pelatih (houseman). Ketabahannya mampu meruntun jiwa pembaca di samping mendidik mereka agar menghargai pengorbanan seorang doktor serta kakitangan kesihatan.

Menurut Farhan, penghasilan novel tersebut lahir daripada sokongan isterinya yang tidak putus-putus memberi semangat dan sentiasa berada di sisi pada waktu susah dan senang.

“Fatimah yang memberi idea untuk saya menulis sebuah novel berkaitan kehidupan seorang doktor yang sentiasa berpegang pada syariat Islam bagi menunjukkan keindahan hidup beragama.

“Pada mulanya sukar untuk saya menyiapkan karya sulung tersebut dek kesibukan kerja yang menuntut satu pengorbanan tinggi. Pernah satu ketika, saya rasa berputus asa dan langsung tidak menyentuh komputer riba hingga sebulan.



FATIMAH mahu berdakwah melalui hasil tulisannya.

--------------------------------------------------------------------------------



“Tetapi Fatimah terus memujuk untuk saya istiqamah dalam menghasilkan novel tersebut.

“Alhamdulillah, dalam tempoh enam bulan kemudian saya berjaya menamatkannya. Apabila mula dipasarkan pada Februari lalu saya tidak sangka ia akan menerima sambutan yang sangat memberangsangkan,” beritahu graduan perubatan dari Universiti Malaysia Sarawak (UMS) itu.

Melihat kepada sinar kebahagiaan yang terpancar pada wajah masing-masing, tidak keterlaluan jika dikatakan pasti ramai yang mahu mencontohi pasangan itu.

Apa pun, Fatimah dan Farhan sepakat menjadikan dunia penulisan sebagai salah satu usaha dakwah dan tanggungjawab mendidik masyarakat mendekatkan diri dengan Allah, menjadikan Rasulullah sebagai idola untuk diikuti seterusnya mengamalkan kehidupan beragama yang mendamaikan.

Untuk mengetahui karya-karya Fatimah dan Farhan dengan lebih lanjut, layari laman web www.telagabiru.net.my atau hubungi Telaga Biru di talian 03-6276 8057 begin_of_the_skype_highlighting 03-6276 8057

06 December 2010

PENCARI CINTA iLAHI


para pencinta Ilahi ,
denganNya kita berpetang-petang dan berpagi-pagi,
bermunajat mengalir kudrat mencari rezeki,
dibumi yang terbentang luas ini

wahai pencari cinta Ilahi,
atas nama Rabbul Izzati..
sekelumit cinta Agung ditagih dirasai,
sederas hujanan titisan mata di malam sunyi,
mencari..dan terus mencari,
cintaMu yang sungguh suci..


carilah cintaNya,
bukan di celahan helaian buku -buku usang,
bukan di jaluran akar akar pohonan,
bukan di kaki kaki lima jalanan,
carilah dalam dirimu,
kenalilah siapa kamu,
bagaimana terjadinya kamu,
ke arah mana hidupmu,
nescaya,
siapa yang mengenali dirinya.
.kenal akan Tuhannya.
.kenal akan Khaliqnya..

mencari cintaNya,
disebalik ruwet rencah resah kehidupan,
perlukan kesabaran..
untuk menongkah kepahitan,
perlukan ilmuwan,
agar kita tak tersesat jalan,
perlukan kefahaman,
agar tidak terpesong pemikiran..

Di sini,

terus mencari..
cinta Ilahi


CETUSAN RASA :Arkurni Abas 6/12.2010 1 a.m

04 December 2010

pandangan lain ttg harga naik malam tadi..

ini pandangannya:

in term of teori ekonomi; apabila kerajaan memansuhkan/mengurangkan subsidi termasuk subsidi minyak, secara automatik perbelanjaan kerajaan(G) ke atas produk akhir dan perkhidmatan akan bertambah. Dgn kata lain, kerajaan akan mempunyai wang yang banyak untuk dibelanjakan ke atas projek2 pembangunan ekonomi negara yg akhirnya akan mendatangkan pulang/return kpd kerajaan semula.

Cth: Kerajaan membangunkan projek pembinaan 100 tingkat Warisan Merdeka Tower untuk tujuan komersial/peluang perniagaan. Apabila banyak perniagaan dijalankan disana, secara automatik kerajaan akan dpt mengaut hasil pulangan dlm bentuk cukai (cukai perniagaan, cukai export import etc). Tidak terkecuali mewujudkan peluang pekerjaan baru kpd org Malaysia. Maka, kerajaan juga boleh mengaut hasilnya melalui cukai ke atas individu.

Jelas disini kerajaan sedang melaksanakan Dasar Fiskal yang meliputi 2 komponen utama iaitu komponen Perbelanjaan Kerajaan (G) dan komponen Cukai (T).


G > T

Secara teori juga, apabila G>T, kesan langsung adalah org kurang berbelanja dimana org awam akan cuba sedaya upaya utk berjimat dan tahap inflasi mampu dikawal.

Kalau diperhatikan, berlaku peningkatan tahap inflasi dgn negara2 yang berjiran dgn negara kita. Terbaru bank pusat Thailand secara tiba2 telah menaikan interest rate bagi mengawal inflasi negaranya. Jelas disini bank pusat Thailand telah melaksanakan dasar monetarinya berbanding kita Malaysia yg melaksanakan dasar fiskal oleh kerajaan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Pages