alang -alang tersinggah,followlah saya!

28 January 2010

SEMOGA AIN DAN DANISHA CEPAT SEMBUH

BERAT MATA MEMANDANG,BERAT LAGI BAHU MEMIKUL..

Terkejut juga kerana dapat tahu Ain dimasukkan kembali ke Hospital Pakar kerana jangkitan kuman pada usus,setelah keluar baru beberapa hari,dan ia berjangkit pula pada akaknya Danisha,kini dua-dua di Hospital..
Tabahkan diri kak cik dan Syamsul.Ini dugaan yang dihadapannya ada rahsia yang kita tak ketahui, ini perjalanan yang penuh liku-liku,hanya Allah tahu ,segala cobaan ,rintangan perlu diteruskan dengan kesabaran

وَجَاءُوا عَلَىٰ قَمِيصِهِ بِدَمٍ كَذِبٍ ۚ قَالَ بَلْ سَوَّلَتْ لَكُمْ أَنفُسُكُمْ أَمْرًا ۖ فَصَبْرٌ جَمِيلٌ ۖ وَاللَّهُ الْمُسْتَعَانُ عَلَىٰ مَا تَصِفُونَ

And they brought upon his shirt false blood. [Jacob] said, "Rather, your souls have enticed you to something, so patience is most fitting. And Allah is the one sought for help against that which you describe."


Doa kami dari kejauhan,Syafahumallah!(Semoga Allah menyembuhkan mereka berdua)Amin!!





Syamsul,anggaplah ia ujian dari Ilahi..

Anak adalah permata,demi mereka sanggup bersengkang mata

Semoga cepat sembuh ye..

Ain,syafakillah..

26 January 2010

It's not official yet but.... congrats


Congrats to Che Onn!!!!

06 January 2010

PENGUMUMAN DARI WEBMASTER

Bergambar sebelum pemergian Kak Ayu ke tanah suci hujung 2007..




Alhamdulillah,sedar,tak sedar,blog keluarga ini masih istiqamah setelah penubuhannya lebih kurang 5 bulan yang lalu, yang mana dapat terlihat ukhuwah antara kumbarian,dana berterusan,dan yang terkini dapat bersama mencari sesinar harapan yang hampir hilang,,namun ia sudah tentunya penuh dengan kesabaran..

Sebagai pengasas blog ini(Hanif),terima kasih kepada para contibuter khasnya abg MNI dan adeq, diharap dapat memanfaatkan blog ini.Saya berkemungkinan tidak dapat post secara aktif seperti dulu utk memberi laluan kepada deferment studi.Mungkin satu atau dua post sebulan sudah memadai,dan selainnya utk kemaskini blog.

Ingatlah,bekerjalah utk dunia seolah-olah kita hidup selama-lamanya,dan bekerjalah untuk akhirat bagaikan kita akan mati keesokan harinya..Wassalam

01 January 2010

G.I.L.A


SAJAK SENARIO SEMASA

KALAU DULU,ADA SATU LAGU,
EJANYA C.I.N.T.A. ,
MASYHUR LAGUNYA..
NAMUN ADA SATU PERKATAAN KERAMAT PENUH MAGIS
G.I.L.A.
SEMUDAH MENYEBUTNYA,TIDAK MUDAH MENJADINYA
GILA,MAJNUN.CRAZY,PAGAL..
APA-APA BAHASA PUN,YANG GILA TETAP GILA
YANG WARAS TETAP WARAS,
TAPI BILA YANG WARAS DITUDUH GILA,
JELASLAH,
TERMOMETER KEGILAAN SEMAKIN MENGGILA
MENYANGKA TIDAK GILA,
DIRI SENDIRI TERJADI RUPANYA,,,
KAMU SEMUA GILAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!
BETULKAH?
SATU JARI KE ORANG, EMPAT LAGI KE KITA?
KALAU SUDAH GILA,TANJUNG RAMBUTANLAH JAWABNYA..BEGITU?
HAHAHA,AKU BOLEH HIDUP TANPA KAMU!!
KAMU SEMUA GILA!!
PERGI SEMUA!!INI HIDUP AKU!PEDULI APA??
(NAMPAKNYA,BIARLAH YG HAKIM MENENTUKAN,AKU ATAU KAMU
KITA JUMPA DI...SANAAAAAAAAAAAAA!!!!!

(sajak ini tidak ada kena mengena dengan planet-planet yang tidak berpenghuni..)

25 December 2009

qaradawi ke malaysia

Al-Allamah Prof Qaradawi menghadiahkan buku terbaru beliau "Fiqhul Jihad"kepada Najib
Minggu lepas,Malaysia amat beruntung,kerana sekian lama ,akhirnya Dr Qaradawi,alim kontemporari,berusia 84 tahun yang terkenal senantero dunia datang ke Malaysia atas anugerah tokoh Maal Hijrah.Beliau ada menyampaikan ucaptama di Putrajaya,Masjid Shah Alam dan lain-lain tempat.Namun,peluang ini terlepas oleh ku kerana balik Kedah,tapi hati terubat apabila sebahagian ucapannya disiarkan di youtube.
Karya beliau hampir mencecah 100 buku.Jika seorang alim menulis buku lebih banyak daripada umur dia,bayangkanlah kehebatan beliau.Semoga beliau sentiasa dalam jagaan Allah dan dikurniakan kesihatan berpanjangan..Ameen.

14 December 2009

Selamat Tahun Baru



Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun


Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Doa Awal Tahun:



Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".

Doa Akhir Tahun:


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

12 December 2009

KENDURI KAHWIN DEPAN RUMAH

GENDANG -GENDUT TALI KECAPI,KENYANG PERUT SUKA HATI..

alhamdulillah,baru balik daripada kenduri kawin..depan rumah aje!!hehe.first time .jiran,Encik Ahmad Izani,adik perempuannya berkahwin dengan orang Pendang.Kedah jugak no.Beliau wakillah,sebab ayah dah meninggal,tinggal emaknya,Hajah Zaipah dan 2 adik-beradik yang lain.Abg si Izani tak kawin lagi,kerja di Tokyo,tapi kali ni baliklah.Memang kali ni havoclah,sebab adik bongsu kahwin,perempuan pulak tu.7 khemah dengan kipas dipasang,Catering khas masak di rumah pengantin,dan yang paling best masakan yang umphh.Ini beberapa kepigan foto yang sempat ditangkap..



WAWA BERPOSING DI DEPAN PENGANTIN


MACAM BIASA,hAZIQ DENGAN STAIL DIA

PASANGAN PENGANTIN YANG SECOCOK.YANG KEDAH LELAKI .PANDAI CAKAP CINA LAGI..



GAMBAR INI DIAMBIL OLEH HAZIQ



AKSI TOMOI DI KHEMAH KAHWIN



BERSELERA MAKWA MAKAN DENGAN UMMI DIA..



BIBIK PUN TIBAI SEMACAM AJE..




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Pages